Series
9398
AURIN mengheret malas kakinya masuk ke dalam butik dengan wajah yang cukup pasrah. Kalau tidak di sebabkan arahan ayahnya, memang taklah dia menghadap tunang si singa lapar tu. Kononnya nak berkenalanlah, mana tahu boleh jadi bestie selamanya. Please lah!. Daripada buang masa macam ni, lebih baik dia pergi kerja. Penat pun tak apa, janji poket masyuk.
"Oh, look who's here. Ceo celup dah sampai." Intan bersuara lantang, sengaja mahu menarik perhatian pelanggan lain di butik mewah itu. Di sebelahnya berdiri Sherry dan Bella yang masing-masing menjinjing beg tangan berharga puluhan ribu, siap dengan pakej muka sombong.
Aurin hanya tersenyum.
"Maaf lambat, tadi jalan jem. Akak ada apa nak jumpa Rin ni?."
"Ewww kau panggil aku apa?. Akak?. Nak muntah hijau aku dengar. Aku bukan kakak kaulah. Panggil aku Cik Intan. Sebenarnya aku nak belikan kau baju. Aku perhati je kau ni asyik pakai baju yang sama je. Takda baju lain ke?. Takut nanti bila masuk office, orang ingat kau ni mak cik cleaner pula. Jatuhlah imej Zafran. Opps... lupa pulak, kaukan asalnya orang kampung, miskin. Sekarang dah kaya, terbawa-bawa pulak sifat miskin tu. Faham."
Sherry dan Bella ketawa mengejek.
"Eh, Intan. I dengar mak dia pakar tangkap laki orang. Mesti ilmu memikat tu dah turun dekat anak dia juga, kan?." Celah Bella sambil menjeling Aurin dari atas ke bawah dengan riak jijik.
Aurin hanya tersenyum, hinaan seperti itu sering kali dia dengar, jadi... dah biasa.
"Betul. Mak aku memang dah turunkan ilmu pemikat dia dekat anak dia yang cantik ni, siap bagi mantra bagi ikat terus. Patut ke aku cuba dekat abang Zafran. Mana tahukan tahun depan aku boleh naik pelamin. Tak ke hidup aku hanya goyang kaki je lepas ni, duit datang sendiri."
Wajah Intan berubah kelat.
"Apa kau cakap?!."
"Ops, tersasul pula," Aurin tersenyum manis, puas akan reaksi yang ia dapat.
Tanpa sebarang amaran, Aurin menyambar gelas jus oren di tangan Intan dan menyimbahnya tepat pada wajah Intan.
"Bravo !!." Puas Aurin.
Jus oren itu membasahi seluruh wajah dan baju designer putih yang dipakai Intan.
"Kurang ajar!. Kau memang nak kena. Serang dia !!."
Sherry dan Bella terus meluru. Sherry merentap rambut Aurin dari belakang, manakala Bella sudah bersedia untuk menampar pipi Aurin. Namun, mereka silap orang. Aurin bukannya jenis yang menyerah kalah. Dia menendang perut Bella dengan kuat sehingga wanita itu kesakitan, kemudian dia berpaling dan mencengkam tangan Sherry yang masih memegang rambutnya.
"Oi... sakitlah. Pengawal !!."
"Aw sakit ke?. Kesiannya dia. Seriusly, aku lagi suka kalau kita main kasar macam ni." Lalu menolak kuat Sherry sehingga jatuh ke lantai.
PANGGG!
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Aurin.
"Kau ingat, kau hebat sangat?. Rasakan tamparan maut dari aku." Kata Intan puas.
"Lagi... buat lagi," cabar Aurin.
"Oh... kau nak sangat. Meh sini..." lawan Intan.
Mereka bergelut hebat, tarik-menarik rambut, mencakar, dan berbalas tumbukan. Pemilik kedai dan pelanggan lain hanya mampu berdiri sambil merakam video, tidak berani masuk campur melihat kegilaan mereka.
"HEI!. BERHENTI!."
Imran, kawan baik Aurin, berlari masuk bersama tunangnya, Sarah yang kebetulan ada di situ. Sarah terus memeluk dan menarik Aurin menjauh, manakala Imran menghalang Intan daripada terus menyerang.
"Rin... Kau okey tak ni?!." Imran cemas melihat muka Aurin yang sudah lebam dan rambut yang kusut-masai seperti sarang burung.
Aurin memandang ke arah Intan, Sherry, dan Bella yang sudah serupa 'Hantu Kak Limah', baju koyak, maskara cair di pipi, dan rambut yang sangat serabai.
"Okey." Jawab Aurin sambil mengelap darah di bibirnya dengan ibu jari, kemudian menjilat darah itu sendiri sambil tersenyum puas. "Mmm... manis. Aku rasa... segar sangat harini. Macam baru lepas bersenam," tambah Aurin.
Intan yang sedang ditenangkan oleh kawan-kawannya menjerit histeris.
"Perempuan gila. Kau tunggu jelah. Aku akan bagitahu Zafran. Dasar sundal."
"Bagitahulah, aku tak takut" Aurin membalas tenang, matanya bersinar dengan cahaya kegilaan. "Biar dia tahu bakal isteri dia ni lemah sangat sampai kalah kena belasah dengan anak perampas. Bye."
Aurin melangkah keluar dari butik itu dengan gaya penuh kemenangan, walaupun badannya terasa sengal-sengal.
•
SAKIT hati membawa Aurin ke sebuah club, di temani sahabatnnya, Dian yang kebetulan ada di situ. Rambutnya yang kusut-masai dari pergaduhan siang tadi dibiarkan saja. Di atas meja, sudah tiga botol wine kosong di minumnya. Kesedaran gadis itu sudah terbang melayang. Dian yang mula diserang rasa risau segera menghampiri Aurin yang sedang asyik menari di tengah-tengah keramaian itu.
"Rin... dah la tu. Kau dah mabuk sangat ni, jom balik." Jerit Dian mengatasi bunyi muzik yang memekakkan telinga, sambil menarik lengan Aurin.
"Kau baliklah dulu. Aku masih nak enjoy."
"Kau nikan, kalau papa kau tahu. Mati kau. Jomlah balik." Sambil sedaya menarik tangan Aurin, namun Aurin tetap mengeraskan badan.
"Biarlah, aku dah tak kisah. Nama baik aku dah terlanjur rosak. Mereka nak sangat tengok aku jadi sundalkan. Ni, biar aku buktikan yang aku boleh jadi lebih teruk dari tu."
"Ish kau nikan, okey fine. Kejap, aku ambilkan air hangat, biar kau sedar sikit. Kau jangan kemana-mana." Dian pantas melangkah pergi.
Sebaik saja Dian menghilang, seorang lelaki berkemeja hitam mula merapati Aurin dari belakang. Tanpa meminta izin lagi, lelaki itu merangkul pinggang ramping Aurin dengan berani, menarik tubuh gadis itu rapat dengannya. Aurin yang sudah hilang kewarasan tidak menolak, malah menyandarkan kepalanya ke bahu lelaki asing itu sambil memejamkan mata.
"Hai cantik... seorang je ke?. Nampak macam tengah dahaga sangat ni," bisik lelaki itu tepat di telinga Aurin.
"Tak... I dengan kesedihan I. I nak buang semua ni jauh-jauh, you boleh tolong I?." Soal Aurin tanpa sedar, suaranya kedengaran sangat menggoda di bawah pengaruh alkohol.
Lelaki itu tersenyum lebar.
"I faham... dan kebetulan, I ada ubat paling mujarab untuk hilangkan kesedihan you. Jom ikut I pergi tempat yang lebih privasi. I gerenti, cara I main nanti akan buat you melayang tinggi sampai ke langit. You takkan ingat benda lain selain nikmat yang I bagi."
Aurin yang sudah hilang kewarasan itu lantas mendongak, matanya kuyu menatap wajah lelaki asing itu dengan senyuman yang menggoda.
"Tapi janji dengan I satu benda..." bisik Aurin, jemarinya mula bermain di dada lelaki itu. Membuatkan pemuda itu, menelan liur berkali-kali.
"Janji apa tu sayang?."
"Janji dengan I, yang you guna kondom. I tak nak ambil resiko kalau mengandung nanti."
Lelaki itu tertawa. Dia lantas merangkul pinggang Aurin dengan lebih erat, menariknya rapat sehingga tiada lagi ruang udara antara mereka.
"I janji, sayang. I akan pastikan semuanya bersih," jawab lelaki itu sebelum mula memimpin langkah Aurin menuju ke arah bilik privasi di tingkat atas.
Dian yang baru saja datang dengan segelas air di tangan terus mengejar apabila mendapati sahabatnya di bawa lelaki asing, namun langkahnya terhalang oleh lautan manusia yang semakin sesak.
"Rin!." Jerit Dian, namun Aurin sudah pun hilang di sebalik tirai bersama lelaki asing itu, bersedia untuk menyerahkan dirinya sebagai tanda protes terhadap takdir yang kejam.
Baru sahaja lelaki itu mahu menarik Aurin ke arah pintu belakang, satu tangan sasa menyentap kolar baju lelaki itu dan menghayunkan satu tumbukan padu tepat ke pipi kanannya.
BUKKK!
"Argh..." rintih pemuda itu.
"Kau berani sentuh dia lagi sekali, siap kau aku kerjakan." Zafran menjerit bagaikan dirasuk syaitan. Matanya merah, bukan kerana mabuk, tetapi kerana perasaan pelik yang menyelubungi hatinya.
"Hei... Apa yang encik buat ni?." Seorang pemuda meluru menghalang Zafran dari terus memukul lelaki tadi.
Zafran tidak menjawab. Dia terus menyambar lengan Aurin dan mengheret gadis itu keluar dengan kasar.
"Kita balik sekarang."
"Tak nak!. Lepaslah... Rin nak main dengan mamat tadi tu. Dia baik, dia tak hina Rin." Aurin meronta-ronta, kakinya terhuyung-hayang.
"Diam, Aurin!. Sebelum aku sumbat mulut kau dengan kasut aku!." Zafran terus mengheret Aurin sehingga ke tempat letak kereta bawah tanah.
Dengan sekuat tenaga Aurin menepis tangan Zafran dengan kuat.
"Jangan sentuh Rinlah. Abang benci Rin, kan?. Abang selalu cakap yang Rin ni sundal. Biarlah Rin jadi sundal betul-betul."
Zafran menolak Aurin ke dinding kereta Lamborghini miliknya, mengepung gadis itu, sehingga wajahnya hanya seinci dari wajah Aurin yang kemerahan.
"Kau nak aku bagitahu mak kau ke yang anak kesayangan dia ni jual diri dekat club?."
Aurin terdiam seketika, matanya mula berkaca.
"Jangan... jangan bagitahu mak. Tolong..."
"Jadi... ikut aku balik."
Aurin cuba melarikan diri, namun dia hampir tersungkur. Nasib baik Zafran pantas menangkap pinggangnya.
"Lepaslah!. Rin benci abang!."
"Aku lagi benci tengok kau macam ni!." Balas Zafran sambil mencempung tubuh Aurin.
"Turunkan Rin." Rin terus meronta.
"Boleh tak kau diam?!. Sekali lagi kau bersuara, aku tak teragak-agak sumbat mulut kau dengan adik aku." Ancam Zafran.
Dia merentap kasar tubuh Aurin dan mencampakkannya ke kerusi penumpang sebelum menghempas pintu dengan kuat. Aurin cuba sedaya upaya untuk membuka pintu semula, namun malangnya sistem kunci automatik sudah bertindak lebih pantas. Zafran dengan wajah yang menyinga segera melangkah dan melabuhkan punggung di kerusi pemandu.
"Buka pintu ni... Rin tak nak balik dengan abang."
"Degillah budak ni."
Tiba-tiba, Aurin terdiam. Mukanya berubah pucat.
"Abang... Rin rasa..."
UWEKKKK!
Segala isi perut Aurin keluar tepat di atas baju kemeja putih yang dipakai Zafran.
"SHIT!. BAJU AKU!." Zafran mendengus geram, namun dia tidak menolak Aurin. Dia mengeluh panjang, membetulkan kedudukan Aurin dan memasangkan tali pinggang keledar.
Apabila dia merapatkan badan untuk menarik tali pinggang, wajah mereka menjadi sangat dekat. Nafas Aurin yang hangat menyapa kulit lehernya.
Zafran terpaku. Tangannya yang menggeletar menyentuh pipi gadis itu.
"Kau ni memang nak kena, kan?. Kau buat aku gila, Aurin. Aku benci kau... tapi kenapa aku tak boleh tengok jantan lain sentuh kau?."
Zafran tidak dapat menahan diri lagi. Dia mencium sekilas bibir Aurin yang luka itu, satu ciuman yang lembut namun penuh dengan keinginan seksual yang tertahan. Nafsunya memberontak mahu melakukan lebih, mahu menelanjangi gadis itu di dalam kereta sekarang juga.
"Sikit lagi, Aurin... sikit lagi aku akan buat kau jadi milik aku sepenuhnya. Biar kau tak dapat lari ke mana-mana lagi."
Zafran segera menjauhkan diri. Dia menghidupkan enjin kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan itu.
"Abang jahat, abang binatang." Gumam Aurin, matanya separuh terbuka, berair dan merah.
"Diam, Aurin. Sebelum aku humban kau keluar dari kereta ni."
"Humbanlah... Rin memang dah biasa kena buang. Lagipun Rin pun tak tahu apa salah Rin, sampai korang hina seteruk tu. Sedangkan Rin just hormati keputusan mak."
Zafran mengerling sekilas, matanya berkilat penuh kebencian.
"Sebab kau wujud. Kewujudan kau dan mak kau adalah satu penghinaan bagi arwah mama aku. Ini karma untuk keluarga sampah macam korang."
Aurin tersenyum sinis, air matanya jatuh ke pipi.
"Karma?. Hah!. Kalau abang benci sangat... kalau abang dah tak peduli pasal Rin... kenapa abang halang Rin tadi?. Kenapa tak biar je jantan tadi tu bawa Rin?."
SKREEEEEEETTTT!
Zafran menekan brek secara mengejut di bahu jalan. Tubuh Aurin terhumban ke depan sebelum ditarik semula oleh tali pinggang keledar.
"Oi... abang dah kenapa?."
Zafran berpaling, merentap dagu Aurin supaya memandangnya.
"Kau nak sangat ke, hah?. Kau dah kemaruk sangat nak rasa batang jantan sampai sanggup tidur dengan jantan yang tak tahu asal usul tu."
Aurin membalas renungan itu dengan berani walaupun pandangannya berpinar.
"Ya!."
Zafran ketawa sinis. Dia merapatkan wajahnya, sehingga hidung mereka bersentuhan.
"Kalau kau nak sangat rasa syurga dunia malam ni... aku ada dekat sini."
Tangan Zafran mula merayap liar, masuk ke celah paha Aurin yang terdedah kerana skirt pendeknya sudah terselak ke atas. Aurin tersentak.
"Aku boleh bagi kau servis terbaik yang kau takkan dapat dekat mana-mana lelaki." Bisik Zafran.
"Tak nak... lepaskanlah!." Aurin cuba menepis tangan Zafran yang semakin berani meramas pahanya.
"Jangan nak jual mahallah, Aurin. Tadi dekat kelab bukan main lagi kau bergedik, menari-nari depan jantan. Sekarang dengan aku, kau nak berlagak suci?."
Aurin menggeleng-gelengkan kepalanya. Zafran hanya tersenyum sambil menghentikan pergerakan tangannya, lalu melepaskan dagu Aurin dengan satu sentakan kasar.
"Tapi... aku tak sebanjingan tu untuk ambil kesempatan. So... duduk diam-diam. Kalau kau bising atau cuba nak lompat keluar lagi, aku tak teragak-agak berhenti dekat tepi jalan, ratah kau sampai lumat. Kau nak cuba?. Nak aku tunjuk macam mana cara binatang ni buat kerja?."
Aurin terdiam, menggigil ketakutan. Dia memeluk tubuhnya sendiri, memandang ke luar tingkap. Zafran kembali memecut kereta, bibirnya mengukir senyuman puas.
"Tahu takut."
Share this novel