BAB 2

Drama Completed 2659

Satu saat dia rebah dan hampir-hampir merasakan yang dirinya tidak mampu bangun lagi, isteri sentiasa menghulurkan tangan dan meniupkan semangat ke telinganya.

Isteri tidak pernah meninggalkan dirinya pada saat-saat sukar kehidupan mereka.

Dia merasakan hidupnya tidak akan ke mana-mana kalau gadis Kuala Lipis itu tidak mengorbankan kegadisannya untuk seorang suami di malam pengantin mereka.

Dia merasakan hidupnya akan berada di takuk lama tanpa pengorbanan dan semangat yang ditiupkan ke telinganya oleh isteri.

Dia malah merasakan dia tidak akan mampu mengecapi kehidupan dan kemewahan yang kini sedang dikecapinya kalau tiada isteri yang berdiri di belakangnya selama ini.

Begitu besarnya erti seorang isteri dalam diari hidup seorang suami.

Dia tidak pernah menafikan itu semua.

Isterinya adalah simbol kekuatannya selama ini.

Isterinya adalah semangatnya selama ini.

Dan anak-anak semakin mengindahkan dunia serta seluruh hidup mereka.

Itulah yang dibisikkan oleh orang-orang di sekeliling mereka.

Malah ada yang juih bibir kerana cemburukan kehidupan dan kebahagiaan yang dikecapinya bersama isteri dan anak-anaknya.

Lalu kenapa dia perlu memperjudikan kehidupan yang lengkap, bahagia dan selesa yang dikecapinya selama ini hanya kerana seorang perempuan lain?

“Apa yang kau nak fikir-fikirkan sangat? Buat botak kepala aje.

Ala, Kim, hal ni kacang ajelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience