Rate

BAB 41- RISAU DAN RINDU

Romance Completed 455461

Setelah menempuh perjalanan panjang yang memakan masa hampir separuh hari.. mereka akhirnya tiba di pusat Rawatan.. dari jauh kalau dilihat pusat rawatan itu tak nampak seperti pusat untuk membuat rawatan melainkan nampak seperti sebuah tempat penginapan.. Tambah pula tempat itu bersebelahan dengan kawasan pantai.. Inas melihat keluar tingkap van putih tersebut.. Tapi hanya sekadar memandang dengan pandangan yang kosong.. Apa yang dalam fikirannya hanyalah Raif.. Telefon bimbit yang ada ditangannya digengam erat..

''inas kita dah sampai ni..'' panggil Amni.. melihat ke arah Inas yang masih ada didalam van seorang diri..

''inas.. Ya allah! Termenung apa lah budak ni...'' rungut Amni bila melihat Inas tak menjawap panggilannya..

''inas! Inas!'' panggil Amni dengan lebih kuat dari tadi.

''ibu.. '' sahut Inas menyahut panggilan Amni.. Terkebil-kebil matanya melihat ibunya yang sedang berdiri di luar bercekak pinggang melihat kearahnya..

''kita dah sampai?'' tanya Inas.. Berpaling ke kiri dan kanan..

'bila masa pula ibu ada di luar? Mana ayah?'

''dah! .. Ayah kamu pun dah turun... Kamu berangan dah sampai ke mana ..? Angau betul kamu ni Inas.. Ayah kamu yang tak boleh jalan tu pun dah masuk kedalam....'' perli Amni.. Inas bangun dari tempat yang dia duduk membawa beg pakaiannya keluar bersama..

''sudah la tu.. Seminggu saja, nanti Raif datanglah ambil kamu..'' pujuk Amni, sambil mengosok lembut belakang tubuh Inas.

''Cuba tengok tempat ni.. Cantik.. Pandai suami kamu pilih tempat untuk buat rawatan ayah kamu..'' Amni mendepakan sebelah tangannya menunjuk kepada permandangan yang terbentang luas di hadapannya..

''inas cuma risaukan dia ibu.. Itu je.. Tulah yang mengelamun tu.. Ibu jangan risau.. Inas okay..'' Inas memeluk Ibunya.

'' kalau risau call lah.. Mesej dia.. Sekarang zaman moden, bukan susah pun.. Yang jauh boleh jadi dekat.. senang! boleh nampak dia.. Apa tu.. Call bideo.. Apa bideo..'' kata Amni cuba mengingati perkataan yang selalu anas gunakan sebelum ni..

''video call, ibu..'' kata Inas sambil tersenyum.

''hah! Itulah lah bideo call...'' balas Amni..

''video call.. Bukan bideo call...'' ulang Inas masih cuba untuk membetulkan sebutan ibunya.

''hah yang itulah.. Bideo ke video ka.. Sama saja bunyinya.. '' kata Amni.. Rimas dengan perkara itu.. Baginya asalkan bunyinya lebih kurang sama itu sudah memadai..

Berjalan lah dua anak beranak itu masuk kedalam bagunan utama pusat rawatan itu untuk melapor kehadiran mereka.. Pusat rawatan itu sangat selesa..

Mereka turut menyediakan tempat untuk pesakit tinggal dengan ahli keluarga.. Khas untuk pesakit yang datang dari jauh untuk mendapatkan khidmat rawatan daripada mereka..

Selesai sesi perjumpaan ringkas dengan doktor yang akan merawat Izhar.. Mereka di bawa ke tempat penginapan mereka yang tak jauh dari beberapa blok bangunan utama tadi..

''terima kasih ya.. Hantar pakcik .. Sampai keatas katil kamu hantarkan..'' kata Izhar kepada anak muda yang megangkat dan meletakkannya di atas katil..

''tak apa pakcik.. Memang itu kerja kami disini.. Pakcik jangan segan-segan.. Tadi doktor kata peluang untuk pakcik sembuh cerah.. Insya Allah.. Tak lama lagi pak cik akan berjalan semula seperti orang lain, sama seperti dulu..'' kata lelaki muda itu.

''amin.. Pak cik pun berharap begitu.. Nak....''

''amir..'' sahut lelaki muda yang bernama Amir itu..

''anak amir.. Pakcik nak sembuh dan tak nak susahkan isteri dan anak-anak pakcik.. Cukup lah selama ni pak cik hanya duduk terkaku begini saja ..''

''abang...'' kata Amni.

''ayah...'' kata Inas pula.. Tak suka bila Izhar selalu merendah diri berkata begitu.

'' bagus la macam tu pakcik.. Itu merupakan sumber semangat untuk pakcik berusaha mencapai hasrat pakcik tu.. Insya Allah kami disini akan bantu pakcik dengan sedaya upaya kami sampai pakcik sembuh... dengan izin-Nya...'' kata Amir.. Wajah Amir yang hitam manis itu tampak lagi manis dengan senyuman yang terhias di wajahnya.

''terima kasih nak Amir...'' Izhar turut membalas dengan sebaris senyuman yang terukir di wajahnya.. Walaupun senyuman itu tidak lah sempurna seperti orang lain.. Tapi jelas keikhlasan yang ditunjukkan olehnya..

''makcik.. Kalau nak apa-apa.. Maklum kan saja kepada kami.. Ada petugas-petugas lain yang selalu ada dihadapan rumah penginapan ni.. Senang, mana tahu nanti kalau pakcik nak mandi.. Makcik pangil saja kami ya..'' kata Amir.. Selesai memberi penerangan serba sedikit perkhidmatan yang pusat rawatan itu tawarkan.. Dia memohon untuk mengundurkan diri.. Memberikan ruang untuk tiga beranak itu untuk merehat kan diri...

Amni melihat kepada suaminya yang sedang bersandar di kepala katil.. Sesekali dia mengangkat dagunya menunjuk kepada Inas yang sedang duduk terkaku di sofa memandang ke arah televisyen yang tak dipasangkan dihadapannya.

Satu keluhan keluar dari Izhar.. Melihat akan Inas seperti orang yang kehilangan separuh dari dirinya sendiri.. Yang ada dihadapan mereka hanyalah jasab Inas semata-mata.. Jiwanya.. Sudah tentu ditinggalkan bersama Raif, suaminya.

''hairan betul ayah ni.. Cerita apa yang anak ayah tengok tu.. Khusyuk betul.. Sampai tak berkelip mata..'' tegur Izhar.. Tapi inas masih juga duduk terkaku di sofa..tidak membalas apa-apa..

'' tengok tu abang.. Tak habis habis mengelamun.. Dia macam ada dalam dunia dia sendiri.. Apa yang dipikirkan pun entah lah..'' bebel Amni.. berjalan mendekat kepada Inas..

''Inas.. ''

''Inas..'' Amni membongkok mendekat dirinya dan memanggil dekat di telinga Inas..

''ya..'' tersentak Inas dibuatnya.. bila terasa ada satu suara yang berbisik di telinganya..

''ibu?'' kata Inas sebaik dia melihat kepada Ibunya yang ada disamping dekat dengannya.

''Inas ni kenapa? .. Tak sampai satu hari lagi tau.. Teruk sangat Ibu tengok kamu berangan ni.. Boleh, dia tenung televisyen tu .. Sampai tak bergerak.. Inas ada masalah ke?'' tanya Amni risau..

'' taklah.. Mana ada masalah.. Cuma risaukan Raif dia kan seorang-seorang disana..'' Jawap Inas..

''dia kan ada orang yang jaga.. Dalam rumah besar tu kan ada orang.. Mana ada dia seorang-seorang .. '' kata Amni.

'kalau lah ibu tahu apa yang ada didalam rumah tu.. Apa yang berlaku didalam rumah tu.. Ibu pun nanti akan turut risau sama.. Di mata semua orang.. Rumah itu nampak mewah.. Selesa.. Ya! memang itu tak dinafikan.. Itu semua betul.. Tapi! Ada sesuatu yang ada didalam rumah itu ibu.. Satu perkara yang tak boleh Inas ceritakan.. Inas tak mahu membuka aib keluarga suami Inas.. Sedangkan Inas sendiri tak pasti dengan semua ini? Adakah betul.. Atau hanya khayalan Raif? Atau memang dia dianiayai .. Adakah Maya dalangnya.. Adakah Hamzi turut sama berdiri di belakang mamanya? Boleh kah dia percayakan kak Ann menguruskan Raif? sementara Inas ada disini.. Yang paling Inas tak faham ibu..... Kenapa dia minta Inas kesini? Adakah ini, alasan dia nak jauhkan Inas dari keluarga itu? ' serabut.. persoalan itu semua, sedang berperang didalam kotak fikirannya.. Membuatkan dahinya mula berdenyut-denyut..

''dah call Raif bagitahu yang kita dah sampai..?'' tanya Amni.

'' ibu call lah bagitahu dia..'' jawap Inas.. Dengan pantas.

''ibu memang nak call dia bagitahu yang kita dah selamat sampai.. Tapi bila ibu tengok kamu ni yang lebih teruk .. Lebih baik ibu bagi peluang tu kepada kamu.. Lepaskan rindu..'' Amni menarik bibirnya tersenyum dia berpaling melihat kearah suaminya yang turut tersenyum kepada mereka berdua.

''kalau tak nak biar ayah saja yang cakap dengan Raif...'' usik Izhar...

'' tak apa lah, Ayah cakap sajalah dengan dia.. Inas nak solat dulu..'' Kata Inas lalu bangun dan berjalan masuk ke bilik tidur kecil yang disediakan didalam rumah itu..

Izhar dan Amni melihat saja langkah kaki Inas yang melangkah lemah masuk kedalam bilik .. Sehingga pintu bilik itu ditutup rapat..

''call saja lah Raif.. Buka pembesar suara.. Nanti dia disana risau pula ingat kita tak sampai-sampai lagi.. '' Arah Izhar.

''hmmm.. Inas tu pegang phone saja ditangan dia.. nak call tak pula.. Susah betul cara orang muda sekarang ni bercinta.. Ada teknologi canggih macam sekarang, tak nak guna.. Tak macam kita dulu abang.. Kena hantar surat.. Nak telefon -telefon ni mana ada lagi..'' bebel Amni.. Mencari telefon bimbitnya didalam beg..

'' iyalah tu.. Yang jadi mangsa hantar surat tu adik abang juga.. Nasiblah adik abang tu pandai simpan rahsia..'' gelak Izhar bila teringatkan adik perempuannya yang selalu menjadi posmen tak berbayar menghantar surat untuk buah hatinya yang kini sudah menjadi isteri sahnya..

''shhh.. Dengar dekat Inas nanti.. Malu dekat anak...'' kata Amni.. Meletakkan jari telunjuknya di bibir.. Telefon bimbitnya sudah berada di tangan.. Dia membawa telefon bimbit itu ke katil bujang yang ada di ruang tengah itu.

''saya call ya..'' kata Amni.. Melihat suaminya melebarkan senyuman dibibir.. Dia menunduk melihat ke telefon bimbitnya .. Nombor telefon menantunya didail..

'' buat pembesar suara .. Saya nak cakap juga nanti..'' pinta Izhar..

''dah..'' jawap Amni.. Sememangnya kebiasaan begitu.. Itu akan memudahkan Izhar berbual.

Tut.. Tutt.. Tut.. Tuutt..

Inas yang baru selesai mengambil wuduk memakai telekung.. menghamparkan sejadah dan sedia untuk solat..

''Allah ..''

''Assalamualaikum ...'' suara Raif kedengaran memenuhi ruangan .. Inas yang nak solat terbantut niatnya.. Bila mendengar suara suaminya dari luar bilik..

'ya Allah!' sekali lagi dia mengangkat takbir.. Sungguh terganggu solatnya kali ini.. Bila kedengaran suara Raif sedang berbual dengan kedua orang tuanya..

'tenang inas.. Dia disana baik-baik saja.. Dengar suara dia.. Ceria tak macam kau sekarang ni.. Dah macam orang tak waras.. Risaukan dia tak tentu arah..' akhirnya inas memilih untuk duduk seketika di atas sejadah berwarna hijau daun itu.. Berzikir untuk menenangkan hatinya..

Setelah dia merasa lebih tenang.. Dia bangun semula untuk solat.. Di luar juga sudah sunyi.. Bila panggilan telefon sudah diputuskan. Semasa Inas sedang solat.. Telefon bimbit Inas yang ada diatas katil mengeluarkan cahaya.. Tertera di paparan telefon itu naik nama MANJA.. Telefon itu tak berbunyi.. tak bergetar.. Hanya diam membisu bekelip berkali-kali mengeluarkan cahayanya...

Sambung satu lagi bab - - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience