Bab 7

Romance Series 2678

"Nur Safiuddin bin Mohd Aata, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Dian Maisarah binti Jaafar dengan mas kahwinnya 20 ribu ringgit tunai"
" Aku terima nikahnya Dian Maisarah binti Jaafar dengan mas kahwinnya 20 ribu ringgit tunai" dengan sekali lafaz dia berbicara.
"Sah?" aku mendengar tok kadi bertanya. Siapa lagi tok kadi tu kalau bukan ayah aku. Sekarang ni adalah proses pembatalan air sembahyang. Jantung ku berdegup laju. Eh, pelik. Kenapa Sai pulak yang masuk bilik aku ni?
"Asal kau masuk bilik aku ni? Suami aku mana? Din mana Din?" ha, kan dah bertubi-tubi soalan aku tanya delat dia ni.
"Yan, kau tengok aku pakai baju apa? Warna apa?" dia tanya aku balik?? Mamat ni memang nak kena tau! Aku tengok baju dia. Baju melayu warna puih. Sama dengan warna baju kurung aku ni.
"Hah, dah tengok" aku masih blurr. Tulah, dulu tak nak kenal dengan suami sendiri, sekarangkan dah susah.
"Samakan?" dia tanya aku balik semula. Aku angguk-angguk.
"Takkan lah suami aku... ENGKAU??" terkejut beuk aku.. Wajah su dia tenang je.
Dalam terpaksa, aku menyalaminya. Tu pun selepas kena tegur dengan Kak Nana. Kemudian, dia mengucup dahiku lama. Aku terdengar usikan Kak Nana. " Kalau dah jodoh, tak ke mana. Suami Mai kawan Mai jugak" aku menyetujui kata-kata Kak Nana. Macam manalah aku tak tahu nama panjang buah hati aku dulu.
Tamat cerita akad nikah. .
Aku duduk di birai katil.
"Assalamualaikum" suamiku memberi salam. Aku jawab lah 'Waalaikumussalam' Hehe.
" Awak, boleh saya tanya?" aku memulakan pembicaraan. Kalau tak, dari tadi senyap je.
" Bukan awak, tapi abang. A.B.A.N.G. Cuba sayang sebut" aduh mamat ni. Boleh lagi berabang-abang.
"A abang" aku tergagap. Ter tau, bukan sengaja.
" Macam tulah sayang abang. Nak tanya apa tadi?" muka dia kembali serius. Macamlah aku takut. Hehe. Tak baik Yan buat suami kau macam tu.
"Kenapa ibu panggi abang Din?" tanyaku.
" Nama abangkan Safiuddin. Tu yang ibu panggil abang Din. Sebab senang nak ingat" aku teranguk-angguk. Terungkailah misteri yang berlegar-legar di kepalaku ini.
"Okeylah, abang mandi dulu ye" dia sempat mengucup dahiku sebelum pergi. Saja je nak ambil kesempatan. Aku pun tak kesah, sebab dia suami aku. Kalau dia kawan aku, memang kena belasahlah jawabnya. Aku ni pemegang tali pinggamg hitam tau dalam taekwondo. Jangan main-main.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience