BAB 10

Romance Completed 29258

“Awak siaplah cepat, saya ada surprise untuk awak,”Nao menghulurkan senyuman padaku. Manis sekali, kalau dia baik dah lama aku simpan senyuman tu dalam hati aku,tapi malangnya senyuman tu makin buat aku benci pada dia. Aku terus masuk ke dalam bilik dan bersiap, kalau aku enggan pergi ayah pulak yang akan paksa aku, jadi tak guna kalau aku nak memberontak.

“Ayah Qirin pergi dulu. Nanti Qirin balik ye,” aku terus mencium tangan ayah dan berlalu mengikuti Nao ke keretanya.

“Nak pergi mana?,” soal aku, sejurus saja kaki aku melangkah masuk ke dalam kereta.

“Pergi mati,” jawabnya ringkas sambil mengenyitkan mata padaku, dia yang di carnival hari itu, berbeza sungguh dia dengan hari ini. Aku tahu, dia mana mungkin berubah, putih kata dia putihlah, hitam katanya, hitamlah. Dia bukan jenis yang senang berubah.

“Kalau nak pergi mati, tak payah bawak saya naik kereta semua, ambil pisau dekat dapur tu tikam je saya,” aku melemparkan pandanganku di luar tingkap. Malas mahu tengok mukanya itu.

“Hahahaha.. buat lawak? Saya ni bukan buat jenayah bodoh-bodoh tau. kalau macam tu senang la, dari dulu lagi saya dah tikam awak. pandang saya,” aku masih lagi pandang ke luar. Entah sejak bila aku makin berani untuk tidak terlalu ikut katanya, mungkin lepas di carnival itu.

“Qirin,” bahu ku di tarik. Mata kami bertentangan, dia senyum sinis memandang aku.

“Awak jangan ingat, saya peluk awak haritu saya akan ubah keputusan saya, at least kalau dah nak mati tu dengar sikit cakap suami awak ni, faham?,” Nao memegang daguku, aku cuma mengangguk perlahan.

“Kita pergi rumah saya kejap. Memandangkan awak dah nak mati tak lama lagi, saya dah sediakan satu agreement untuk ayah awak. lepas awak dah mati kan takde siapa nak jaga ayah awak, saya memang dan takkan jaga ayah awak langsung. Jadi, lepas je awak mati saya akan hantar ayah awak dekat rumah orang tua-tua. Jadi awak kena tandatangan agreement tu,” Nao menumpukan matanya ke arah jalan raya. Aku memandangnya terkejut.

“Awak ni serius ke?,” aku seakan tak percaya. Mana mungkin Nao sebaik ini.

“Awak ingat saya ni jahat sangat ke? At least nyawa anak dia dah melayang, bapa dia kena la di beri penjagaan sebetulnya. Saya berani bertaruh la, ayah awak mesti gila lepas awak mati,” aku dah lali dengan ayat mati yang keluar dari mulut Nao. Aku cuma diam mematikan diri, aku gembira sekurang-kurang lepas aku tiada, ayah masih terjaga.

Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke sebuah kondominium, memang eksklusif dan aku hairan bagaimana seorang pelajar mampu beli rumah sebesar ni mungkin dia ada sugar mummy. Tapi kalau jual dadah pun boleh, sedangkan nyawa orang pun dia boleh buat main-main apa lagi la nak jual dadah. Aku mengekori Nao, sampai saja di pintu rumahnya. Mulut ku melopong, mana mungkin kondominium boleh sebesar ini.

“Apa yang awak nak terkejut sangat tu?,” soal Nao, dia terus menarik tanganku masuk.

“Saya tak pernah jumpa kondominum sebesar ni,” mataku masih lagi terbeliak.

“Kondominium? Ni Penthouse la, sukati je label kondominium,” sangkaan ku meleset, tapi yang lagi meleset kenapa dia masih pegang tangan aku. Aku cepat-cepat tarik tangan aku.

“Awak takkan buat apa-apa yang tak elok pada saya kan?,” aku melangkah ke belakang, aku harap dia takde niat lain, salah aku juga ikut dia masuk rumah ni.

“Buat apa-apa tu, macam ni ke?,” Nao terus menarik tanganku kuat, dia memegang bahuku dan merenung mataku tajam sambil tersenyum sinis.

“Apa ni?,” aku tolak tangan Nao kasar.

“Hahahaha.. kelakar la awak ni, jangan risau saya takde selera pun tengok awak. agreement tu ada dekat atas, dekat bilik saya. Awak nampak tangga tu, naik atas. Agreement tu ada dekat atas meja. Saya nak pergi tengok baby saya kejap, mesti dia rindu saya,” aku terus membulatkan mata, maknanya bukan aku sorang saya perempuan dalam rumah ni.

“Tak payah nak terkejut sangat, baby tu kucing saya. Jahat-jahat saya pun saya tak suka buat benda-benda macam tu. Typical malay betul awak ni, cepat sangat judge orang,” Nao terus menuju ke ruang tamu. Dia seakan boleh baca apa yang aku katakan dalam hati aku. Aku terus menaiki anak tangga, bilik Nao kemas sekali dan semuanya tersusun rapi. Aku terus menuju ke meja Nao dan mengambil agreement itu, namun aku paling semula melihat meja itu, sebuah frame gambar, di dalamnya kelihatan gambar Nao dan ibu bapanya, ceria sekali dan lain benar dengan dirinya sekarang, aku angkat frame itu untuk lihat lebih jelas lagi dan satu nota tertulis di belakang.

“Pa and Ma, i’m doing good. All those hard days akan disappeared. Miss you guys a lot ” air mataku tiba-tiba saja bergenang. Rupanya banyak yang Nao hadapi untuk dia sampai ke tahap ini, dan sebab tu dia masih berdendam dengan kami. Aku nak nasihatkan memang langsung dia tak mahu dengar, nak tak nak aku turutkan saja apa yang Nao nak buat pada aku.

Tiba-tiba mataku terpaku pada sebuah kotak cincin yang berada di atas meja itu, aku buka dan cincin itu sungguh cantik berbeza dengan cincin pernikahan yang Nao beri pada aku yang tersimpan rapi dalam laci mejaku, aku tak mahu pakai kerana aku bukan rela kahwin dengan dia, Nao juga begitu, dia juga tidak memakai cincin itu. aku tahu cincin ini untuk wanita yang bakal di nikahi selepas aku tiada.

“Sorry,” aku cepat-cepat letak kembali cincin itu di atas meja setelah terlihat kelibat Nao di depan pintu. Dia berjalan menuju ke arah aku, dia renung aku lama kemudian dia ambil cincin itu dan merenung cincin itu.

“It’s okay. Tengok la puas-puas sebab nanti bila saya nak nikah lagi awak dah takde kan,” Nao menghulurkan cincin itu padaku. Aku geleng tidak mahu, bukannya aku berminat sangat dengan cincin tu.

“She’s good, talented, capable dan paling penting sangat cantik. Senyuman dia the sweetest thing ever saya pernah tengok. I’ve never jatuh cinta madly macam ni. Susah nak buat dia terima saya.,” Nao tersenyum manis sambil melihat cincin itu, entah kenapa hati aku rasa sakit, padahal tak perlu untuk aku rasa sebegitu setelah apa yang dia buat pada aku selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience