Bab 6

Romance Series 2678

Pejam celik, pejam celik, aku pun dah dapat segulung ijazah. Gembira wei. Lepasni bolehlah aku jadi arkitek yang berjaya. Aku memandu kereta yang dihadiahkan oleh ayah kesayanganku. Aku dah ada lesen tau. Tamat je form 5, ayah aku terus suruh aku ambil lesen kereta. Puas aku membantah tapi tak berjaya.
Aku memakir kereta. Ayahku kata nak meraikan kejayaan aku ni. Aku pun tak kesah sebab hanya keluarga aku yang turut serta dan juga abang dan akak kesayanganku. Hebat tak hubungan kami ni?? Sebenarnya abang ziq tu bekerja di syarikat ayah aku. Jadi dari situlah mereka berkenalan. Kak nana pula, isteri kepada abang ziq. Dah jodoh, nak buat macam mana.
"Assalamualaikum, semua" aku memberi salam. Eh, kejap. Kenapa macam ramai sangat keluarga aku ni? Nak kata keluarga akak ipar aku, memang taklah sebab akak ipar tu anak yatim piatu.
" Sarah, perkenalkan. Ni Keluarga bakal mertua kamu. Ni Puan Alya. Kamu boleh panggil dia ummi je. Ni pula Encik Zakaria. Kamu panggil dia baba je" jelas ibu tanpa diminta. Macam dah tahu je apa yang berlegar di fikiranku ini.
" Keluarga mertua? Sarah tak fahamlah ibu" aku meminta penjelasan. Yelah, alih-alih aku dah ada keluarga bakal mertua. Siapa je yang tak terkejut.
" Sarah, kamu dah lupa ke yang kamu tu dah jadi tunang orang sejak kamu form 1 lagi?" aku tetiba jadi blurr. Fikir Sarah, fikir. Hah! Aku dah ingat. Aku terima dengan syarat
Syarat yang pertama, aku tak nak kenal dengan bakal suamiku sehingga kami nikah. Syarat yang kedua, aku akan berkahwin dengan dia lepas aku habis belajar, bukan masa belajar. Alamak! Aku dah tamat belajar. Mesti lepasni aku kena kahwin. Waaa!!
" Minggu depan kamu akan berkahwin" ujar ibu lembut. What? Minggu depan? S,emua persiapan dah sedia ke? Sempat ke? Aku belum bersedia..
" Semua perlengkapan ayah dah sediakan. Tinggal nak kahwin je" ayah berkata tegas. Hish ayah ni. Macam boleh baca fikiran orang pulak. Aku mengangguk lemah tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience