Bab 11

Romance Completed 17970

11

Keesokan harinya aku langsung tak tegur dia. aku nak lari daripada dia sebenarnya. Sebab malu okay. Apabila ada group discussion, aku langsung tak bersemuka dengan dia. cakap satu patah perkataan pun tak. Lepas tu bila time aku nak cari maklumat. Dia pula yang asyik datang dekat aku.

Tapi aku tak layan pun malah terus lari ke tempat lain. Biarkan dia. itu lebih baik. Malu okay.

“Guys. Aku pergi ambil bahan untuk present ye.” Tiba-tiba Hariz bersuara.

“Biar aku ambil. Korang buat dulu kerja.”

Cepat-cepat aku lari daripada dia. nak mengelak. Dan aku dapat dengar dia ketawa. Ketawalah selagi boleh!

Saat aku ingin mengambil bahan-bahan untuk present. Aku terserempak dengan Yin. Tapi aku buat bodoh je. Aku tak nak cari gaduh dan aku tak nak hati aku sakit lagi dengan Yin ni. tolonglah!

“Alya..”

Langkahku terhenti. Aku menoleh.

“Aku suka dia.”

Aku tersentak. Siapa? Hariz?

“Tapi aku rasa dia tak suka aku pun. Aku rasa selama ni dia hanya berpura-pura dan anggap aku tak lebih daripada seorang kawan. Aku dah cuba nak meraih hati dia. tapi aku gagal.”

Aku terdiam. Hariz ke dia maksudkan? Siapa lagilah kalau bukan Hariz.

“Aku rasa..”

“Stop! Aku ada kerja nak buat. So aku pergi dulu.”

Daripada aku dengar benda yang akan buat sakit hati dari dia. baik aku pergi dulu. Tak lah sakit hati lagi.

“Lambatnya. Kau pergi ambil ke kau buat?”

Aku buat bodoh je dengan kata-kata Hariz yang sedang memperli aku.

“Okay. Jom buat persediaan. Kau Fatin terang yang ini. hafiz yang ini. dan kau Hariz yang ini. aku pula yang ni.”

“Are you sure?”

Aku tersedar. Alamak! Aku tercakap dengan dia. haish! Kata nak mengelak!

“Oklah. Aku nak get ready.”

Terus aku ambil tempat duduk tanpa menghiraukan dia yang tengah gelak tu. buat bodoh je lah Alya. Geram!

Sampai saja giliran aku. aku terus bercakap apa yang sepatutnya aku bercakap. Suara aku pun macam tenggelam timbul. Bukan sebab gugup tapi sebab orang sebelah aku ni yang asyik perhati daripada tadi. Malu lagi!

Sebaik sahaja giliran aku selesai, aku terus duduk dekat tempat aku kembali. Giliran dia pula yang bercakap. Tapi aku hanya tunduk ke bawah. Tak ada hati nak pandang dia. tak ada hati ke malu?

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tepukan gemuruh daripada orang sekeliling. Ha? Kenapa? Oh present dah habis. Ceh! Mengelamun lagi kau.

“Weh. Suara kau lain tadi. Haha.” Pikah datang tegur. Aku hanya tersenyum nipis.

Tiba-tiba si Hariz datang dekat dan tunduk ke arahku. Aku dah mula rasa berdebar. Ya Allah.

“Suara kau macam apa dah. kau tertelan biji batu ke? Haha.” Bisiknya dengan dekat sekali tepi aku ni.

Aku hanya terdiam seribu bahasa. Tapi aku masih menganggukkan kepala.

“Tak lah teruk sangat. Okay apa.” Aku bercakap lebih kepada diri aku sendiri sebenarnya. Tapi dia pula terdengar. Lalu apa lagi. Ketawalah.

“Haha.”

Eii! Benci!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience