BAB 3

Romance Completed 8697

Mereka berdua berjalan bersama-sama di taman rekreasi. Perasaan bahagia

sahaja yang terpancar di wajah mereka.

“Sudahlah awak, penat saya nak ketawa. Baik awak masuk raja

lawak. Mesti ada orang undi punya,” kata Syana.

“Tak main la raja lawak. Saya nak masuk maharaja lawak. Lagi

gempak,” kataku pulak. Syana ketawa lagi. Wajahnya yang putih bersih

menjadi kemerah-merahan kerana ketawa terlalu banyak.

“Ini untuk awak!” tiba-tiba sahaja Syana menghulurkan

sesuatu bungkusan.

“Apa ni?” soal aku.

“Saja nak bagi. Sebagai saya hargai perhubungan kita. Dah

nak masuk tahun ke dua,” katanya sambil tersenyum.

“Mana aci? Saya tak beli apa-apa pun untuk awak,” aku

berkata sambil memuncungkan mulut aku. Dia ketawa bahagia. Aku juga

turut ketawa. Macam budak-budak sahaja, mahu merajuk.

“Saya buka yer?” tanyaku. Dia hanya mengangguk kepala sambil

tersenyum. Seutas jam tangan. Sepasangan. Dia pakaikan untuk aku dan aku

pakaikan untuk dia. Sungguh bahagia aku rasa.

Masa berlalu dengan pantas, kami sudah tamat pengajian dalam

bidang perniagaan. Aku minta dia bekerja di syarikat ayah aku. Boleh la

aku berjumpa dengannya selalu. Dia setuju dan ayah aku pun tak kisah.

Sebab aku tidak mahu berjauhan dengan dia. Aku memintanya

menjawat jawatan setiausaha. Mulanya dia membantah.

“Ala, kita belajar tinggi-tinggi, jadi setiausaha sahaja,”

Syana mengadu. Eh, perempuan ni. Macam la tinggi sangat. Dia buat

muncung tapi nampak cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience