Bab 5

Romance Completed 17970

5

“Alya… boleh tak aku nak tanya sesuatu?”

“Apa?”

Tumpuan aku terus hilang sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelas. Kacau daun betullah dia ni. kalau aku tahu dia datang awal memang tak lah aku datang awal juga hari ni.

“Kau couple erk?”

Aku tersedak. Apa yang dia tengah mengarut tu?

“Mana ada. Calon pun tak ada. Kau jangan nak mengarut boleh tak?”

“Eleh. Tipu. Kau couple kan dengan hafiz?”

Aku mula nak naik angin. Aku cakap betul tapi tak nak percaya. Dah tu tuduh aku ada scandal dengan Hafiz pulak.

“Baik kau berterus terang.” Dia mula mendesak dengan sengihan.

“Kalau ada kenapa? Dan kalau tak ada pula kenapa? Ada kacau kau ke?” aku mula melenting. Sabar Alya.

“Aku tahulah..”

Belum sempat dia nak habiskan kata-kata dia , Hafiz dan Fatin dah masuk ke dalam kelas. Aku terus react macam biasa. Macam tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Dia pun dah mula mendiamkan diri. Aku tersentap sebenarnya. Sakit hati! Aku dah cakap tak ada. Dia tak nak percaya. Dah tu tuduh yang bukan-bukan. Kau nak apa sebenarnya Hariz?!

“Alya..” Hafiz menegur aku dengan senyuman.

“Ya.”

Aku langsung tidak mempedulikan renungan Hariz yang semacam tu. Tapi Fatin pula macam tak puas hati dengan aku. Ya Allah. Apa nak jadi ni?

“Nanti lunch dengan aku erk?”

“Boleh.”

“Hariz. Kau nak ikut tak?”

Aku pandang Hariz tapi dia tak pandang aku pun. Malah muka dia dah tak macam tadi. Masam je. Kenapa? Jealous ke? Ah! Tak mungkin.

“Tak nak.”

“Ala. Jomlah.”

Aku masih mendiamkan diri. Tak ada mood nak menyampuk. Nanti jadi kot lain pulak.

“Tak nak. Malas. Aku ada kerja lain nak buat. “

Terus dia bangun ke tempat duduk dia. aku mula rasa lain. Rasa serba salah pun ada. Arh! Tak mungkin dia jealous.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience