Rate

BAB 65 - KAMI BERTINJU

Romance Completed 454604

''abang bawa dia ke Hotel ..''

BUK! BUK!..

Raif terus menumbuk wajah Hamzi.. Tapi Hamzi tak tinggal diam.. Membalas kembali tumbukan yang diberikan oleh Raif tadi..

''abang cakap.. Abang habis cakap lagi ! Boleh tak manja dengar !.. Dengar apa yang abang nak cakapkan ni!''.. Kini dua lelaki itu saling menarik leher baju lawan mereka masing-masing.. Menghalakan penumbuk mereka bersamaan..

''apa yang abang dah buat dengan Inas! Kenapa abang bawa Inas ke hotel?! '' Raif menolak Hamzi melekat kearah dinding.. Hamzi kemudiannya ketawa.. Ketawanya geli hati. Mendengar pertanyaan yang keluar dari Raif..

''abang ingat manja tak risau..! Bukan korang berdua gaduh ke? Sampai biar Inas keluar dari rumah waktu-waktu yang macam tu! Abang cuma tolong bawa di ke hotel.. Lepas tu abang, tinggal dia di sana.. Bukannya abang buat yang bukan-bukan dengan dia.. Dari biar dia berjalan tak tentu arah pagi-pagi buta macam tu.. Abang tak sekejam tu.. Buat tak nampak apa yang jadi di depan mata abang.. '' kata hamzi... Kedua tangannya diletakkan di bahu Raif.

''jadi sebab tu abang bawa dia ke hotel..?'' tanya Raif.. Jari-jari yang mencekam erat leher baju Hamzi mula dibuka satu persatu.. Memuatkan cekaman itu terlerai. Terus terjatuh tangan Raif ke bawah dengan lemah.

''ya! Abang bawa dia ke Hotel kita.. Bukan.. Bukan..'' sebelah tangan yang ada di bahu Raif di angkat.. Jari telunjuknya di goyangkan di hadapan Raif..

''hotel manja.. Bukan hotel kita.. Itu baru betul..'' terang Hamzi. Menunjuk ke arah Raif.

''abang ni kenapa? Mabuk?'' tanya Raif tak puas hati.. Pelik melihat kelakuan Hamzi sebegitu..

''ya! Betul lah tu abang mabuk.. mabuk dengan semua benda yang ada di keliling abang.. Tumbukan manja buat abang sedar..'' kali ini Hamzi menepuk pula bahu Raif..

''abang baru tersedar manja.. Atau abang patut panggil Raif ? Abang dah lama tak sebut nama tu.. Sangat lama.. '' tanya Hamzi. Bibirnya tersenyum melebar.

' kenapa abang nampak lain pagi ni? Boleh ke aku percaya dia?.. Betulkah dia tak terlibat dengan mama.. atau dia yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang ni. sedang memainkan peranannya..' Raif memandang kearah Hamzi dengan pandangan dalam kebingungan..

''kenapa dengan abang ni? Apa yang buat apa merepek pagi-pagi ni? Kita kan sedang cakap pasal inas! Bukan benda yang abang merepek sekarang ni..'' tegur Raif..

''okay-okay.. Tapi muka abang ni macam mana? '' tanya Hamzi.. Tangannya menunjuk kearah mukanya sendiri. Menunjuk ke arah bekas tumbukan Raif tadi.

'' muka manja pun ada.. Jadi kita seri..'' balas Raif..

''tak adil lah.. Abang kena dua.. Manja kena satu..'' Raif menyentuh rahangnyanya.. Mengelus lembut disitu..

''abang boleh tambah lagi satu kalau abang nak..'' kata Raif.. Mendekatkan wajahnya kepada Hamzi..

''tak! Abang dah hutang banyak.. Dengan manja.. Cukuplah tu..'' pipi Raif ditampar lembut.. Lalu dia menolaknya menjauh..

''manja nak ke hotel..'' kata Raif.. Tapi langkah kaki Raif terhenti bila tangan Hamzi menarik lengannya..

''biarlah dia tenang dulu.. Inas selamat di sana.. Abang jamin.. Sebab abang yang hantar dia pagi tadi.. Walaupun, pada mulanya Inas membantah sampai nak terjun dari kereta..!''
Kata Raif.. Menerangkan serba sedikit apa yang terjadi pagi tadi sambil melayan ngantuk yang mula menyinggah..

''apa abang cakap! Terjun dari kereta?!'' tanya Raif cemas..

''ya! Tapi inas selamat juga sampai di hotel.. Jangan risau..'' kata Hamzi sambil menutup mulutnya yang sedang menguap.. Adakala dia mengaduh sakit bila wajahnya merenggang.. Semasa melalui proses menguap itu.

''manja nak juga pergi jumpa dia..'' Raif berkeras, dan masih tetap dengan keputusannya.

''yea-yea.. Tahu! Abang faham sangat apa yang manja rasa! Chill okay.. Manja ada call Inas tak..? Abang takut kalau Inas masih merajuk.. " kata Hamzi.

''merajuk? Dia merajuk?" tanya Raif.. Hamzi menepuk dahinya dengan tapak tangannya..

"manja perlu belajar banyak benda tentang perempuan.. Sampai isteri merajuk keluar rumah pun manja boleh tak sedar.. Kalaulah Inas tu merajuk sungguh tak nak balik sini lagi macam mana..? Ingat senang nak pujuk.." rungut Hamzi..

"Raif nak ke Hotel..!" tegas kedengaran suara Raif kali ini..

"abang temankan.." kata Hamzi.

"manja pergi sendiri.. Lagipun abang nampak mengantuk sangat dah ni.. abang pergilah rehat.. Manja boleh drive sendiri.." kata Raif.

"are you sure? Boleh drive sendiri ke Hotel ni..? Abang teman kan ajalah.." putus Hamzi.

'dia nak memandu dengan keadaan emosi dia yang tak stabil macam tu.. Walaupun aku mengantuk sangat-sangat.. Tapi fikiran aku tak tenang asyik fikir yang tidak-tidak nanti.. Lebih baik aku ikut dia..'

Turunlah dua lelaki itu ke bawah.. Bersama-sama.. Di bawah sana.. Rohana sudah sedia menunggu mereka berdua..

"eehmm.. Muka tu kenapa pula??" tegur Rohana.. Inas bila melihat muka Hamzi dan Raif.. Sama-sama lebam..

"kami.. Hmm.. Kami berlatih tinju dekat atas tadi kak Ann.. '' jawab Hamzi.. Manakala Raif sekadar diam membisu tak membalas kepada Rohana..

''kalau ya pun.. Jangan bersungguh sangat.. Kak Ann takut Tun bising nanti..'' perlahan saja Rohana berkata.. Dia dari tadi ada mendengar bunyi dua beradik itu bising terjerit - jerit tapi tak berani dia nak naik tengok.. Tahu sangat perangai dua orang tu.. Kalau bermain kalah budak kecil..

''Kak Ann jangan risau.. Tentang mama.. Pandai-pandai lah Hamzi nanti.. Sekarang ni.. Hamzi nak ice pad.. Ada kan?'' tanya Hamzi..

''ada! Kejap ya Kak Ann ambil kan..'' Jawap Rohana .. Dia kemudiannya berlalu pergi.. Melangkah ke arah dapur..

''ambil dua ya Kak Ann ..untuk manja sama..!'' laung Hamzi..

Hamzi kemudiannya berpaling melihat ke arah Raif. Tangannya memegang dagu Raif .. Dibawanya dagu itu ke kiri dan kanan.. Melihat wajah itu dengan teliti..

''nasib tak teruk abang bagi tadi..'' keluhnya lalu menjatuhkan tangannya ke bawah..

''ini dia, ice pad nya hamzi..'' tegur Rohana membawa dua bungkusan plastik yang ada gel biru didalamnya.. Lalu menyerahkan kepada hamzi.

''terima kasih Kak Ann ..'' balas Hamzi .. Menyambut ice pad yang diberikan kepadanya .. Satu darinya diserahkan kepada Raif..

''ambil ni.. letak disini..'' arah Hamzi.. Lalu di tunjukkan ke arah tulang pipi Raif.

Raif mengambil icepad yang diberikan oleh Hamzi lalu meletakkan di tempat yang di beritahu oleh Hamzi tadi..

''kamu berdua nak sarapan dulu ke? .. Sarapan dah siap diatas meja ..'' kata rohana menunjuk ke arah ruang makan.. Hamzi segera mengangkat sebelah tangannya.. Keatas.

''tak perlu Kak Ann.. Kami ada urusan.. Kami dah nak keluar ni.. Kami pergi dulu..'' kata hamzi.. Bila melihat Raif sudah berpaling dan melangkah pergi.

''hamzi.. Tadi Tun ada minta Kak Ann maklumkan.. Tun nak tahu sama ada Hamzi nak ke bandaraya atau pun tidak..?'' tanya Rohana.

'' tak apa Kak Ann .. Nanti saya sendiri akan maklumkan kepada mama..'' jawap Hamzi sambil berjalan pergi meninggalkan Rohana. Mengejar langkah Raif.

Rohana yang ada disitu sekadar melihat sahaja Hamzi dan Raif berjalan pergi meninggalkannya.. Didalam hati mengeluh tak mengerti..

'apalah yang dua orang ni sibukkan sangat pagi-pagi ni?'

'' biarlah dua beradik tu.. Orang lelaki muda zaman sekarang.. Ada saja benda yang nak dibuatnya..'' rungutnya.. Rohana kemudiannya memandang ke arah tangga.. Mendongak melihat keatas sana.

''Inas kenapalah tak turun-turun lagi ni..?'' tanya Rohana. Soalan itu dibiarkan tak berjawap begitu sahaja.. Dia menuju kedapur menyiapkan kerja hariannya yang masih menantinya..

''naik kereta manja..'' tutur Raif berjalan masuk ke dalam garaj kereta..

''bagi abang je yang pandu..'' bantah Hamzi..

Raif terus berjalan masuk dan duduk di tempat memandu.. Enjin keretanya dihidupkan..

''okay.. Manja je yang pandu..'' akui Hamzi.

'suami isteri ni makan tebuan agaknya.. Bukan main je angin.. Satu badan..'

Kereta yang berwarna kelabu perak itu dipandu oleh Raif keluar dari perkarangan rumah..

''manja tahu jalan ke Hotel kan?'' tanya Hamzi.. Raif yang sedang memandu segera mengangguk..

''excellent!'' puji Hamzi.. Dia menyandarkan kepalanya dengan selesa di kerusi kereta.. Memejamkan matanya yang semakin lama semakin berat rasanya..

''manja...'' panggil Hamzi dengan mata yang tertutup..

''kalau abang serah kan semua jawatan yang abang pegang sekarang ni kepada manja.. Manja setuju tak?'' tanya Hamzi .. Tenang saja nada bicaranya..

'' kenapa nak serahkan kepada manja?'' tanya Raif..

''satu soalan .. Selalunya di balas dengan jawapan.. Bukannya dengan soalan yang lain.. Manja!'' tegur Hamzi.

''mama tak akan izinkan..'' balas Raif. Tersuing satu senyuman di wajah Hamzi.

'abang akan pastikan yang mama akan setuju dengan abang.. Setuju untuk serahkan semula hak manja.. Abang dah penat manja.. Bukan kemewahan yang abang cari.. Kemewahan yang ayahanda hadiahkan buat abang sudah lebih dari cukup.. Abang janji akan pulangkan hak manja semuanya.. Harta manja.. Pulang kepada pemilik harta yang sebenarnya.. Milik Raif Althaf sepenuhnya.'

Sambung... Satu bab lagi.. (^_-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience