BAB 2

Romance Completed 8697

“Syanawiyyah?” soal aku perlahan. Dia mengangguk kepalanya.

“Encik kenal saya?” soalnya pulak.

“Syana, ini saya. Syafiq,” jelas mukanya terkejut apabila

mengetahui siapa sebenarnya aku. Lepas tu kami pergi lepak kat kedai

makan. Dia hanya membisu sahaja.

“Lama tak jumpa,” aku berkata setelah diam membisu.

“Awak masih marahkan saya,” soalnya. Sungguh aku tak marah

pun padanya. Yang lepas biar lah lepas. Aku nak bahagia sahaja.

“Tidak. Tak marah. Awak macam tak kenal saya. Saya hanya

akan marah bila orang kesayangan saya dilukai oleh orang lain. Tapi

kalau orang kesayangan saya buat saya dilukai dan marah, ia tak kan

kekal lama dalam hati saya. Marah bukan sifat saya,” jelas aku. Dia

tersenyum.

“Saya yang salah sebab tak bertanya dulu pada awak,”

jelasnya. Suaranya kedengaran lemah.

“Yang lepas biar lepas, awak,” pujuk aku.

“Terima kasih awak. Lega hati saya,” katanya sambil

tersenyum. Syana kekasih aku yang pertama. Dia sudah tersalah anggap aku

dengan Julia yang kami ada hubungan sulit. Sungguh! Itu rancangan Julia

ingin kami berpisah. Puas aku pujuk Syana untuk percayakan aku tapi dia

masih dengan hatinya yang keras. Sejak itu kami berpisah walaupun ketika

itu kami sudah bercinta tiga tahun.

Aku pulang dengan perasaan gembira. Sungguh! Aku gembira sangat. Aku terkenang kenangan cinta kami yang dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience