Bab 3

Romance Completed 17970

3

“Alya Sufina!”

Aku tersentak besar. Semua orang dalam group memandang aku dengan pandangan yang geram. Kecuali dia yang memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat tafsir. Ya Allah. Aku baru teringat yang aku pernah terjumpa dia sebelum ni. Siap tusyen sama-sama lagi. Masa tu SPM. Kenapa baru sekarang kau ingat Alya!

“Sorry guys. Aku banyak mengelamun. Fikirkan family aku. Sorry guys.”

Aku hanya mampu tersengih. Malu!

“Teringatkan pakwe lama ke?” Fatin mengusik.

“Tak ada lah. Jangan nak merepek. Okay. Teruskan perbincangan anda semua.”

Aku terus tunduk ke bawah. Aku dapat kesan dia sedang perhati aku daripada tadi. Tapi tak senyum pun. Benci! Benci tapi sayang. Kau dah kenapa Alya?

“Boleh aku bagi cadangan?”

Tiba-tiba dia bersuara. Aku masih tunduk ke bawah menulis sesuatu. Malu nak pandang dia sebenarnya.

“Apa kata kita berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan tiga orang memandangkan ada enam orang dalam group ni. satu kumpulan cari maklumat. Satu kumpulan lagi buat power point. Lepas tu setiap seorang akan bercakap seperti mana kita bincangkan. Okay? Tapi aku nak satu kumpulan dengan Alya.”

Aku terteguk air liur. Dah kenapa dia pandang aku macam tu siap tersenyum lagi. Aduhai!

“Okay. Boleh. Cantik sangat idea kau Hariz.” Hafiz bersuara tanda setuju.

“Tapi kenapa aku kena satu kumpulan dengan kau?” Soalku inginkan jawapan. Dulu tu bolehlah bahasakan diri saya awak. sekarang memang tak lah. Haha.

“Sebab aku pilih kau. Shut up! Ikut je. aku kan ketua.”

Aku buat muka. Ceh! Ketualah sangat.

“And aku nak dera dia sebab dia hutang dengan aku.”

“What? Mana ada!”

“Ada. Kau tunggu dan lihat.”

Akhirnya aku tunduk memandang kertas. Ya Allah. Kenapalah ada manusia macam ni dalam dunia ni. dan semenjak bila pula aku boleh suka dia ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience