BAB 13

Romance Completed 29258

“Kau sedar tak apa yang kau buat? Nao takde kena mengena dengan ayah kau. Ayah kau masuk ICU sebab dia kena stroke lepas tengok kau terlantar dekat hospital, dia tak sanggup tengok kau macam tu,” Aepul terus membantu Nao yang sedang mengerang kesakitan. Aku terus terduduk, apa yang aku dah lakukan. Nao tak bersalah.

Hampir sejam berlalu, aku dan Aepul menunggu di luar bilik kecemasan, tak lama kemudian Fikal datang dengan riak muka yang marah. Aku tahu semua orang tengah marahkan aku. Aku memang bersalah, salah aku bertindak melulu.

“Apa kau buat Qirin? Sampai hati kau buat macam tu dekat Nao?,” Fikal bercekak pinggang, aku tahu dia marah aku buat begitu pada kawan baiknya, aku cuma tunduk memandang lantai hospital itu.

“Kau tak tahu apa yang dia buat dekat aku Fikal, aku terseksa,” aku terus menekup mukaku dengan tangan.

“Dia buat apa je yang kau nak terseksa sangat? Pernah dia pukul kau? Pernah dia tampar kau? Tak pernah kan?,” Fikal masih lagi dengan emosi berangnya, Aepul hanya terdiam saja di sebelah aku, nak sebelahkan aku pun dia tak boleh sebab dah terang memang salah aku.

“Tapi dia nak bunuh aku Fikal. Bunuh aku! Kau faham tak? Setiap hari aku kena jaga hati dia semata-mata aku nak pastikan dia tak bunuh ayah. Aku tak kesah pasal nyawa aku tapi nyawa ayah aku tu, setiap malam aku tido tak lena, setiap kali aku dengan dia aku rasa takut, kau tak faham Fikal,”air mata aku mengalir lagi, Aepul terkejut.

“Apa? selama ni korang tak bercinta la?,” Aepul mebulatkan matanya, dia pandang aku dan Fikal, minta di beri penjelasan.

“Ha’ah dorang memang tak pernah bercinta, aku dah lama tahu pasal ni sebelum kau bernikah dengan dia lagi. Ya, aku mengaku memang Nao pasang niat nak bunuh ayah kau dan kau Qirin, tapi manusia tu fitrah dia memang selalu berubah, lepas dia kahwin dengan kau dia jadi tak sanggup nak bunuh ayah kau, tapi sebab dendam, dia nak jugak bunuh salah seorang dari korang, aku banyak kali nasihatkan dia jangan buat benda-benda jahat macam ni, tapi dia tak nak dengar.

Sampai satu tahap tu, masa dekat carnival dia luahkan dekat aku yang dia dah kesiankan kau pulak lepas dia tengok kau menangis depan dia, dari kesian jadi sayang . sebab ego, dia teruskan berpura-pura bencikan kau. Tapi kau, sanggup tikam dia Qirin. Isteri apa yang tikam suami?,” aku tersentak, selama ini Fikal dah tahu semua rancangan Nao. Dia sayangkan aku? Berterus terang kan lebih senang. Tapi, aku juga sama seperti Nao, aku dah sayangkan dia cuma dia selalu buat begitu aku cuba lenyapkan perasaan sayang itu.

“Aku tau aku salah Fikal, aku akan terima apa je hukuman nanti,” kami bertiga diam, aku terus dengan rasa bersalah aku. Fikal terus dengan rasa gusar dia dan Aepul terus cuba memahami apa sebenarnya terjadi antara aku dengan Nao. Tidak lama kemudian, doktor keluar dari wad kecemasan itu, aku terus melulu mendapatkan doktor, aku tak mahu dengar berita buruk, aku tak mahu rasa bersalah makin menebal.

“Doktor, macam mana dengan Nao?,” mataku sembap, sejak tadi aku cuma menangis bukan setakat aku risaukan Nao tetapi aku risaukan ayah juga. Tapi memandangkan ayah dah stabil, aku ambil keputusan untuk tunggu Nao.

“Awak siapa? Ahli keluarga dia mana?,” doktor itu seakan ragu dengan kami, memandangkan kami seusia jadi dia tak menganggap aku seperti keluarga Nao.

“Saya isteri dia,” pertama kali aku mengaku aku isteri Nao. Selama ni aku selalu menidakkannya.

“Alhamdullilah, Nao dah stabil. Tapi dia perlukan rehat, lepas ni kamu semua boleh jenguk dia,” doktor itu terus berlalu pergi sambil melemparkan senyuman.

“Terima kasih doktor,” aku terus senyum gembira. Aku bersyukur Nao tak apa-apa. aku terus melangkah untuk masuk menjenguk Nao tapi langkah aku terhenti.

“Fikal kau masuk la dulu, dia kawan baik kau kan,” entah kenapa aku rasa aku tak layak nak jenguk Nao selepas apa yang aku buat.

“Apa-apa pun sekarang ni Nao perlukan kau lebih dari aku, kau isteri dia. Kau masuklah Qirin, aku dengan Aepul bila-bila boleh jenguk dia,” tanpa berlengah aku terus masuk menjenguk Nao, air mata aku bergenang lagi, kenapa aku boleh tergamak tikam Nao? Dia baring lesu, selalu aku hanya lihat Nao yang suka main-mainkan aku, yang serius dan kejam. Kali ni aku rasa kesian pada dia.

Aku duduk lihat wajah Nao, aku pegang tangannya. Tangan dia lebih besar dari aku, lebih kasar dari aku, walaupun aku tak tahu macam-macam yang dia lalui untuk hidup senang macam sekarang, tapi aku dapat rasa dia dah banyak menderita tanpa kedua ibu bapa di sisi,aku kucup tangannya. Tak pernah lagi aku kucup tangannya lepas kami berkahwin, entah kenapa aku rasa sebak sangat. Aku terlena di sisi Nao sampai ke esokkan paginya, kemudian aku jenguk ayah lepas Aepul beritahu ayah dah sedar.

“Ayah,” aku terus mencium tangan ayah.

“Qirin, Qirin dah sihat?,” ayah tanya aku, walaupun mulutnya sudah herot tapi aku masih dapat memahami apa yang di katakan.

“Ala pak cik, Qirin ni sikit je luka dia. Pak cik tu yang kena risaukan diri pak cik. Pak cik okay tak?,” Aepul cuba menceriakan suasana serba sedih itu.

“Pak cik kan kuat, ayah ni belajar silat dulu tau, Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur ayah lagi, Nao mana? dia hantar ayah lepastu dia nya ke mana?,” soal ayah, buat aku rasa sebak kembali.

“Nao,dia tengah makan pak cik, lapar katanya,” aku terus menoleh memandang Aepul. Kenapa dia menipu ayah?

“Kau nak ayah kau stroke balik? Kau tau kan ayah kau sayang gila dekat Nao?,” Aepul bisik pada aku, aku terus menangguk tanda faham. Tiba-tiba handphone Aepul berdering, Aepul terus mengajak aku keluar, Fikal beritahu yang Nao sudah sedar, aku dan Aepul meminta diri dan kami bergegas mendapatkan Nao.

“Fikal, Nao baru sedar ke?,” nafasku tercungap-cungap, manakan tidak aku berlari selaju boleh lepas dengar Nao dah sedar. Aepul pun aku tak tahu di mana lepas aku tinggalkan dia tadi.

“Takde la baru, dalam setengah jam tadi. Dia tengah makan tu, masuklah,” aku menelan air liur, aku takut apa yang bakal di lakukan Nao nanti. Aku dah tikam dia, dan semestinya reaksi orang yang dah kena tikam pasti berdendam dengan orang yang menikamnya. Aku lihat Nao sedang menyuapkan bubur nasi perlahan ke dalam mulut, aku jalan perlahan. Dia lihat aku masuk dan terus meletakkan sudu dan hanya memandang aku kosong tanpa berkedip sedikitpun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience