BAB 5

Drama Completed 2659

Yang tetap sabar dan tersenyum tanpa ada rintih dan rungutan walau kehidupan mereka dipukul ombak derita dan kesusahan.

Tak hanya menyalahkan naratif takdrinya yang lemah, dia pula kini seakan mengiyakan saranan kawannya untuk berkahwin lagi memandangkan kuota ada tiga lagi kekosongan.

Benar kini dia mampu, bahkan dia merasa yang dia mampu berlaku adil kepada para isterinya kelak.

Sebut saja apa yang mereka mahu, maka dia akan berikan segala yang termampu untuk mereka.

Pelbagai alasan ditanam lalu dia memilih lagi satu alasan yang menguatkan sebabnya untuk menambah cawangan lagi, merasakan imannya senipis kulit bawang justeru adalah lebih baik dia bernikah sahaja dari nanti melakukan maksiat kerana syaitan dan askar-askarnya akan sentiasa menggoda dia untuk melakukan kemungkaran, dia gusar akan tunduk pada godaan syaitan kelak membawanya ke lembah zina dan dosa yang tak terhitung banyaknya.

Lantas, apakah niat murninya itu wajar dipersoalkan? Dia mahu bernikah dengan kekasih hatinya itu bagi mengelak dosa dan fitnah.

Hapus terus semua kesetiaan dan pengorbanan isteri yang selama ini menjadi penyokong dan peneman yang setia di masa susah.

Lupakan pada si gadis Lipis cinta pertamanya puluhan tahun lalu yang sedang berendam air mata kecewa mengenangkan bahtera yang dibina musnah dan cintanya dikhianati.

Saat hati sudah terbahagi dua, segala yang indah dan sempurna akan mulai menampakkan cacat celanya dan pengorbanan serta cinta akan menjadi sesuatu yang sudah tiada nilainya.

Benarlah, kesetiaan perempuan diuji bila lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji apabila dia punya segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience