BAB 14

Romance Completed 29258

“Awak okay?,” aku tanya, aku berdiri jauh darinya. Aku takut. Dia cuma mengangguk perlahan, matanya tak lepas dari memandang aku.

“Jauh sangat kenapa? Siapa yang tikam siapa?,” dalam diam dia memerli aku, aku terus berjalan menghampiri Nao.

“Saya minta maaf. Saya ingat awak yang buat ayah jadi macam tu,” aku tunduk memandang lantai. Dia terus menarik tanganku. Aku jadi cemas.

“Saya sanggup buat apa je untuk tebus kesalahan saya, kalau awak nak tikam saya, awak tikamlah tapi jangan buat apa-apa dengan ayah saya,” Nao terus melepaskan pegangannya, wajahnya sayu saja.

“Lepas apa yang Fikal jelaskan, awak masih anggap saya ni kejam dan jahat?,” Nao terus memandang ke arah lain, dia buat aku jadi lebih serba salah.

“Maaf. Saya tak berniat pun nak sakitkan hati awak. Tapi, saya dah tikam awak, mesti awak akan benci saya kan? Mesti awak dendam dengan saya kan?,” air mata aku bergenang lagi, entah berapa ribu kali aku menangis dari semalam.

“Dah la, berapa kali nak nangis. Awak ni ratu air mata betul. Sini,” Nao menarik kembali tangan aku dan dia mengelap air mata aku dan kali ini dia menghulurkan senyuman pada aku.

“Macam mana saya nak tikam awak? dendam dengan awak? kalau hati saya sekarang cuma ada awak? kelakar kan, dari bunuh jadi sayang, awak mesti tak percaya kan,” Nao memandang tepat ke dalam anak mata aku.

“Tapi, awak kan Nao. Apa yang awak cakap semuanya betul, kalau putih, putihlah. Kalau hitam, hitamlah,” aku membalas kembali pandangan Nao.

“Nao pun spesis manusia jugak kan. Manusia tu berubah, sama jugak saya. Sekarang saya nak cakap yang saya dah tersayangkan awak. I don’t care if you love me back or not, yang penting sekarang saya sayangkan awak dan kalaupun awak tak sayangkan saya, saya akan buat awak sayangkan saya. Jadi awak sayang saya ke tak?,” Nao senyum sambil menampakkan baris giginya, baru kali ni aku nampak senyuman Nao yang begitu manis sekali.

“Nampak macam saya ada pilihan ke? tak de kan. So saya terpaksa sayangkan awak jugak,”aku balas senyumannya kembali.

“terpaksa? Hmmmm saya ni bertepuk sebelah tangan je la ni,” Nao memeluk tubuh seakan merajuk, kali ini aku lihat Nao lain sekali, berbeza sewaktu aku bersama dengannya dulu, waktu dia begitu dingin dengan aku.

“Takde la, saya dah sayang sikit dekat awak. jujur saya cakap, kalau tak takde la saya risau tak tentu hala dari semalam. Abestu, awak nak nikah lagi satu tu dengan cincin and perempuan tu apa?,” aku mengerutkan dahi, Nao ketawa perlahan.

“Saya main-main je la, cincin tu awak punya, saya memang nak bagi dekat awak. perempuan tu, budak yang Fikal suka, haritu dia whatsapp saya gambar budak tu, saya cuma nak tengok je awak cemburu ke tak. Terus keluar rumah,” Nao ketawa lagi. Aku buat muka serius.

“Awak ingat kelakar?,” aku mengerutkan dahi, saja menguji dia.

“Ala sorry la, janganlah marah. Saya cuma nak tahu je awak cemburu ke tak. Qirin, tapi apa yang saya cakap pasal perempuan yang saya suka tu, semuanya pasal awak. Boleh pulak dia sokong kita nak kahwin lagi,” dia menarik kembali tangan aku perlahan.

“Habestu agreement ayah tu?,” aku soal lagi, mukaku masih lagi dalam mood serius.

“Tu, awak main sign je kan agreement tu, bukan nak baca dulu. Tu bukan agreement ayah awak la, tu agreement rumah kita. Kita duduk rumah baru, kita bina keluarga kita, kita hidup macam suami isteri dan ayah tinggal dengan kita. Kita jaga ayah sama-sama okay?,” Nao terus menghulurkan senyuman manis, tanpa aku sedar aku terus memeluk Nao. Nao terkejut.

“Awak, saya tengah sakit ni,” Nao memegang tempat tikamannya.

“Sorry, saya gembira sangat,” aku terus duduk di katil Nao. Tiba-tiba Nao memandang aku dengan mengerutkan dahinya.

“Awak, ada something dekat muka awak,” aku cuba mengelap mukaku dengan tudung.

“Tak kena, sini,” aku mendekatkan mukaku ke arah Nao, tiba-tiba dia mencium dahi ku.

“Dah lama saya nak buat, tapi takut kena tampar je dengan awak,” aku terkejut, aku terus memandang Nao lama.

“Janganlah pandang lama-lama, saya malulah,” Nao terus meletakkan kepalanya di atas meja makan itu.

“Awak ingat awak sorang je ke malu? Saya lagi malu tau tak,” aku terus mengimbas-ngimbas mukaku. Tak lama kemudian, Fikal dan Aepul masuk, sebenarnya mereka dah lama ada dekat pintu cuma kami je yang tak perasan.

“Euwwww. Geli siot, mohon jangan nak bermesra dekat hospital okay,” Fikal terus ketawa besar.

“Nak geli apa? Isteri aku, biarlah. Kau patut cari calon yang serius Fikal, kita dah besar. Kau tak habis-habis nak main-main,” Nao terus menepuk-nepuk bahu Fikal perlahan.

“Lepas aku tengok korang, aku akan pertimbangkan,” Fikal terus memberi isyarat mata pada Nao.

“Macam ni la kawan, mati-mati aku ingat kau just bercinta je dengan Nao. Rupanya dah kahwin. Bukan nak cerita. Sedih la macam ni,” Aepul memeluk tubuh seakan merajuk.

“Ala Aepul janganlah merajuk, panjang cerita dia, nanti aku cerita kat kau whole day. Dari pagi sampai malam, every details,” aku terus menghulurkan senyuman pada Aepul.

“Whole day? Mana boleh, awak kan isteri saya,” kali ini Nao pula buat-buat merajuk, aku pula jadi pening.

“Ah kau Nao sebok je nak merajuk. Don’t worry la, dia ni dah macam adik aku. Jaga dia baik-baik, kalau dia datang kat aku menangis, siap kau Nao. Ni makan dia,” Aepul terus menunjukkan penumboknya pada Nao.

“Ye la abang ipar,” kami bertiga ketawa.

Selepas apa yang terjadi aku bagai tak percaya bahawa segala episode duka yang berlaku membawa 1001 kebaikan dan hikmah terindah bagiku. Tuhan takkan menguji kita di luar kemampuan kita, DIA tidak zalim tapi kita sendiri yang sering berbuat zalim sesame kita dan pada diri sendiri. Enggan memaafkan dan dendam adalah salah satu sifat zalim, indah saja kalau kita saling meemafkan dari terus terkalung dengan rasa yang menyeksakkan nafas.

Aku akan pelihara kasih sayang yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya, takkan ku biarkan ia terlepas dari genggaman ku lagi, ini adalah amanah Allah kepadaku.

TAMAT

Share this novel

ASYZSHA
2020-07-17 10:07:25 

best nyaaaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience