BAB 3

Romance Series 4342

Emma menjalani hubungannya dengan Syafiq dengan bahagia . Gaduh itu perkara yang normal dan mudah diselesaikan jika mereka berbincang . Lahirnya perasaan suka berubah kepada sayang dan akhirnya cinta . Cinta di usia muda sebegini mungkin dipandang serong oleh masyarakat . Tetapi apakan daya , cinta itu adalah lumrah hidup . Apa yang berlaku mesti ada hikmah yang tersirat . Itu semua rahsia Tuhan . Anggapan Emma .

Hari demi hari berlalu dengan pantas . Kini sudah setahun hubungan mereka . Banyak suka duka mereka lalui . Adanya orang ketiga dan bermacam lagi masalah . Umur Emma sudah berganjak ke 14 tahun dan Syafiq 17 tahun . Perangai Emma yang dulunya seorang yang kasar , lasak , dan bersifat seperti lelaki kini telah berubah menjadi seorang perempuan yang penuh dengan sifat keperempuannya . Semua ini diubah oleh Syafiq . Syafiq menerima kehadiran Emma dalam hidupnya dengan hati yang terbuka . Dia berasa amat gembira menjumpai perempuan yang sentiasa sabar dengan sikapnya yang kadang kala agak baran .

Hubungan mereka berganjak ke 1 tahun 9 bulan . Selama 1 tahun 9 bulan ini , Syafiq pernah menyatakan hasratnya untuk mengahwini Emma selepas dia mendapat kerja kerajaan pilihannya iaitu askar . Kini umur Syafiq 18 tahun dan Emma 15 tahun . Pelbagai usaha Syafiq lakukan untuk mengumpul duit . Walaupun belum bekerja tetapi Syafiq tidak berputus asa mencari jalan2 yang boleh membuatnya mengumpul duit buat Emma . Emma sangat berbangga mempunyai lelaki seperti Syafiq . Oleh sebab itu mereka saling menyayangi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi . Biarpun di pandang serong oleh keluarga , masyarakat , kawan - kawan mereka tetap tabah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience