BAB 4

Drama Completed 2659

Ya, dia memang mengakui yang dia menyukai perempuan itu – perempuan yang bergelar kekasih.

Tapi hubungan mereka masih terkawal; masih belum sampai ke tahap yang difikirkan oleh temannya.

Memang fikiran temannya itu sentiasa korup.

Kenapa?

Kenapa dia tidak boleh mengekalkan kesetiaannya seperti setianya seekor penguin terhadap pasangannya? Walau terpisah ke benua mana tapi tetap mencari pasangan yang sama apabila sampai musim mengawan?

Kenapa cintanya begitu mudah terbahagi dua walaupun isterinya didatangkan dengan pakej yang lengkap? Kenapa? Lalu dia merenung ke dalam dirinya cuba bermuhasabah diri.

Kemudian dia segera menyalahkan takdirnya kerana dilahirkan sebagai manusia yang lemah imannya..

Yang mudah tunduk pada keinginan perasaan.

Yang tidak mampu mengawal hatinya daripada bercabang-cabang sebagaimana dia mampu mengawal para pekerja di bawah kendaliannya.

Ya, dia manusia yang lemah.

Dan lemahnya dia sehingga dia tega mencacai kehidupannya yang serba lengkap, bahagia dan selesa selama ini.

Dan, lemahnya dia kerana tega melihat air mata gadis Kuala Lipis yang pernah didatangkan pada dirinya dalam pakej yang lengkap sebagai seorang isteri yang taat serta setia, mengalir bagaikan aliran sungai Mississippi semasa bah!

Begitu lemahnya dia hingga tega menyeksa si isteri yang sudah menjadi sri kandi hidupnya yang senantiasa setia di sisi saat dia jatuh dan bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience