Series
2678
Aku menyalami si suam sebelum dia pergi kerja. Itulah rutin harian aku. Sudah setahun kami mendirikan rumah tangga. Aku tidak bekerja. Dia kata biarlah aku menjadi suri rumah. Aku pun ikutkan jelah. Janji duit masuk setiap bulan. Haha.
"Abang, kejap lagi Di nak pergi kedai buku. Nak tengok-tengok novel baru. Mamalah tau sangkut pulak" Di?? Tulah nama panggilan aku dekat dia. Di. Ringkas dan comel.
" Pergilah. Abang izinkan" aku apalagi, bersoraklah. Tanpaku sedar, ku mengucup pipinya. Merah pipiku dibuatnya. Aku memghantarnya hingga ke pintu. Lepas tu?? Aku masuklah ke rumah. Aku menyarungkan tudung. Kunci kereta pantas ku capai.
****
" Yan, kau ke tu?" aku menoleh ke sebelah. Badrul??
" Yelah tu, aku. Lama tak jumpa kau. Kau apa cite sekarang?" biasalah kalau jumpa kawan lama. Riuh sekampung.
"Aku macam ginilah. Dengar cite, kau kahwin dengan Sai. Sorry aku tak dapat datang sebab aku pergi oversea" Badrul menunjukkan riak bersalah. Ni yang aku fail ni.
" Tak pe" balas ku pendek Tiba- tiba mataku gelap. Aku rebah namun bernasib baik kerana disambut oleh seseorang. Lepas tu, aku tak ingat apa yang jadi. Sehinggalah aku tersedar, aku berada di hospital.
" Doktor, kenapa dengan saya?" aku menanyakan soalan tu dekat doktor yang merawat aku.
" Puan mengandung dua bulan. Tahniah, puan" Ya Allah, air mataku mengalr. Bukan kerana sedih, tetapi gembira. Setelah mengucapkan terima kasih kepada doktor tu, aku keluar dari bilik tu. Aku melihat Badrul menunggu dengan wajah yang cemas.
" Kau okey tak? Doktor cakap apa?" ambil berat jugak dia kat aku.
"Doktor cakap, ada makhluk menumpang dekat dalam badan aku" aku cakap guna kiasan sikitlah. Saja nak buat dia blurr.
Setelah dua saat, baru dia berkata. Kan dah cakap, dia mesti blurr punya.
"Tahniah. Berapa bulan" ceh, macam mana ia tau bulan ni. Mesti curi- curi dengar.
"Dah dua bulan" lepas tu, aku terus balik rumah. Badrul nak hantar, tapi aku menolak. Tak sabar nak bagitau berita gembira ni dekat suami aku.
Share this novel