BAB 6

Romance Completed 8697

“Terima kasih awak,” ucapnya.

“Kita makan kek. Saya dah beli untuk awak,” ajak aku.

“Tak nak, nanti gemuk pula,” katanya. Aku ketawa bahagia.

“Sayang gemuk pun tak apa. Saya sanggup kahwin dengan awak,”

aku berkata dengan penuh bangga. Syana hanya tersenyum. Kami berbual

sampai 3 pagi.

Keesokan harinya, aku datang awal ke pejabat sebab aku tak

dapat nak tidur. Aku memeriksa dokumen yang perlu aku tanda tangan. Aku

duduk di sofa yang lebih selesa. Aku terdengar seseorang membuka pintu.

“Syana…awak…..,” aku buat muka pelik. Aku ingatkan kekasih

hati tetapi Julia.

“Apa you buat kat sini?” soal aku. Hati aku tak sedap.

Macam benda buruk akan berlaku. Aku bangun dan ingin membuka pintu bilik

pejabat aku tapi dihalang oleh Julia.

“You kena terima cinta I juga,” paksa Julia. Kami

bercakap berhampiran dengan pintu masuk.

“Berapa kali I nak cakap,I tak suka you. I love Syana

but not you. So, get out now!” sebaik sahaja aku habis bercakap. Julia

mencium mulut aku. Jahanam punya perempuan. Aku tolan badan perempuan tu

tapi Syana sudah melihat Julia mencium aku.

Jelas mukanya kecewa. Aku ingin mengejar Syana tapi tangan

Julia menghalang aku. Kini Syana sudah menghilang ke mana. Aku menghadap

Julia.

“Paaanngg!” kuat sungguh aku tampar Julia. Sampai pecah

bibir dia. Padam muka dengan bibir yang jahanam. Aku segera menghalau Julia.

“Keluar dari sini. I tak nak tengok lagi muka you!” aku

segera mencari Syana dan sekelip mata sahaja Syana menghilangkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience