Series
9398
PINTU bilik mesyuarat utama ditolak kasar dari luar. Aurin melangkah masuk dengan nafas yang tercungap-cungap. Di sebabkan semalam, dia terlajak tidur. Wajahnya yang masih lesu disolek tebal. Malah, sehelai selendang melilit kemas di lehernya, sengaja menutup kesan love bite yang bertaburan. Dia juga tidak tahu siapa yang buat. Mungkin saja abang tirinya itu.
Seketika semua bangun sebagai tanda hormat, kecuali seorang. Zafran. Lelaki itu duduk bersandar dengan kaki bersilang di atas meja, memusingkan pen dengan gaya bosan.
"Maaf semua... saya terlambat. Jalan jem," bohong Aurin sambil membetulkan kedudukan shawlnya yang hampir terlorot.
Zafran melepaskan ketawa sinis yang cukup kuat untuk didengari satu bilik.
"Jalan jem ke atau CEO kita ni letih sangat lepas balik dari kelab malam semalam?. Baru hari pertama dah tunjuk belang malas. Kalau macam ni gaya pengurusan, sebulan pun syarikat ni takkan tahan."
"Terima kasih atas tegurannya. Saya janji, takkan buat lagi. So... boleh kita mulakan sekarang?."
Aurin memulakan pembentangan tentang visi barunya untuk syarikat. Segalanya nampak lancar sehinggalah Zafran mula melancarkan serangan peluru berpandu.
"Kejap. Dalam Slide 4, kau sebut pasal penggabungan aset Blue B Group dengan sub kontraktor di Dubai. Boleh kau jelaskan secara teknikal. Dan aku nak kau jelaskan dalam konteks undang-undang maritim antarabangsa," soal Zafran dengan nada mencabar, matanya merenung Aurin dengan pandangan 'aku tahu kau bodoh'.
Aurin terdiam. Istilah itu terlalu asing baginya. Peluh mula membasahi dahinya, lagi-lagi para staf mula berbisik sesama sendiri.
"Kenapa?. Tak boleh jawab?." Zafran menjungkit kening, sambil bibirnya mengukir senyuman kemenangan. "Itulah beza orang yang belajar tinggi dengan orang yang guna kabel."
Tiba-tiba, Alex, orang terpercaya Dato’ Zamir berdehem dan bangun dari duduknya.
"Maafkan saya, Tuan Zafran. Berdasarkan penilaian risiko yang Cik Aurin dah bincangkan dengan saya pagi tadi, Marginal Risk kita berada di tahap 2.4 peratus, jauh di bawah had bahaya. Manakala Liquidity Ratio pula telah diimbangi dengan pelaburan emas di Zurich. Secara teknikalnya, semuanya terkawal," jelas Alex dengan tenang dan profesional.
Zafran merengus, matanya mencerun tajam ke arah Alex.
"Aku tanya CEO kau, bukan tanya anjing suruhan papa. Kau tak ada hak nak menjawab bagi pihak dia."
Alex hanya tersenyum, langsung tidak gentar dengan gertakan Zafran.
"Maaf sekali lagi, Tuan Zafran. Sebagai asisten peribadi Cik Aurin, tugas saya adalah memastikan setiap soalan teknikal dijawab dengan fakta yang tepat. Jadi, saya berhak sepenuhnya."
Aurin yang tadi terasa kerdil, kini kembali bersemangat. Dia memandang Alex sambil menepuk tangan sambil tersenyum lebar.
"Bagus, Alex. Penerangan yang sangat jelas."
Wajah Zafran berubah menjadi merah. Dia sangat kesal kerana rancangannya untuk memalukan Aurin gagal di tangan orang terpercaya ayahnya.
"Saya rasa sampai sini saja untuk harini. Semua boleh sambung buat kerja masing-masing." Aurin menutup failnya dengan gaya boss girl. Dia memandang semua pekerja yang ada di situ dengan senyuman manis. "Oh ya, memandangkan harini, hari pertama saya masuk kerja, apa kata kita keluar makan sama. Saya belanja."
"Wah, terima kasih Cik Rin." Sorak para pekerja dengan gembira. Mereka semua mula mengemas barang dengan semangat, meninggalkan Zafran yang masih duduk membatu di kerusinya.
Aurin melangkah melepasi Zafran, sempat dia membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu.
"Duit yang abang tawarkan haritu?. Simpanlah untuk beli ubat sakit hati. See you tonight."
Zafran mencengkeram bucu meja sehingga kayunya hampir retak. Dia memandang punggung Aurin yang berlalu pergi dengan perasaan benci yang membuas, namun di sudut hatinya yang paling dalam, dia semakin terangsang melihat keberanian gadis itu mencabarnya.
 •
SEMENTARA di meja makan. Bau harum nasi lemak pandan dan sambal tumis hasil air tangan Datin Ros memenuhi ruang udara. Dato’ Zamir terlihat duduk santai, sesekali menghirup kopi panas sambil memerhati isterinya yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggannya.
"Sedap betul bau sambal ni, sayang. Abang rasa, kalau setiap hari macam ni, boleh naik berat badan abang," usik Dato’ Zamir sambil tersenyum lebar.
Datin Ros tersipu malu, pipinya sedikit kemerahan.
"Abang ni... ada-ada jelah. Jemputlah makan."
Dato’ Zamir menyuap sesuap nasi, berlaukkan sambal tumis. Matanya terpejam seketika menikmati rasa tersebut.
"Luar biasa. Masakan sayang memang tak pernah mengecewakan. Kalau boleh, abang nak sayang yang masak setiap hari sampai kita tua."
Namun... Datin Ros tidak menjawab. Yang tadinya tersenyum lebar, kini mula memudar. Wajahnya bertukar muram, dan dia hanya menguis-nguis nasi di pinggannya tanpa selera.
Dato’ Zamir yang menyedari perubahan drastik itu segera meletakkan sudu. Beliau mencapai tangan isterinya dan mengusapnya lembut.
"Kenapa ni, sayang?. Tiba-tiba je muram. Ada apa-apa yang tak kena ke?."
Datin Ros memandang wajah suaminya dengan mata yang berkaca.
"Sayang rasa bersalah, abang. Di sebabkan Ros jadi isteri abang, Aurin jadi mangsa. Dia dibenci semua orang. Siap guna kekerasan lagi."
Dato’ Zamir mengeluh berat.
"Maksud sayang tentang kejadian di butik semalam?."
Datin Ros mengangguk perlahan.
"Sayang tengok muka Aurin semalam... ada lebam, bibir pecah. Dia cakap dia jatuh, tapi sayang tahu itu kerja Intan dan kawan-kawan dia. Video tu dah tersebar, abang. Sayang sedih sangat tengok anak sayang diperlakukan macam tu sekali."
Dato’ Zamir menarik nafas panjang.
"Abang dah ambil tindakan. Abang dah hubungi keluarga Intan dan beri amaran keras. Abang juga dah nasihatkan Intan secara peribadi. Abang minta maaf, sayang... abang terlepas pandang. Abang ingat kalau mereka keluar bersama, mereka boleh jadi kawan. Tak sangka pulak Intan sekejam tu."
"Bukan itu saja yang sayang risaukan, abang. Pasal jawatan CEO tu... sayang takut Zafran apa-apakan Aurin. Abang tahu kan betapa bencinya Zafran pada kami?. Zaf tu nampak tenang, tapi dalam dia... sayang takut sangat kalau dia bertindak luar kawalan."
Datin Ros membayangkan pandangan mata Zafran yang tajam dan dingin setiap kali melihat Aurin. Dia tahu anaknya dalam bahaya jika berada terlalu dekat dengan singa yang sedang marah itu.
Dato’ Zamir menggenggam erat tangan Datin Ros, cuba menyalurkan kekuatan.
"Sayang jangan risaulah. Abang dah fikirkan semuanya. Abang dah tugaskan Alex untuk jaga Aurin 24 jam di pejabat. Alex tu orang kepercayaan abang, dia tahu apa nak buat kalau Zafran cuba buat kacau. Aurin selamat dengan Alex. Abang takkan biarkan sesiapa pun sakiti anak sayang, termasuklah anak abang sendiri."
Datin Ros menarik nafas lega, seolah-olah satu beban berat baru sahaja diangkat dari bahunya.
"Alhamdulillah... terima kasih, abang. sayang cuma nak tengok Aurin bahagia. Sayang tak nak jawatan atau harta ni jadi punca dia menderita."
"Aurin tu kuat, sama macam mama dia," puji Dato’ Zamir, membuatkan Datin Ros kembali tersenyum.
•
SELESAI sahaja mesyuarat yang meletihkan itu, Aurin melangkah dengan bahu yang jatuh menuju ke arah lif. Kepalanya berdenyut-denyut, oleh kerana tidak cukup tidur semalam, di tambah letih kerana melayan mulut abang tirinya, yang serba tidak kena itu.
"Kopi... aku perlukan kopi sekarang ni juga sebelum aku pengsan," gumam Aurin sendiri. Dia melangkah masuk ke dalam perut lif dan menekan butang kafeteria di tingkat bawah.
Baru sahaja pintu lif hampir bertaut, satu tangan menghalang. Pintu terbuka semula secara automatik. Keluhan berat terlepas dari bibir Aurin sebaik melihat susuk tubuh tegap Zafran melangkah masuk dengan wajah yang sangat dingin.
"Awal turun?. Dah habis dah berlakon jadi CEO pujaan ramai?." Sindir Zafran sambil menyandarkan bahu pada dinding lif.
Aurin hanya memejamkan mata, bersandar pada dinding bertentangan.
"Tolonglah abang... Rin penat. Kalau nak gaduh, tunggu Rin habis minum kopi. Sekarang ni Rin tak ada tenaga nak layan abang."
"Kerja sikit pun dah penat."
Aurin tidak sempat membalas apabila tiba-tiba lif itu bergegar kuat.
DUM!
Dan terhenti serta-merta. Lampu utama terpadam, meninggalkan mereka dalam kegelapan sebelum lampu kecemasan berwarna merah menyala.
"Shit!." Zafran mendengus.
Aurin mula panik. Dia menekan butang loceng berkali-kali.
"Abang... Lif rosak ke?. Tolonglah, Rin sesak nafas."
Dalam cahaya kemerahan yang samar itu, Zafran bukannya membantu, malah dia melangkah rapat ke arah Aurin. Dia mengepung tubuh kecil itu dengan kedua-dua belah tangannya. Ruang lif yang sempit itu serta-merta terasa sangat panas.
"Kau nak aku tolong?. Boleh... tapi ada harganya," bisik Zafran.
"Abang nak buat apa ni!?." Soal Aurin mula panik, sedaya menolak dada Zafran, namun Zafran pantas menangkap kedua-dua pergelangan tangannya dan menguncinya ke atas kepala.
"Kau dah malukan aku depan semua orang tadi. Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je?." Zafran menekan tubuhnya rapat ke tubuh Aurin sehingga Aurin dapat merasakan kehangatan dan kekerasan otot lelaki itu.
"Rin minta maaf... okey?. Please... lepaskan Rin." Rayunya.
Zafran tersenyum sinis, wajahnya hanya seinci dari bibir Aurin.
"Aku akan maafkan kau... dengan satu syarat. Tidur dengan aku malam ni. Puaskan nafsu aku yang kau dah bangkitkan sejak semalam. Deal?."
"Tak nak!. Rin..."
Tanpa amaran, dia merentap kasar shawl yang melilit leher Aurin sehingga terlorot ke lantai. Dia melihat kesan merah semalam yang mula memudar.
"Tanda ni dah nak hilang... aku rasa aku patut buat yang baru," kata Zafran. Dia terus membenamkan wajahnya di leher Aurin, menggigit dan menghisap kulit sensitif itu dengan rakus.
"Argh!. Abang!. Sakitlah... abang tak malu ke ada CCTV dekat atas tu." Aurin meronta-ronta, cuba memalingkan wajahnya.
"Aku tak peduli. Biar semua orang tengok. Lagi bagus." Zafran semakin galak. Tangannya yang sebelah lagi mula merayap liar ke bawah baju Aurin, meramas pinggang ramping itu dengan kasar.
Aurin merintih, antara sakit dan satu perasaan pelik yang mula menjalar ke seluruh urat sarafnya. Paksaan Zafran membuatkan lututnya terasa lembik. Ciuman Zafran pula beralih ke bibir Aurin, memaksa lidahnya masuk menerokai setiap sudut mulut Aurin sementara tangannya terus menerokai lekuk tubuh gadis itu dengan penuh nafsu.
Tiba-tiba, lif bergegar semula.
TING!
Lampu putih kembali menyala terang dan pintu lif terbuka tepat di tingkat lobi di mana beberapa orang staf sedang menunggu.
Aurin terus menolak Zafran sekuat hati dengan sisa tenaga yang ada. Nafasnya tercungap-cungap, wajahnya merah padam. Dengan tangan yang menggigil, dia membetulkan bajunya yang sudah kusut dan mencapai shawl di lantai untuk menutup lehernya yang kini mempunyai tanda ungu yang lebih gelap.
Dia segera berlari keluar dari lif, merempuh staf yang memandangnya pelik. Zafran hanya berdiri tenang di dalam lif, membetulkan kolar kemejanya sambil mengukir senyuman kemenangan.
"Jumpa lagi di majlis makan malam nanti... sayang."
Share this novel
Sakit betul hati tengok perangai Si zafran ni teruk sgt sangap dia.. hissh bengong?