BAB 4

Romance Series 4342

Hari ini merupakan hari temuduga Syafiq sebelum berpeluang menceburi bidang askar yang diminatinya . Emma menanti kepulangan Syafiq dengan penuh debaran di dada . Tidak keruan Emma memikirkannya . Bergelora hati Emma untuk mengetahui keputusan yang bakal diberitahu Syafiq .

Selepas makan tengah hari , telefon Emma berdering dan tertera nama kesayangannya . Tersenyum Emma melihat nama tersebut yang menelefonnya . Emma menjawab panggilan tersebut dengan mesra .

" Hello abang ? macam mana ? "

Itu lah soalan pertama yang diajukan Emma kepada Syafiq . Panggilan mesra yang biasa digunakan oleh Emma terhadap kesayangannya itu sudah lama dikekalkannya . Ini supaya selepas mereka berkahwin , tidak lah dia berasa kekok untuk memanggil bakal suaminya itu
" abang " .

Syafiq memberitahu Emma yang dia tidak melepasi temuduga tersebut kerana terdapat beberapa butir peribadinya yang tidak lengkap atas sebab - sebab tertentu . Emma berasa kasihan akan Syafiq kerana keinginannya untuk ceburi bidang pilihannya dan keluarga tidak kesampaian .

Emma memberi kata - kata semangat buat kesayangannya supaya dia tidak berasa susah hati . Mungkin tiada rezekinya dalam pekerjaan ini . Mungkin rezekinya pada pekerjaan lain .

Syafiq balik dengan hampa ke rumahnya . Di rumah , dia menceritakan perihal yang berlaku dengan terperinci pada buah hatinya dan juga keluarganya . Seperti biasa , Emma sentiasa bersedia untuk menghiburkan hati pasangannya itu .

Hari demi hari Syafiq sudah mempunyai semangat untuk mencari pekerjaan yang lain demi buah hatinya . Dia ingin cepat bernikah dengan kesayangannya selepas Emma tamatkan persekolahannya selama dua tahun lagi . Syafiq berusaha mengumpul duit sebanyak yang mungkin untuk melamar anak dara bongsu bekas tentera itu .

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN . . .

Syafiq telah mendapat pekerjaan yang tetap selepas sering bertukar - tukar pekerjaan . Kini , kerja pilihannya memenuhi cita rasanya untuk terus menjalankan tangunggjawabnya mengumpul duit . Syafiq sangat sibuk dengan pekerjaannya kini sehingga kadang kala terpaksa mengabaikan buah hatinya .

Walaupun sukar untuk Emma terima kerana rindu yang ditangungnya membuatkan dia lemah . Tetapi Emma belajar sedikit demi sedikit menerima dengan hati yang terbuka untuk memastikan keselesaan bakal suaminya itu dalam menjalankan tangunggjawab tidak terganggu .

Rindu yang ditanggungnya semakin menebal . Walaupun sering berhubung , Emma tetap rindu akan kesayangannya . Kini mereka sudah jarang berjumpa dan keluar meluangkan masa bersama - sama . Rindu berselubung di hati mereka berdunia . Ingin Emma cepatkan pengakhiran sesi persekolahannya sebagai seorang remaja .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience