BAB 1 -CIUMAN PAKSAAN

Mature Content Series 9398

SELALUNYA waktu makan malamlah yang paling bising dengan macam-macam cerita, tapi kali ni suasana terus jadi dingin. Semuanya gara-gara kemunculan Zafran. Anak tunggal Dato' Zamir yang baru saja balik dari Korea.

'Oi... kalau aku tahu orang tua ni balik. Aku lebih rela kerja shif malam. Tengoklah mata dia, macam nak telan aku hidup-hidup." Bisik Aurin dalam hati sambil menunduk, fokus pada sebutir nasi di pinggannya. Tidak berani menghadap ke hadapan, merenung mata abang tirinya yang dari tadi lagi tidak lepas dari memandangnya, sudah seperti singa lapar.

"Aurin, kenapa diam ni je?. Dok main nasi tu. Tak baik tau. Makanlah, sayang. Mak masak ketam cili padi kegemaran kamu tau," suara lembut Datin Ros memecah kesunyian. Beliau mencedokkan seekor ketam ke dalam pinggan Aurin dengan penuh kasih.

Aurin hanya mampu tersenyum tawar.

"Terima kasih, mak."

"Macam mana kerja harini?. Okey?." Celah Dato’ Zamir.

"Okey, pa. Cuma... pelanggan harini luar biasa ramai. Biasalahkan, hari minggu. Jadi... penat sikit." Jawab Aurin, masih tidak berani mengangkat muka.

Dato’ Zamir meletakkan sudunya.

"Kan papa dah cakap, berhenti jelah kerja dekat kedai dessert tu. Buat penat je. Sebaiknya kamu fokus pada satu kerja saja. Bukan apa, papa risaukan kesihatan kamu. Kamu masih muda, perjalanan masih panjang. Sesekali tu enjoy juga jangan asyik kerja je."

"Betul cakap papa kamu tu, Rin. Mak pun dah tak sanggup tengok kamu balik rumah dengan muka letih lagi. Balik pun pagi, kadang-kadang tak balik langsung. Please... fikirkan kesihatan kamu." Sokong Datin Ros sambil mengusap bahu anak kesayangannya itu.

Mendengar itu, membuatkan tawa Zafran meletus. Membuatkan semua mata tertuju padanya. Zafran dengan selamba menyandarkan badannya ke kerusi, sambil menyilangkan tangan di dada.

"Penat?. Kerja jual kek pun penat?. Manja betul. Tak payah kerjalah kalau macam tu, duduk je rumah... goyang kaki macam mak kau."

"Zaf!. Jaga mulut tu sikit!." Tegur Dato’ Zamir dengan nada tegas.

Zafran menjungkit kening, tidak gentar sedikit pun.

"Apa?. Zaf cakap benda betulkan. Oh... jadi Papa suruh Zaf balik ni hanya kerana nak suruh Zaf tengok drama keluarga bahagia ni ke?. Zaf sibuk. Banyak urusan lagi penting daripada nak dengar cerita sedih pelacur dua orang ni."

Dato’ Zamir menarik nafas panjang, cuba mengawal amarah.

"Sebenarnya, papa panggil semua berkumpul harini sebab papa ada perkara penting, and papa juga dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan ni."

"Keputusan apa pa?." Soal Aurin.

"Papa rasa dah tiba masanya untuk papa bersara dan habiskan sisa hidup papa bersama mama kamu." Jawab Dato' Zamir sambil mengenggam erat tangan isterinya lalu di ciumnya sekilas.

"Aw... so sweet." Kata Aurin, sambil menyentuh dadanya, bahagia apabila melihat ibunya di hargai seperti itu.

Datin Ros yang mendengarnya terharu, hampir menangis namun di tahannya saja, malu di pandang anak-anak. Sementara Zafran, menyampah seperti selalu.

"Jadi, mulai esok... Papa dengan rasminya melantik Aurin sebagai ceo baru yang akan mengantikan papa." Jawab Dato' Zamir dengan senyuman lebar.

Betapa terkejutnya Aurin apabila dirinya yang di lantik, bukannya anak kandungnya. Seakan tidak percaya. Sedangkan yang berhak untuk jawatan itu, Zaf. Anak kandungnya.

"Tahniah sayang." Ucap Datin Ros sambil mengelus tangan anak kesayangannya.

PRANGG!.

"Mak pergi pasar..." latah Aurin.

Gelas di letakkan kasar sehingga airnya terpercik ke atas meja.

"Seriusly!?." Matanya mencerun tajam ke arah bapanya, sebelum beralih kepada Aurin yang sudah pucat. "Tapi kenapa?. Budak mentah ni sekolah menengah pun tak lepas. Papa sesuka hati bagi jawatan sebesar tu pada dia. Tak masuk akallah. Papa nak company kita bangkrup ke?."

"Sebelum papa buat keputusan, papa dah kaji dan pertimbangkan banyak hal dari jauh-jauh hari lagi. Dan setelah papa kaji, Aurinlah yang layak mengantikan papa. Dia ada visi, dia jujur, dan dia lebih banyak luangkan masa di syarikat berbanding kamu yang asyik dengan dunia sendiri," jawab Dato’ Zamir.

"Zaf tetap tak setuju." Bantah Zaf tegas.

"Pa... Rin bukan bermaksud nak tolak rezeki. Tapi Rin tak layak ada di posisi papa. Rin tak nak jawatan tu. Seharusnya Abang Zaf yang dapat. Abang Zaf lebih berpengalaman..."

"Tak perlu nak berlakon depan akulah." Zafran membentak sambil bangun dari kerusi.

Suara Zafran yang lantang benar-benar mengejutkan Datin Ros dan Aurin.

'Habislah aku....' bisik hati Aurin. Ingin saja dia lari dari situ, namun kakinya berat seakan ada batu bertan-tan.

Zafran kemudian berjalan ke arah Aurin, berdiri tepat di belakang kerusi gadis itu. Dia membongkokkan badannya, tepat di telinga Aurin sehingga Aurin dapat merasakan hembusan nafas panas abang tirinya itu.

"Kau dengar sini, budak perampas. Kau mungkin boleh pikat hati tua papa aku dengan muka kesian kau tu... tapi jangan mimpi kau boleh duduk atas kerusi aku dengan tenang."

"Zafran, cukup!. Keputusan papa muktamad. Suka atau tidak, ini arahan!." Dato’ Zamir berdiri, membalas pandangan mencabar anaknya.

Zafran tersenyum sinis, lantas berdiri tegak semula sambil membetulkan bajunya. Namun pandangannya tidak lepas dari merenung Aurin buat kali terakhir dengan pandangan yang membunuh, satu pandangan yang dipenuhi dengan dendam yang sudah lama terperam, membuatkan Aurin menelan air liur.

"Okey. Kalau itu yang papa nak... Zaf akan ikut rentak permainan ni." Lawannya sebelum berpaling dan melangkah keluar tanpa menoleh lagi.

Aurin hanya mampu terdiam, jantungnya berdegup laju. Dia tahu, hidupnya tidak akan aman lagi selepas ini. Singa yang selama ini tidur, sudah bangun dan sasarannya hanyalah satu, dirinya.

 •

"BALA apakah ini?. Aku memang nak kaya, tapi bukan dengan cara jadi sasaran maut jantan psiko tu!. Matilah aku... macam mana aku nak hadap orang tua tu?." Aurin membebel sendirian, pantas melangkah ke dapur dengan rentak kaki yang laju, seolah-olah sedang berkawat dalam perbarisan tentera.

Sesampai saja di depan sinki, Aurin terus memulas pili air dengan kasar. Dia menyental tangannya berkali-kali di bawah aliran air yang deras. Kulitnya digosok kuat, seolah-olah mahu menyental segala rasa takutnya.

"Aku harap semua ni mimpi. Aku cuma nak hidup tenang, nikmati kemewahan papa tanpa ada gangguan pakcik psycho tu," gumam Aurin sambil memandang pantulan wajahnya di permukaan sinki yang berkilat.

"Tahniah atas kemenangan kau. Perlu ke kita raikan dengan pergi minum-minum... atau dengan sesuatu yang lebih panas?."

Suara itu mengejutkan Aurin. hampir saja jantungnya melompat keluar, namun dia cuba berlagak tenang. Dia tidak menoleh. Dia tahu itu Zafran. Jika dia melayan, dia hanya akan memberi skor percuma kepada lelaki itu.

"Oh... sekarang dah bisu?."

'Ya... aku bisu. Kenapa?.' Lawan Aurin dalam hati sambil menutup pili air, mengelap tangannya pada tisu dan melangkah pergi tanpa sepatah kata. Namun, belum sempat dia melepasi Zafran, pemuda itu terlebih dahulu merentap lengannya dengan kasar dan menolak tubuh kecilnya ke dinding lalu mengunci tangannya di atas.

"Sakitlah... abang nak apa?." Aurin meronta.

"Tadi dekat meja makan bukan main lagi berlakon suci, tak nak jawatanlah, abang Zaf lebih layaklah... Munafik, puih..." kesal Zafran, sambil meludah di lantai.

Aurin memberanikan diri membalas renungan tajam itu.

"Rin tak minta pun semua ni bang. Papa yang buat keputusan. Tolonglah faham."

Zafran ketawa sinis.

"Tak minta?. Huh. Kau dengan mak kau sama je. Muka polos, tapi dalam hati penuh muslihat. Kau memang sebiji macam mak kau... pandai merayu, pandai ambil kesempatan. Dasar keturunan sundal."

Dada Aurin turun naik menahan amarah.

"Jangan babitkan mak Rin dalam urusan kita. Dan harus abang ingatkan, mak Rin bukan sundal."

Zafran ketawa sinis.

"Memang faktakan. Mak kau tu perempuan sundal yang dah hancurkan keluarga aku. Dia goda papa aku sampai mama aku mati merana. Dan sekarang, keturunan dia dengan tak tahu malunya rampas syarikat aku pula. Dasar pelacur tak tahu diri." Zafran menekan lengan Aurin ke dinding.

Aurin sudah hilang sabar.

"Ya, Rin akui yang kami memang berjiwa perampas. Harap maklumlah, nak bertahan hidupkan. Kenalah bijak. Walaupun hina di mata abang, tapi sekurang-kurangnya kami tetap pemenangnyakan. Mak dapat papa, dan Rin dapat syarikat. Abang dapat apa?. Abang cuma dapat sakit hati yang tak habis-habis. Rin sarankan, jangan selalu sangat, nanti kena serangan jantung. Tak ke nanti bila abang mati, Rin yang untung, semua harta papa jatuh ke tangan Rin dan mak." Lawan Aurin.

Wajah Zafran berubah menjadi merah. Matanya yang dingin kini membara dengan api kemarahan yang luar biasa.

"Kau... memang nak kena ajar!."

Tanpa amaran, Zafran menyambar rahang Aurin dengan sebelah tangan, mendongakkan wajah gadis itu, dan terus menghentam bibir Aurin dengan ciuman yang rakus dan kasar.

"Mmmm... Lepaslah!!." Aurin meronta-ronta, sambil memukul dada Zafran sekuat hati, namun lelaki itu bagaikan tembok besi yang tidak berganjak sedikit pun.

Ciuman itu tidak mempunyai sebarang rasa cinta. Ia hanyalah serangan nafsu dan dendam. Zafran menggigit bibir bawah Aurin sehingga Aurin mendesis kesakitan, memberi peluang untuk Zafran menerokai lebih dalam dengan lidahnya secara paksa. Aurin dapat merasakan rasa hanyir darah di dalam mulutnya. Zafran menciumnya seolah-olah mahu merentap nyawa Aurin keluar melalui bibir itu.

Aurin mengumpul segala tenaga yang ada dan menolak dada abang tirinya sekuat hati sehingga pegangan lelaki itu terlepas.

PANGGG!.

Satu tamparan sulung hinggap tepat di pipi kanan Zafran.

"Abang dah melampau!."

Zafran memegang pipinya yang mula merah. Perlahan-lahan, dia berpaling semula ke arah Aurin. Bukannya marah, satu senyuman sinis terukir di bibirnya, malah menjilat sisa darah Aurin yang terlekat di bibirnya sendiri.

"Boleh tahan. Bibir kau... manis sangat. Tak sangka, budak kampung macam kau ada rasa yang mahal. Mesti tak pernah ada jantan yang sentuh lagi, kan?."

Aurin mengelap bibirnya yang pecah dengan belakang tangannya.

"Abang dah gila !. Abang binatang !."

Zafran melangkah setapak lagi ke depan, mengecilkan ruang antara mereka. Dia mengeluarkan dompetnya, menarik beberapa keping duit seratus dan mencampakkannya ke muka Aurin. Duit itu bertebaran jatuh ke lantai.

"Kalau kau perlukan duit, kau tak payah susah-susah kerja. Kau sebut je berapa ribu kau nak. Tapi dengan syarat... " Wajah Zafran semakin dekat, hampir menyentuh hidung Aurin. "Kau kena  tidur dengan aku. Layan aku sampai aku puas. Mana tahu, servis kau lagi hebat daripada mak kau?."

"Maaf tak tertarik." Aurin tidak sanggup lagi mendengar penghinaan itu. Dia segera berpusing dan berlari meninggalkan dapur dengan tangisan yang akhirnya pecah.

Zafran tersenyum puas, memerhati susuk tubuh Aurin yang hilang di sebalik pintu. Matanya gelap, penuh dengan obsesi yang tidak sihat. Dia menarik nafas dalam, menghidu sisa bau haruman Aurin yang masih tertinggal di udara.

"Ini baru permulaan, Aurin. Aku akan buat kau melutut di kaki aku... sampai kau sendiri yang merayu nakkan aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience