BAB 6

Family Completed 8668

Di dalam rumah, ibu hanya melihat gelagat anak-anak lelaki mereka yang sedang menjamu selera. Luqman nampak berselera sekali. Hendak sahaja ibu pergi ke arah anak-anaknya dan duduk sekali tapi egonya melebihi segalanya. Suaminya pun tadi tidak berselera untuk menjamah nasi. Terus masuk ke bilik dan bersiap ke surau untuk bertarawikh. Along dari tadi sibuk mengapi-apikan mereka berdua. Katanya Luqman balik untuk merogolnya ataupun mahu lari dari tangkapan polis. Ada dendam di hatinya yang tidak pernah surut apabila ternampak Luqman.

“Jai. Tolong aku. Sakit sangat ni.”

Sejak dari tadi Luqman tidak boleh tidur. Seperti biasa kalau sakitnya datang menyerang hanya air mata sahaja yang dapat menghilangkan kesakitnya. Seluruh badanya tidak boleh di usik. Jika dia berada di rumah Jai, sudah tentu dia di bawa ke hospital. Tapi jika di kampung Luqman, Jai menjadi bingung. Dia tidak tahu dengan siapa untuk dia meminta bantuan.

“Nah makan ubat ni Man. Aku tak tau nak buat apa Man. Kita balik.”

Entah kali ke berapa Jai merayu kepada Luqman agar mereka balik sahaja.

“Sikit lagi je ni Jai. Aku boleh tahan lagi.”

Luqman berusaha menahan sakit. Batuknya semakin menjadi-jadi. Mujur Jai bawa dia ke bawah pokok jauh sedikit dari keretanya. Kalau tidak mesti semua terbangun.

“Man, minum air ni nak. Kenapa ni sayang? Ibu tengok Man makin teruk pula. Man ada AIDS ke?”

Hampir tersedak Luqman mendengar tuduhan ibunya.

“Mana ada bu, Man tak da bela penyakit tu dalam badan ni. Man tahu hukum Allah. Cuma sakit yang Man tanggung ni sakit biasa je. Ibu jangan risau ya”

Luqman mencium pipi ibunya. Memeluk ibunya seakan melepaskan segala kekusutan yang selama ini di tanggung seorang diri.

“Ibu, ampunkan segala dosa yang selama ini Man buat bu. Ibu halalkan setiap titis air susu ibu yang mengalir di dalam badan Man ni ibu. Ibu hilangkanlah semua dendam ibu terhadap Man. Man merayu sangat ni bu. Tolonglah bu.”

Luah Luqman.

“Kenapa ni nak? Man tak ada dosa pada ibu. Ibu dah lama ampunkan segala yang Man buat pada ibu. Jangan cakap macam ni Man.”

Luqman memejam mata sambil tersenyum. Selesai satu. Tinggal keampunan dari ayahnya sahaja.

Dari jauh Jai melihat kisah dua beranak tadi. Dia tidak dapat menahan sebak di dada apabila hajat Luqman yang kedua hampir termakbul. Apabila mendapat sahaja keampunan dari ayah Luqman, Jai akan terus bawa Luqman balik.

“Yah masuk dalam sekarang!”

Ayahnya menjerit dari tempat duduk mereka.

“Tak nak abang. Selagi abang tak terima anak yah balik, Yah takkan masuk.”

Ibunya menjawab. Luqman bangun dengan lemah untuk mendapatkan ayahnya. Dia sekali lagi ingin bersalaman dengan ayahnya. Tapi malang sekali apabila badan Luqman di tolak dgn kasar. Terasa seperti tulang-tulangnya retak apabila dia jatuh ke tanah.

Luqman tidak berputus asa. Dia pergi mendapatkan kaki ayahnya dan terus memeluk kaki tua ayahnya. Dengan kudrat yang ada ayahnya menendang Luqman sehingga Luqman tersungkur. Jai pergi mendapatkan Luqman. Begitu juga adik-adiknya.

Luqman kuatkan semangat untuk terus berdiri ketika itu. Dia harus meminta ampun dari ayahnya.

“Man kita balik.”

Pujuk Jai.

“Lagi sikit je ni Jai. Sabar jap.”

Luqman menjawab.

“Ayah. Ampunkan Man ayah. Man banyak dosa dengan ayah.”

“Man! Dah la tu Man. Aku tak sanggup nak tengok benda ni.”

Jai memegang bahu Luqman.

“Abang sudahlah. Kesian saya tengok Man ni.”

Rayu ibu Luqman.

“Nak buat apa kesian dengan dia ni. Aku tak da anak mcm dia ni. Bawa dadah dalam rumah aku. Tak cukup dengan tu, ada hati nak rogol kakak dia sendiri. Awak dengan anak-anak awak yang lain kalau nak ikut dia, ikutlah. Saya tak peduli. Sampai mati saya takkan mengaku dia anak saya.”

Allah, luluh hati Luqman dengar apa yang ayahnya cakap tadi.

“Jai tolong hantar aku balik rumah kau, kita balik.”

Jai terus memapah Luqman masuk ke dalam kereta. Adik-adiknya berlari mendapatkan Luqman tetapi Luqman tidak mengendahkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience