BAB 4

Family Completed 8668

Malam raya empat tahun lepas, Jai membawa Luqman balik ke rumah. Pada mulanya dia sangsi dengan kawan anaknya itu. Selepas Jai menceritakan hal sebenar, timbul rasa kasihan pada anak muda tersebut. Dengan kesihatan Luqman yang makin parah, dia membuat keputusan untuk menjaga Luqman seperti anaknya sehingga akhir hayatnya.

Jai tekad untuk membawa Luqman balik ke kampung. Mak serta abahnya ingin turut serta tapi Luqman tidak membenarkan mereka ikut. Takut nanti ayahnya lagi bertambah benci dengan Luqman. Luqman terasa sisa hidupnya semakin suntuk. Dia perlu meminta ampun kepada kedua ibu bapanya. Dulu pernah beberapa kali dia balik tapi ayahnya menghalau dia kerana takut orang kampung tahu tentang kejadian pahit itu.

Kata ayahnya kalau dia mahu mati, matilah di mana-mana. Asalkan bukan di rumah itu. Takut orang akan jijik untuk menguruskan mayatnya nanti. Sampai tahap itu ayah fikir. Selepas kejadian tersebut, Luqman tidak balik-balik lagi. Bukan sebab merajuk tetapi keadaan tidak mengizinkan. Dengan tanggungjawabnya untuk mencari rezeki, dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot, dengan temujanji di hospital lagi akhirnya dia tidak pulang ke rumah itu lagi.

“Jai, kalau ibu dan ayah aku belasah aku kau jangan tolong aku. Aku akan pergi kalau aku dengar ibu dan ayah aku ampunkan dosa aku. Aku tak nak mati dalam keadaan yg berdosa.”

Luqman memujuk Jai.

“Tapi Man keadaan kau dah makin teruk. Buatnya kalau ayah kau belasah pakai kayu siapa susah. Tu belum teruk lagi. Kalau adik-adik kau masuk campur nanti takkan aku nak diam.”

Jai tidak setuju dengan permintaan Luqman.

“Kau kena ingat Man, dadah tu bukan kau punya. Kak Long kau pun bukan kau yang cuba rogol dia. Kau kena terangkan Man. Kalau tak, sampai bila nak selesai perkara ni?”

Jai tambah lagi.

“Aku dah cuba Jai tapi diaorang tak nak percaya. Biarlah. Yang penting sekarang keampunan yang aku harapkan.”

Luqman berkata dengan nada yg lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience