Bab 15

Romance Completed 17970

15

Akhirnya aku melepaskan tawa selepas mendengar kata-katanya. Hahaha. Lelaki malu? Pengecut betul mamat ni. tapi pengecut pun itu juga yang kau cinta dalam diam kan?

Aku tersengih malu. Hariz. Aku pun cintakan kau. Dalam diam je. Boleh?

“Tak.”

“Astagfirullah!”

Tiba-tiba muncul berdiri sebelah aku. Terkejut aku! Dia ni kan!

“Kau jangan harap kau boleh lari lagi daripada aku. Aku Hariz dan kau Alya. Ingat yang aku akan jadi suami kau. Kau Alya akan jadi isteri kepada Hariz. Faham?”

Aku terus tampar tangan dia dengan beg aku. Sengal!

“Woi!”

“Sengal!”

“Tapi itu yang kau nak dengar kan selama ni?”

“Siapa kata?”

“Kawan baik kau.”

“Whatever!” Habis modal aku nak lawan.

“Cinta kau diam-diam. Ingat tu.”

“Werk!”

“Ingat comel dah la tu.”

“Memang pun.”

“Ingat tu.” Terus dia berlari masuk ke dalam kelas. Aku ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.

“Hariz!”

Tapi aku bahagia. Terima kasih Ya Allah. Persoalan aku akhirnya terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience