Series
2678
Aku memandang wajah ibuku meminta penjelasan.
"Ya, Sarah. Kamu sudah bertunang. Ada orang meminang kamu" Aku seakan tidak percaya. Di majlis kelahiranku yang ke 13, ayah membuat pengumuman yang aku sudah bertunang. Majlis kelahiranku bukannya ada sesapa, cuma ayah, ibu dan seorang abangku yang sudah berkahwin.
"Tapi Sarah masih form 1, ibu. Tak naklah Sarah. Sarah ada impian yang nak dicapai, ibu. Sarah nak jadi arkitek!"
"Tolonglah, Sarah. Tolong tunaikan permintaan ayah dengan ibu. Sarah tak kesiankan ibu dengan ayah ke?" ayahku meminta simpati. Aku mengeluh.
"Okey, Sarah terima. Tapi ada syarat. Syaratnya, Sarah tak nak kenal dengan tunang Sarah sehingga kitaorang bernikah. Lepas tu, Sarah nak kahwin lepas habis belajar. Bukan masa belajar. Macam mana? Setuju tak?" ibu dengan ayahku tersenyum.
"Oleh kerana Sarah setuju dengan pertunangan Sarah, beribu syarat pun ayah sanggup lakukan" ujar ayah ku. Yelah tu. Kalau minta intan dengan berlian, agaknya dapat tak. Aku bukan mata duitan rau. Hehe.
"Err... ayah, budak tu handsome tak? Muka dia macam mana? Putih ke tak?" tanya ku. bukan nak kenal, tapi nak tau je. Takut suami hodoh.
" Bolehlah jugak. Tapi ayah lagi handsomelah. Muka dia macam oranglah. Kulit dia sawo matang macam Sarah" panjang lebar ayahku memberitahu. Sempat lagi memuji diri sendiri.
"Suami Sarah sebaya dengan Sarah" ibu menambah. Aku pula? Aku mencebik jelah tanda tak puas hati. Macam manalah buah hati aku bila dapat tahu aku dah bertunang. Erk. Buah hati secara tak langsung.
Share this novel