BAB 6

Romance Series 4342

DUA TAHUN KEMUDIAN . . .

" Assalammualaikum ! "
" Waalaikumsalam "
" Apa khabar sayang ? sihat ? rindu abang tak ? "
" Sihat Alhamdulillah . mestilah rindu ! "

Emma berasa gembira pada hari tersebut kerana kepulangannya dari sekolah ditunggu oleh seseorang yang dirinduinya . Dia berasa amat gembira sehingga menitis air matanya akibat terlalu rindu . Segalanya diluahkan kepada Syafiq dari mula hingga hari ini .

Syafiq senang mendengarnya malah sempat juga dia membahan Emma . Geram Emma dibuatnya tetapi apakan daya , perangainya itu lah yang membuatkan Emma terlalu rindu .

Kini Syafiq merupakan tunangan Emma . Dia berusaha mengumpul duit untuk meminang bakal isterinya , Emma . Emma telah pun tamat persekolahan dan berjaya menduduki peperiksaan terakhir iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) .

Emma berasa amat senang kerana Syafiq ingin mengahwininya tidak lama lagi . Hanya setahun sahaja lagi untuk mereka berdua bergelar suami isteri . Emma juga tidak lekang mengumpul duit untuk membantu Syafiq menjelang masa hadapan mereka .

Dia tidak mahu membiarkan Syafiq terbeban dengan masalah kewangan kelak akibat mata wang Malaysia sekarang kian meningkat , barangan juga menjadi semakin mahal akibat dikenakan cukai ( GST ) .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience