BAB 4

Romance Completed 29258

Aku bukannya ulat buku, tapi di sebabkan Aepul beria suruh aku baca, so aku pun bacalah. Tapi yang peliknya, buku yang selalu aku letakkan dekat tempat biasa dah takde. Mana perginya?

“Oi.. oii cari Kiddos ke?,” soal suara yang menyapaku dari belakng, dia berdiri menyandar pada rak buku sambil senyum memegang novel pendek itu.

“Laaa.. kau ke yang ambil, aku dah risau dah tadi, siapa pulak yang ambil,” aku terus berjalan mendekati Aepul.

“Kau nak risau apa, yang baca buku ni pun aku dengan kau je. Nah,” Aepul terus menyerahkan buku itu padaku. Kami terus ke tempat duduk.

“Kau takde kelas ke harini?,” soalku sambil mataku memandang novel pendek itu. muka surat berapa aku berhenti baca pun aku dah tak ingat.

“Takde. Aku takde kelas harini. Sebab tu aku pergi library, kau kan tau aku ni suka membaca,” Aepul terus membuka novel English, dia memang suka baca novel. Aku rasa tak ramai lelaki yang minat membaca, tapi Aepul lain.

“Kalau aku jadi kau kan Aepul, dah lama aku berhibernasi kat bilik, lagi best,” aku ketawa kecil, pada aku tidur itu lebih bagus dari aku pergi library kalau takde kelas.

“Ish kau ni, macam mana nak sihat kalau macam tu. Eh, petang ni aku ada match, wanna come?,” Aepul memandang aku. Dia tersengih, aku tahu sangat sengih dia tu, nak suruh aku pergi la tu.

“Boleh je. Lagipun kelas aku habis pukul 4, lepastu aku gerak la kat court, eh asal tak training?,” aku soal Aepul, dia terus menundukkan kepalanya di meja.

“Ala, friendly match je pun. Lagi pun aku dah warm up pagi tadi, cukup dah tu,” Aepul menyelak novel sambil kepalanya berbaring di atas meja.

“Berlagak betul kau ni. Sekali kau kalah baru kau tau. hahaha,” aku ketawa besar. Aku lupa kami di library. Sejak Nao hadir dalam hidup aku, tak ramai yang suka berkawan dengan aku lagi-lagi pelajar perempuan, aku tahu depan aku dorang baik, tapi belakang aku macam-macam kutukan yang aku dapat sebab aku selalu ada dengan Nao. Tapi selamat ada Aepul, at least ada jugak aku kawan nak di ajak bersembang dan ketawa.

“Mulut kau ni aku cili jugak karang! Kau lupa ke ni library? Malu kot, dah la semua orang kenal aku,” Aepul terus menekup mukanya dengan novel di tangannya.

“Asal? Kau pun malu jugak la kawan dengan aku? Dah la pergi la, biar aku sorang-sorang,” aku terus memandang novel di tanganku, padahal aku bukan baca tapi fikiran aku ligat berfikir adakah Aepul pun dah mula malu nak berkawan dengan aku lagi.

“Eh kau ni kesitu pulak, kita dah kawan sejak kecik tau. Aku ni the real friend tau, even takde sorang dalam dunia ni nak kawan dengan kau, aku la yang setia kawan dengan kau tau. ala, Qirin.. dorang semua tu jealous je sebab kau dapat Nao, haaa dekat situ la kau boleh kenal siapa kawan, siapa lawan,” Aepul terus tersenyum meyakinkan aku.

“Masalahnya semua lawan. Hahaha,” aku ketawa kecil, entahlah walaupun aku rasa sedih tapi setidak-tidaknya, aku masih ada Aepul.

“Hmm aku sebenarnya nak tanya something. Dah jadi viral dekat kelas aku, tapi dekat kelas lain aku taktau la,” Aepul terus duduk tegak. Aku dapat rasakan hal ni sangat serius.

“Apa dia?,” aku terus meletakkan novel di tanganku di meja.

“Benda ni aku tahu tengahari tadi, aku on phone beratus whatsapp masuk, semua tanya pasal kau dengan Nao sampaikan aku nak pergi library ni pun ada budak perempuan tanya aku hal yang sama, padahal aku tak kenal pun dorang,” Aepul terus menggaru-garu kepalanya.

“Hal apa? dari tadi aku tunggu,”Aku jadi tak sabar. Apa yang viralnya?

“Macam mana aku nak cakap ni, hmmm.. betul ke kau offer diri kau dekat Nao? Sebab tu Nao terpaksa terima kau sebab nak selamatkan kau dari jadi lebih teruk?,” suara Aepul tersekat-sekat.

“Whaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat??????????!!!!,” aku jerit kuat dan terus berdiri, aku lupa lagi aku kat library.

“calm down. Aku tahu benda ni semua fitnah,” Aepul memandang tempat lain, mukanya sayu saja.

“Aku ingatkan kau percaya. Semua sebab Fikal la ni, dia ni suka sebar benda tak betul. Dah tu kau jawab apa dekat dorang?,” aku duduk kembali, kali ini muka aku lebih sayu dari Aepul.

“Aku jawab la, semua benda ni tak betul. Aku yakin kau bukan macam tu, aku kenal kau bukan sehari dua. Kau nak aku cakap dengan Fikal tak? Ke nak aku tumbok je dia,” Aepul mula mengerutkan wajahnya, Aepul sangat pentingkan persahabatan waktu kitorang kecil dulu Aepul selalu pertahankan aku kalau ada budak-budak lelaki lain yang kacau aku, dia dah macam abang aku.

“Eh tak payah la Aepul. Benda ni aku boleh setelkan,” aku bukan tak mahu, tapi kalau Nao tahu Aepul pukul Fikal, mau dia buat benda yang lebih dasyat pada Aepul. Dia tu bukan boleh percaya, manusia penuh kejutan.

“Kau tak yah serabut la Qirin, benda rumour macam ni sekejap je nanti hilanglah,” Aepul mempamerkan wajahnya sambil tersenyum.

“Aku tak fikir sangat pun, lagipun sekarang ni pun orang dah anggap aku macam-macam. Aku redha je la, mulut orang, macam mana nak tutup kan Aepul,” aku terus menyambung bacaan yang aku berhenti tadi.

“Qirin, jom keluar. Kita pegi makan-makan, aku drive,” Aepul menarik sedikit novel di tanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience