BAB 2 -JUAL MAHAL

Mature Content Series 9398

SUDAH hampir 7 bulan Datin Ros berstatus isteri kepada Dato' Zamir, dan sepanjang itu juga, tidak sedikit pun, anak tirinya itu memandangnya. Bahkan setiap kali dia cuba mendekat, Zafran sering kali menghina, dan menghindarinya. Sudah pelbagai cara dia usahakan untuk mengambil hatinya. Tapi itu sia-sia. Zafran tetap dingin.

Namun tidak berarti dia berhenti mencuba. Dia akan terus mencuba, sehingga hati batu anak tirinya luluh.

"Harap... Zaf sukalah dengan pancake aku ni." Bisik hati kecilnya, sambil membawa sepinggan pancake yang masih berasap panas ke meja. Dia tahu Zafran sukakan pencuci mulut yang lembut, dan ini adalah cubaan ikhlasnya untuk merapatkan jurang yang sedia ada.

Melihat Zafran di meja makan. Datin Ros segera menghampiri.

"Zaf... mama ada buatkan dessert kegemaran kamu. Makanlah sikit sebelum keluar pejabat," sapa Datin Ros lembut, sambil meletakkan piring itu di hadapan Zafran yang sedang sibuk dengan tabletnya..

"Mama?." Ulang Zafran sambil meletakkan tabletnya di atas meja, lalu memandang Datin Ros dengan pandangan mematikan. "Sejak bila aku izinkan perempuan murahan macam kau panggil diri kau mama depan aku?."

Datin Ros tersentak, tangannya menggigil sedikit.

"Maaf, Zaf... makcik cuma nak berbaik. Kita kan dah jadi satu keluarga..."

"Keluarga?." Zafran ketawa sinis. Dia lantas mencapai piring itu, lalu menimangnya seketika sebelum dengan sengaja melepaskan piring itu ke lantai.

PRANGGG!

Pancake yang di buat dengan kasih sayang kini bergelimpangan di atas lantai, bercampur dengan serpihan kaca. Datin Ros terkedu, matanya berkaca namun dia hanya menunduk. Dia sedar posisinya di mata anak tirinya itu hanyalah seorang perampas.

"Ops. Licin,"

"Melampau! " Aurin yang baru muncul di ruang makan tidak dapat menahan sabar. Dia pantas meluru ke arah ibunya. "Mak tak buat salah apa pun. Kenapa abang perlu biadap macam ni, huh!?."

Zafran berdiri, ketinggiannya yang mendominasi membuatkan Aurin nampak kecil, namun Aurin tidak berganjak setapak pun.

"Kau pun sama. Dua-dua sampah yang masuk rumah ni untuk kotorkan keturunan aku."

"Sekotor-kotornya kami, kami masih lagi ada adap. Tak macam abang. Sampah. Sedarlah diri tu sikit!."

"Dahlah tu Rin. Jangan di lawan abang kamu ni. Mak yang salah." Datin Ros cuba meleraikan, memegang lengan Aurin. "Makcik minta maaf. Biar makcik bersihkan..."

Datin Ros membongkok untuk mengutip serpihan kaca itu, namun Zafran yang sudah dirasuk amarah tiba-tiba bertindak luar kawalan. Dia merentap bahu Datin Ros dan menolak wanita itu dengan kasar.

"Tak payah nak berlakon jadi mangsa dekat sini. Sundal!!."

GEDEBUK!

Datin Ros jatuh terduduk di atas lantai, tanpa sengaja tangannya terkena serpihan kaca sehingga darah mula mengalir.

"Mak!." Aurin menjerit. Dia meluru ke arah ibunya.

"Kesiannya dia..." ejek Zafran.

"Abang memang binatang!. Sebab tulah mama abang mati. Itu kerana dia malu ada anak macam abang."

Darah menyerbu ke wajah Zafran.

"Kau.." Tangan Zafran sudah di angkat tinggi, sedia untuk menghinggapkan satu tamparan padu ke wajah Aurin yang sedang mendongak berani mencabarnya.

Namun....

"ZAFRAN!!."

Suara garau Dato’ Zamir bergema dari arah tangga. Beliau melangkah laju, wajahnya merah padam menahan marah. Membuatkan tangan Zafran bergantung di udara.

"Papa..." 

"Kamu dah melampau."

Dato’ Zamir terus mendapatkan isterinya yang terduduk di lantai.

"Sayang!. Ya Allah... sayang okey tak ni?." Khawatirnya, sambil membelek tangan isterinya yang terluka. "Besarnya luka. Jom pergi hospital."

"Sayang okey. Abang jangan risau. Sikit je ni."

Beliau berpaling semula ke arah Zafran, pandangannya penuh dengan kekecewaan.

"Papa tak pernah ajar kamu jadi pengecut macam ni, sampai berani naik tangan. Papa dah tak tahu nak cakap bahasa apa lagi dengan kamu. Keras kepala sangat. Apa susahnya, terima hakikat yang papa dah kahwin lagi. Dan Aurin ni adik kamu."

"Zaf tak pernah anggap budak mentah ni adik Zaf. Takkan pernah sama sekali."

"CUKUP!." Dato’ Zamir menengking sehingga mengejutkan Aurin dan Datin Ros. "Kalau kamu terus macam ni... papa tak teragak-agak tarik semua aset kamu. Kereta, kondo, kad kredit, malah jawatan kamu papa akan tarik balik!. Kalau kamu nak jadi gelandangan?. Teruslah biadap macam ni."

Zafran mengetap bibir sekuat hati sehingga berdarah. Dia memandang ayahnya, kemudian beralih kepada Aurin yang sedang memeluk ibunya dengan pandangan penuh dendam. Ugutan ayahnya bukan main-main. Tanpa harta itu, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghancurkan mereka.

"Puas hati kau sekarang?." Bentak Zafran sebelum mencapai kunci keretanya dan melangkah keluar dari rumah itu.

Aurin menghela nafas lega.

'Kalau terus macam ni, baik aku lari. Dari terus kena hadap singa lapar tu.'

 •

SETELAH beberapa jam berlalu, Aurin terpaksa juga menyeret kakinya untuk menghadap si Singa Lapar itu semula. Semuanya gara-gara dokumen penting yang perlukan tandatangan segera. Kalau bukan di sebab kerja, dia lebih rela terjun tiru gaya diving masuk dalam kolam ikan kesayangan ayah tirinya daripada kena hadap muka jantan psiko tu lagi.

"Ya Allah... Kau permudahkanlah urusan hambamu yang malang ini. Lembutkanlah hati si dia. Tapi kalau itu pun mustahil, sekurang-kurangnya Kau pinjamkanlah aku sedikit kesabaran sebelum aku tampar dia lagi. Amin..." doa Aurin sebelum tangannya teragak-agak mengetuk pintu.

TOK! TOK!

"Masuk..." Suara garau dari dalam memberi arahan.

Aurin menarik nafas sedalam mungkin, cuba mengumpul sisa keberanian sebelum melangkah masuk. Di hadapannya, Zafran sedang bersandar santai pada kerusi kerjanya, sambil bermain dengan sebatang pen di celah jari. Sebaik sahaja wajah Aurin muncul, serta-merta bibir Zafran terukir senyuman lebar. Matanya meliar memandang tubuh Aurin dari atas ke bawah, seolah-olah sedang menilai barang dagangan yang tidak laku.

"Maaf kalau Rin mengganggu,"

"Ya, kau memang mengganggu tak ubah macam sampah. Menyakitkan mata."

'Sampah?!. Oi... mulut tu memang tak ada insurans ke?. Tumbuk kang terus masuk ICU baru tahu." Amuk Aurin dalam hati.

"Kau nak apa?."

"Rin perlukan tandatangan abang dekat dokumen ni."

"Letak atas meja. Dan jangan berani keluar selagi aku tak habis semak," arah Zafran dengan suara dingin.

Aurin mendengus kecil, meletakkan fail itu dengan kasar di atas meja.

"Tolong cepat sikit. Rin ada banyak lagi kerja nak di buat dekat kedai."

"Kedai kek sampah kau tu boleh tunggu, bukan ada pelangan sangat pun," ejek Zafran sambil membelek dokumen tanpa minat. Sebaik selesai menurunkan tandatangan, dia sengaja menjatuhkan pennya ke lantai, tepat di bawah meja, berhampiran kakinya.

"Alamak. Pen aku jatuh. Ambilkan," arah Zafran selamba, matanya kembali fokus pada skrin komputer.

"Abang ada tangan, kan?. Ambillah sendiri."

Zafran berhenti menaip. Dia memandang Aurin dengan pandangan yang sangat tajam.

"Aku bos kau dalam rumah ni Aurin. Ambil pen tu sekarang, atau aku koyakkan dokumen ni."

Aurin memejamkan mata, sedaya menahan sabar. Dengan wajah yang merah kerana geram, dia membongkok perlahan-lahan untuk mencapai pen itu. Namun, sebaik sahaja hujung jarinya menyentuh pen tersebut, Zafran bertindak pantas, dia menyentap lengan Aurin dan dengan satu tarikan, tubuh Aurin melayang dan jatuh terduduk tepat di atas ribanya.

"Lepaslah!." Aurin meronta-ronta.

Belum sempat Aurin menjauh, lengan sasa Zafran sudah melingkar erat di pinggang rampingnya. Dengan satu sentakkan kasar, dia menarik tubuh kecil itu rapat ke dadanya, mengunci kedudukan Aurin sehingga gadis itu langsung tidak punya ruang untuk meloloskan diri.
"Duduk diam-diam kalau kau tak nak aku buat lebih daripada ni," ugut Zafran.
"Abang nak apa?. Lepaslah... Kalau orang nampak macam mana?." Aurin mula meronta panik, namun setiap gerakannya hanya membuatkan tubuh mereka semakin bergesel rapat.
Tanpa amaran, Zafran membenamkan bibirnya ke belakang leher Aurin. Kucupan yang bermula dengan tuntutan itu perlahan-lahan bertukar menjadi sedutan yang dalam. Bauan haruman vanila yang semula jadi dari kulit Aurin benar-benar mencabar kewarasan Zafran. Jantungnya berdegup laju, seirama dengan nafsu yang mula memberontak hebat di bawah sedar.
"Kau wangi sangat, budak kampung," bisik Zafran, suaranya kini berubah menjadi serak dan berat, sarat dengan keinginan yang tidak lagi mampu disembunyikan.
"Abang, jangan buat kerja gilalah. Lepas..." Suara Aurin bergetar hebat. Dia sedaya menolak dada Zafran, namun tangannya seolah-olah kehilangan daya apabila bibir Zafran mula merayap ke arah telinganya.
Zafran tidak mempedulikan amaran itu. Dengan pantas, dia memusingkan badan Aurin supaya menghadapnya. Dia mencengkeram rahang Aurin, memaksa gadis itu menentang matanya yang sudah berubah gelap dan membuas.
"Aku nak kau, Aurin. Malam ni juga," Zafran merapatkan tubuh mereka sehingga Aurin dapat merasakan kehangatan yang menjalar dari tubuh lelaki itu. "Aku bagi kau RM500,000. Hanya untuk satu malam. Kau tidur dengan aku malam ni, puaskan aku, dan duit tu akan jadi milik kau."
Aurin terkedu, nafasnya turun naik dengan laju.

"Abang ingat Rin ni apa?. Pelacur yang boleh abang beli dengan duit?." Kesal Aurin.

Zafran ketawa sinis. Entah kenapa dia merasa nafsunya makin meronta-ronta akan penolakkan itu.

"Aku janji, aku buat pelan-pelan... aku takkan sakitkan kau. Aku akan buat kau melayang sampai kau lupa siapa nama kau. Aku jamin, kau mesti ketagih."

"Tak nak!. Lepaslah...." Aurin menjerit, namun Zafran lebih pantas, terus menyerang leher jinjang Aurin, menghisap dan menggigit kulit lembut itu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan ungu kemerahan, love bite yang sangat ketara.

"Argh!. Sakit!." Aurin merintih, air matanya mula menitis. Zafran benar-benar sudah hilang akal, malah tangan pemuda itu mula menjadi liar, cuba menerokai bahagian dada Aurin.

Dalam keadaan terdesak, kebetulan lengan Zafran berada dekat dengan mulutnya. Tanpa berfikir panjang, Aurin menyambar lengan itu dan menggigitnya sekuat hati sehingga dia dapat merasakan rasa darah di lidahnya.

"SHITT!." Zafran mengerang kesakitan dan pegangannya terlepas seketika.

Aurin pantas melompat turun dari riba Zafran. Dia membetulkan bajunya yang sudah kusut-masai dengan tangan yang menggigil. Dia memandang Zafran dengan penuh kebencian dan jijik.

"Abang dah gila. Jangan harap Rin serahkan diri Rin pada syaitan macam abang." Jerit Aurin sebelum melari keluar dari bilik itu secepat mungkin.

Zafran duduk bersandar semula di kerusinya, memandang kesan gigitan Aurin di lengannya yang masih berdarah. Dia menyentuh bibirnya sendiri, membayangkan rasa kulit Aurin tadi. Bukannya marah, dia malah tersenyum lebar.

"Aku suka perempuan yang jual mahal macam ni. Lagi kau lari, lagi aku nak buru kau sampai ke lubang cacing."

Zafran menjilat sisa darah di lengannya, matanya bersinar dengan cahaya kegilaan.

"RM500,000 tak cukup?. Okey. Aku akan pastikan kau serahkan segalanya pada aku... secara percuma."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience