BAB 7

Family Completed 8668

Dia harus pergi dari sini dengan segera. Tidak mahu lagi menderhaka kepada ayahnya. Cukuplah dia menerima kemaafan dari ibunya. Badannya cukup lemah ketika ini. Sampai sahaja di rumah Jai, Luqman terus di bawa masuk bilik. Dia perlukan ketenangan. Jai menerangkan perkara yang berlaku sepanjang dia berada di kampung Luqman. Abah dan mak Jai tekad untuk memberi sepenuh kasih sayang kepada Luqman sehingga akhir hayatnya.

Selepas kejadian di kampung Luqman, keadaannya makin teruk. Luqman tidak mahu menjamah makanan, hanya berkurung di dalam bilik dan semalam apabila dia batuk tersembur darah di cadarnya. Cepat-cepat dia menukar cadar katilnya. Kerjanya masih berjalan seperti biasa. Dia hanya bekerja di rumah. Nasib baiklah majikan dia sendiri adalah abah kepada Jai. Dia perlu mencari duit untuk keluarganya.

Diam tak diam sudah genap sebulan berpuasa. Luqman menghabiskan malam rayanya di dalam bilik. Ada tugas yang ingin diselesaikan. Selepas itu dia turun untuk membantu keluarga Jai menyiapkan persiapan terakhir untuk menyambut hari raya pada keesokan harinya.

“Jai jom ikut aku.”

Jai mengikut Luqman masuk ke dalam biliknya. Ada permintaan terakhir Luqman tinggalkan untuk Jai selesaikan nanti.

Luqman bangun tengah malam apabila batuknya makin teruk. Di tambah pula sakit kepala yg maha dasyat. Dia hanya mampu mengalirkan air mata untuk menahan sakit. Mengigil badan Luqman menahan sakit. Akhirnya dia tidak sedarkan diri untuk kali terakhirnya.

“Macam mana doktor?”

Serentak mereka bertanya.

“Saya harap keluarga dia berada di sisi dia sekarang. Kita hanya mampu berserah.”

Bagai mengerti apa yang ingin di sampaikan oleh doktor sebentar tadi. Pagi tadi semasa Jai ingin mengejut Luqman untuk solat subuh bersama dan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri, sekali lagi Luqman tidak sedarkan diri tetapi kali ini keadaannya bertambah teruk kerana terdapat tompokan darah di cadarnya.

“Aku rasa kau kena datang hospital sekarang. Abang kau koma.”

Jai menelefon Aiman untuk datang ke hospital.

“Kenapa abang aku?”

“Abang kau sakit. Doktor cakap dia dah tak lama lagi.”

Hanya itu sahaja yang mampu dia beritahu aiman.

Aiman sampai ke hospital agak lewat kerana ayahnya tidak percaya pada perkhabaran yang di sampaikan oleh Jai. Mujur Jai menghantar gambar kepada Aiman. Selepas melihat keadaan Luqman baru ayahnya sedar betapa zalimnya dia terhadap darah dagingnya sendiri.

Masuk sahaja ke dalam bilik yang menempatkan Luqman, luluh hati kedua ibu dan ayahnya. Wayar memenuhi badan anaknya. Kelihatan fizikal Luqman sangat berbeza dengan lima tahun lepas. Tulangnya seolah-olah di lapisi oleh kulitnya sahaja. Pucat. Tidak sanggup ibunya melihat anaknya terseksa begitu.

Dia hanya di bantu oleh alat bantuan pernafasan. Turun naik nafasnya.

“Man, ibu datang ni nak. Ayah pun ada. Adik-adik ada kat luar. Bangun nak.”

Ibunya mencium dahi anaknya.

“Man, maafkan ayah. Ayah terlalu ikutkan perasaan. Ayah ampunkan segala dosa kau Man.”

Selepas itu masing-masing hanya melayan perasaan sendiri.

“Man bangun Man. Keluarga kau semua ada kat sini. Itu yang kau nak kan. Dah lama kau berhajat nak jumpa diaorng. Takkan kau tak nak tengok diaorang. Bangun Man. Kuatkan semangat. Aku tahu kau rindu semua.”

Jai tahu itu mustahil tapi dia mahu Luqman sedar.

Tiba-tiba nafas Luqman menjadi laju. Skrin yg menunjukkan nadi Luqman semakin tidak stabil. Ibu dan ayah segera mendapatkan Luqman. Ayahnya segera mengajar Luqman mengucap di sisi Luqman.

“Man pergilah nak. Ibu izinkan. Pergi dengan tenang ye nak.”

Jai tidak dapat mengawal kesedihan. Sudah lama Luqman terseksa dan kali ini Jai redha dengan ketentuan Ilahi. Satu daripada permintaan Luqman telah berjaya diselesaikan iaitu dia ingin ayahnya mengajar dia mengucap ketika nazaknya.

Akhirnya Luqman menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu, ayah dan Jai. Ibu berjanji yang dia tidak mahu menangis kerana tidak mahu jenazah Luqman terseksa lagi. Cukuplah selama ini Luqman terseksa sendiri melawan penyakitnya seorang diri. Dia tahu dia seorang ibu yang kejam yang sanggup mementingkan ego semata-mata.

“Pak cik, ada permintaan Luqman yang ingin saya sampaikan kepada pak cik sekeluarga. Luqman mahu pak cik, Aiman, Sulaiman, Iman, Abah saya dan saya menguruskan jenazahnya. Ini adalah satu-satunya cara dia hendak mendapatkan layanan istimewa dari semua orang.”

Jai sebak untuk menyampaikan amanah itu.

“Dia juga nak dikebumikan di sini sebab dia tak nak pak cik sekeluarga menangung malu dengan orang kampong.”

Semua yang berada di situ menangis tatkala mendengar permintaan terakhir Luqman.

Selesai semua urusan pengebumian, keluarga Luqman di bawa ke rumah Jai untuk tinggal sementara di rumahnya. Ibu meminta izin untuk masuk ke dalam bilik Luqman.

Terdapat sebuah kotak kecil di sudut meja kerja Luqman. Ibu membuka kotak tersebut dan mendapati ada beberapa keping gambar raya keluarganya semasa hari raya. Di belakang setiap gambar Luqman menulis ‘alangkah indahnya kalau aku ada bersama’ runtun hati ibunya tatkala membaca nota tersebut. ‘Apa dosa kau nak sampai ibu sanggup buat begini pada kau’ ibunya menyesali perbuatannya kepada Luqman.

“Ibu. Man rindukan ibu, ayah, kakak dan adik-adik. Man sentiasa memerhati keluarga kita dari jauh. Tengok ibu sambut raya setiap tahun. Kalau boleh Man nak ada dekat dengan ibu. Ibu, Man rindu ibu. Rindu dengan suara ibu. Rindu dengan lauk ibu. Rindu nak cakap dengan ibu. Semua Man rindu. Tapi Man tahu untuk ada dekat dengan ibu sangat mustahil. Selama ini keluarga Jai banyak bantu Man. Bayar bil rawatan Man. Diaorang buat Man macam anak sendiri. Layan Man macam layan Jai. Man bersyukur sangat ada yang nak membantu Man lepas ayah buang man. Ibu selepas peninggalan Man, Man harap ibu dapat menerima hadiah yang tak seberapa dari Man. Ada duit simpanan yang Man simpan hasil dari titik peluh Man sendiri. Man kerja dengan ayah Jai. Man harap ibu sudi terima duit Man. Sekali lagi Man ingin memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sampaikan salam Man pada ayah dan adik-adik. Assalammualaikum ibu.”

Surat terakhir dari Luqman untuk ibu. Ingin sahaja ibu meraung tapi nasi sudah menjadi bubur. Man tidak boleh kembali bersama-samanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience