BAB 5

Romance Series 4342

Syafiq mengambil cuti pada hari ini dengan niat untuk meluangkan masa dengan pasangannya . Emma berasa amat gembira . Masa yang dilaluinya bersama Syafiq hari ini dihargai dan diiringi dengan kegembiraan yang tidak terhingga .

Syafiq banyak menceritakan perihalnya di tempat kerja . Tetapi , cerita yang disampaikan membuat Emma berasa cemburu . Perasaan cemburu bercampur baur dengan sakit hati . Sudah menjadi kebiasaan buat Emma apabila Syafiq menjadi tumpuan perempuan . Sejak dia di sekolah menengah lagi sudah menjadi kegilaan perempuan .

Tetapi kali ini berbeza . Ia sangat menyakitkan hati . Majikan Syafiq mempunyai seorang anak perempuan yang muda satu tahun sahaja daripada Syafiq . Dia sering menyatakan kepada orang ramai bahawa dia sudah menganggap Syafiq sebagai menantunya dan kadang kala pernah berkata kepada kawannya yang dia hendak satukan Syafiq dan anaknya . Mereka berdua juga pernah berjumpa . Betapa kecewanya Emma .

Bukan itu sahaja , Syafiq juga menjadi rebutan orang di sekitar tersebut . Ramai yang menaruh hati untuk menjadikan Syafiq menantu mereka . Siapa yang tidak patah hati jika pasangannya yang sudah dua tahun bersama ingin dijadikan hak orang lain ?

Emma redha . Emma tidak tunjuk kecewanya pada Syafiq . Dia hanya menyatakan dia berasa cemburu sahaja . Biarpun Syafiq tidak melayan perempuan , tetapi hati perempuan Emma tetap tersentuh dengan perkara sebegini yang pertama kali terjadi terhadap dirinya .

Emma menganggap perkara ini hanya mainan mulut orang sahaja untuk menenangkan hatinya serta merawat luka hatinya dalam diam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience