BAB 3

Drama Completed 2659

Persoalannya kau mampu ke tak? Kalau nak, seribu daya.

Tak nak seribu dalih!” Begitulah kata-kata seorang teman yang menggalakkannya untuk menambah cawangan.

Tidak! Dia tidak sanggup untuk menggadaikan kehidupannya yang bahagia, lengkap dan selesa selama ini semata-mata kerana galakan daripada teman-temannya.

Ya, dia mungkin telah memiliki segala-gala yang didambakan oleh setiap lelaki yang berjaya.

Wang dan harta bukanlah menjadi isu yang penting lagi.

Kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat juga sudah dinikmati.

Persoalannya, dia juga telah memiliki seorang isteri yang selama ini berdiri di belakangnya dalam susah dan senang.

Yang tidak putus-putus meniupkan kata-kata semangat ke telinganya.

Yang turut berhempas-pulas dan bersengkang mata bersamanya.

Sanggupkan dia mencarik sekepal hati isterinya yang telah melengkapkan kehidupannya selama ini? Sekejam itukah dia terhadap isterinya yang sudah memberikan makna dalam hidupnya?

Apakah dia umpama seorang peladang yang sentiasa merasakan bahawa ladang jirannya adalah lebih hijau rumputnya?

“Apa yang kau nak takut sangat, Kim? Atau kau lebih suka buat maksiat daripada nikah dengan girlfriend kau tu?” gerutu temannya lagi.

“Suka hati kaulah, Kim. Kalau kau tak nak join the club, takpelah. Mungkin kau lebih suka main sorok-sorok semata-mata nak jaga hati bini!”

Panas!

Panas telinganya mendengar tohmahan yang dilemparkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience