BAB 8

Romance Completed 29258

“Bro, aku tau kau boyfriend dia, tapi tak bermakna kau boleh buat apa je dekat dia. Aku kawan baik dia kot, aku still ada dekat sini. Hormat sesama manusia tu perlu Nao, kau tak kesian ke si Qirin ni dah nak sesak nafas?,” Aepul terus merampas bola itu dari tangan Nao. Aku dah tak keruan, aku perlu hentikan semua ni.

“Aepul, aku okay je. Sorry Nao, kitorang pergi dulu,” aku terus berlalu pergi dan diikuti Aepul, aku tahu Aepul bukan jenis yang suka bergaduh, dia kalau boleh semua benda dia nak selesaikan dengan rundingan.

“Manusia mana yang tak jealous bila milik dia lepak dengan lelaki lain, thanks Qirin,” Nao hanya memberikan padangan sayu pada aku dan Aepul, aku tak dapat duga apa maksud tersirat balik pandangan Nao itu. dia bukan jenis yang mudah di ramal. Tapi, yang aku tahu kitorang kena pergi dari sini sebelum Nao bertindak bukan-bukan, aku terus berlalu meninggalkan Nao sambil diikuti Aepul.

Minggu ini, semua pelajar yang bergiat aktif dalam sukan sibuk, aku antara pelajar yang tak terlibat sebab aku jenis yang tak kesah perihal sukan antara kolej ni . Tak. Sebenarnya aku kesah sangat, sebab aku dulu wakil kolej dalam sukan basketball, tapi sebab hal aku dengan Nao kapten pasukan aku ambil tindakan keluarkan aku sebab prestasi aku dah menurun, aku tahu dia minat sangat dengan Nao sebab tu dia buat macam tu, tapi aku positifkan hati aku mungkin betul apa yang dia buat, kadang-kadang aku selalu skip latihan semata-mata Nao ajak jumpa, jumpa pun 5 minit, 10 minit kadang-kadang paling lama 30 minit, itupun bincangkan cerita-cerita dia, apa dia buat dekat kelas dan segala cerita pasal hidup dia, aku naik muak.

Muak sampai tahap aku rasa kalau aku ada kuasa aku dah lama bisukan dia, butakan dia dan hilangkan ingatan dia supaya dia lupakan tragedi dulu dan tak pernah teringin nak balas dendam pada aku dan ayah, kalau ibu aku masih ada mungkin dengan ibu aku sekali jadi sasaran. Hari ni hari carnival sukan, semua peserta di galakkan buat booth sendiri untuk jual atau buat apa saja yang dorang suka, kalau tak terlibat boleh datang dan cuci mata, tak kesah perempuan atau lelaki, kebanyakkan niat dorang semua ni nak cuci mata je, tapi aku tak termasuk sebab aku lebih suka tumpukan mata aku pada mascot carnival sukan kali ni, mascot ayam, setiap perilaku dia buat aku ketawa, bukan aku saja tapi semua orang yang tengok, manakan tidak, dengan costume besar tu, dia boleh buat break dance.

Dari tadi, aku sorang saja yang static berdiri dekat dekat tepi padang ni sambil tengok ayam yang tak reti malu ni menari dangdut pulak. tak lama kemudian, costum ayam ni datang dekat aku dan dia tarik aku ke tengah padang, nak tak nak aku kena turutkan jugak menari dengan dia, aku bukan menari sangat, dia yang beria tarik tangan aku ke sana ke mari, kemudian aku tengok budak perempuan keliling aku semua senyum dan dalam masa yang sama mengeluh macam minta dorang sepatutnya ada dekat tempat aku.

Memandangkan aku rasa macam dah ramai sangat berkumpul tengok aku menari dengan ayam ni, aku rasa elok aku pergi dulu, aku tak suka orang ramai sangat lagi-lagi aku jadi tumpuan, aku minta diri cara elok, aku terus melangkah tak lama kemudian ada sesuatu tarik tangan aku. Ayam tu tarik tangan aku dan dia melutut bagi bunga dekat aku, aku curious, kenapa budak perempuan menjerit tak puas hati, untuk tidak membuang masa aku ambil bunga tu dan terus berjalan laju dan pergi.

“Perghhh dapat bunga. Siapa bagi?,” Aepul menegur aku selepas aku sampai ke booth yang dia jaga. Booth tennis.

“Ayam tu ha bagi, mimpi apa ntah,” aku jawab sambil duduk di kerusi sebelah Aepul.

“Ayam tu suka kau la tu. Elok la tu, lepas ni berkokok je la kau ,”jawab Aepul sambil ketawa kecil.

“Ayam pun ayamlah ada jugak orang nak bagi bunga. Kau hado?,” aku kenakan Aepul balik.

“Ini Aepul la, ramai je nak bagi bunga dekat aku, Cuma nak tak nak je,” Aepul terus senyum bangga. Aku tahu apa yang dia cakap memang betul, Cuma aku malas nak tambah perasaan bangga dia je.

“Eh Aepul, aku jalan kejap la, nak tengok booth sana pulak. lepas habis tawaf satu carnival ni aku datanglepak sini balik,” aku terus bangun dan berlalu pergi. semua booth aku pergi, sampailah ke satu booth yang buat aku terhenti. Aku nampak ayam tu lagi, kali ni Cuma tinggal kostum kepala saja, dia bermain violin. Semua mata tertumpu ke arah ayam itu. patutlah budak perempuan macam nak terkam aku rupanya di sebalik kostum ayam ni lelaki. Mungkin lelaki yang handsome dan aktif sukan. Typical taste pelajar perempuan zaman sekarang, sebab tu Aepul tu laku je.

“Kau nak tahu tak, siapa dalam kostum ni,” kata budak perempuan free hair yang berada di sebelah aku, dia tanya kawannya yang berbadan agak berisi itu.

“Siapa?,” soal kawannya sambil mengerutkan dahi. Aku pun berminat jugak nak tahu.

“Siapa lagi kalau bukan orang yang paling padan dengan aku,” jawab pelajar perempuan itu yakin. Aku lihat wajahnya, memang cantik jadi tak jadi masalah jika dia yakin.

“Nao?,” soal kawannya. Mata aku terbeliak, kenapa manusia kejam tu selalu muncul bila aku tengah bahagia dekat carnival ni. Oh aku lupa, dia pemain hoki universiti jadi memang patut dia ada dekat sini dan aku yang sepatutnya di persoalkan tentang kehadiran aku dekat sini.

“Ye la,” jawab pelajar itu sambil tersenyum mesra, matanya tak lepas memandang Nao yang sudahpun membuka kostum itu, bukan mata dia saja tapi semua mata dekat booth ni termasuk mata aku sekali. bukan salah aku, tapi fitrah manusia tu sukakan benda yang cantik dan kacak, aku tak terlepas dari fitrah ni lagi-lagi yang aku pandang ni boleh di kategorikan manusia paling banyak aku jumpa selama aku belajar dekat sini. Entah kenapa, dengan kehadiran lautan manusia yang ramai ni, lebih-lebih lagi dari kaum wanita, buat aku rasa nak suarakan yang Nao tu aku lebih kenal dari dorang, dan buat aku rasa nak halau semua orang pergi biar aku saja dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience