BAB 1

Drama Completed 2659

Sejujurnya jika ditanya pada dirinya pasti jawapannya adalah, dia sendiri tidak mengerti atau dapat melihat di mana perlunya untuk dia jatuh cinta semula bila mana isteri yang baru sahaja menghilangkan dahaga batinnya sebagai seorang suami beberapa ketika tadi tiada cacat celanya, malah cukup sempurna menjadi dambaan setiap lelaki.

Isteri yang dinikahinya lebih dari dua dekad itu hadir bersama pakej yang orang putih kata ‘perfect 10’.

Wajahnya rupawan gadis Kuala Lipis, bertubuh langsing dan menggiurkan itu adalah cinta pandang pertamanya ketika dia menginjak usia awal 20an.

Bercinta cuma beberapa bulan dan mereka disatukan setahun selepas itu.

Baginya gadis Kuala Lipis itu memang calon utama pilihan hatinya kerana dianugerahkan dengan pakej yang didambakan oleh setiap lelaki terhadap setiap perempuan yang ingin dipinang untuk dijadikan isteri; dan yang pasti dia juga sangat pemilih orangnya! Calon isterinya memiliki bentuk tubuh yang menawan, sepasang mata yang tajam memikat, sepasang bibir yang tebal dan sensual serta tutur kata yang lembut.

Setelah gadis Kuala Lipis itu berada dalam genggamannya, dia tahu yang dia telah meninggalkan satu fasa dalam kehidupannya.

Kalau dulu, hanya ada cinta yang menggebu-gebu, kini terpikul tanggungjawab di bahunya – tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga ayah kepada anak-anaknya.

Dia menghormati isterinya kerana isteri sewajarnya dihormati.

Isteri sangat taat padanya.

Sepanjang perkahwinan mereka, isterinya tidak banyak kerenah dengan jatuh bangunnya dalam perniagaan.

Malah isterinya bagaikan tulang belakang padanya selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience