Series
2678
Hari ni first day aku sekolah di SMS Bandar Penawar. Perasaan aku? Gembira lah. Tapi aku sedih juga sebab kena berpisah dengan parents aku. Aku melihat sekolah yang berada betul-betul di sebelah sekolahku. Bukan kerana sekolah itu cantik, tapi sebab ada kekasih hati aku dekat dalam sekolah tu. Pagi ini, aku kena mendaftarkan diri. Mataku melilau mencari dewan.
"Ouch!!" aduh!! malunya aku. Mula sekolah je dah langgar orang. Lugage aku yang berat ni pula landing betul-betul dekat atas kaki aku.
"Are you okay?" tanya pemuda itu. Kacak beb! Tapi rasanya dia tua setahun dari aku. Kiranya, seniorlah.
"Yes, I'm okay" dah dia speaking English, aku ikutlah sekali.
" Saya minta maaf, ye. Saya jalan tak pandang depan. Awak ni sipq? Saya muhammad Nor Haziq bin Yusaini. Saya Form 2" terang pemuda yang digelar Haziq itu.Kan betul aku cakap. Dia tua setahun dari aku.
" Tak pe. Yan pun salah jugak. Nama Yan, Dian Maisarah binti Jaafar. Yan form 1.Yan sebenarnya cari dewan untuk pendaftaran" jawab aku.
"ouh, kiranya juniorlah. Jadi panggil saya, abang ziq je. Nak panggil Dian apa?" tanya dia lagi.
" Oleh kerana abang ziq ni special, panggil Yan Mai je" ujarku.
"Ziq, cepatla. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Cikgu Bedah"
" Kenalkan, ni Aleeya Syazlyana binti Saiful Bahtiar merangkap makwe abang. Mai boleh panggil Kak Nana sebab dia pun tua setahun dari Mai" jelas abang ziq.
" Awak ni mengada pulak eh depan junior kita. Hai Mai. Jangan dilayankan sangat abang ziq kamu ni. Jomlah, Ziq. Nanti kena marah pulak" lembut Kak Nana berbicara. Idak seperti aku ni. Sebab tu sampai sekarang tak ada peminat lagi. Err.. kecuali Sai.
" Bye adikku, sayang. Nanti kita pergi outing sama-sama ya" abang ziq membuka langkah pergi. Untunya aku. Fisrt day dah dapat abang dan akak angkat.
"Bye" Aku meneruskan jalan. Eh, jap! Aku lupa nak tanya di mana dewan. Ah, sudah.
Share this novel