BAB 8

Romance Completed 8697

Wajah pucat Syana aku tatap. Sungguh kecewa aku kerana dia merahsiakan

perkara sebesar ini daripadaku. Syana sudah berada di tahap kronik dan

tidak dapat di selamatkan saat ini. Dia mempunyai penyakit barah otak.

Aku tidak tahu mahu cakap apa. Masa aku berjumpa dengannya muka Syana

memang pucat. Apabila aku melamarnya, terus sahaja Syana pengsan. Aku

macam nak gila dibuatnya.

“Maaf, kami tidak dapat selamatkan pesakit,” kata doktor.

Aku terduduk. Kaki aku tidak kuat untuk berdiri lagi. Air mata ini

mengalir lagi. Air mata kesedihan, kekecewaan dan kekosongan hati. Aku

teringat lagu yang aku dengar dua hari yang lepas. Lagu nyanyian New Boyz.

Ku tidak pernah meminta mu

Untuk mengasihi ku

Dan apatah lagi mengasihani ku

Juga tidak sama sekali

Kusedar sebenarnya kita tiada pertalian

Cuma satu arah serta satu tujuan

Mencari keberkatan-Nya

Aku terkenangkan

Saat manis dulu

Tak pernah kau meninggi suara

Bila bertanya

Keras hanyalah luaranku

Lembut tetap di dalam hati

Marah habis setakat itu

Tak kubiar berpanjangan

Biar aku berdiam diri

Dengan hati yang remuk redam

Kau tak usah lagi bertanya

Tak ku bersuara

Aku masih mampu tersenyum

Walau hati terluka

Mungkin hari ini duka untuk aku

Esok belum tentu

Aku melangkah lemah meninggalkan pusaranya. Ada sepucuk

surat ditinggalkan untuk aku. Tidak sanggup rasanya mahu membaca isi

tulisan Syana tapi aku gagahi juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience