BAB 7

Romance Completed 8697

Begitulah kisahnya. Aku memang bahagia sangat dengan Syana. Kini aku

sudah berjumpa dengannya kembali. Sungguh. Aku tidak akan melepaskan

dia. Aku menghubungi nombor telefon bimbit yang dia berikan kepadaku.

“Hello,” aku bersuara.

“Assalamualaikum,” suara lembut Syana.

“Waalaikumusalam. Ini saya, Syafiq,” aku memperkenalkan diri.

“Hmmmm….” Bunyinya ringkas.

“Boleh esok kita berjumpa?” ajak aku.

“Boleh. Di mana?” soalnya. Aku gembira tak terkata.

“Di taman bunga tempat biasa tu. Awak masih ingat,” aku cuba

untuk mengimbas kenangan lalu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dia

kata baiklah dan talian ditamatkan.

Memang aku terasa tapi aku tak kisah. Perasaan bahagia lebih

penting. Aku mahu melamar dia esok. Harap semua berjalan dengan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience