BAB 5

Family Completed 8668

Di kampung, keluarga Luqman sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Kebetulan semua ada kerana hari isnin merupakan cuti umum.

“Ibu, kalau abang Man adakan best. Baru lengkap family kita.”

Setiap kali berkumpul satu keluarga, Aiman selalu mengingatkan ibu dan ayahnya tentang Luqman. Dia yang paling rapat dengan abangnya itu.

Dia juga dapat mengagak yang Kak Longnya sengaja berbuat begitu kepada abangnya. Sebab Kak Longnya berbuat begitu jangan ditanya. Takut menimbulkan fitnah.

“Iman rindu abang Man ibu. Apa yang dia makan, tinggal mana, macam mana dia sekarang. Semua Iman fikir ibu. Iman dah cuba cari abang Man tapi tak dapat.”

Giliran Iman pula menyampuk.

“Dah korang jangan sebut lagi nama anak derhaka tu. Ibu tak suka.”

Tapi naluri keibuannya menafikan kata-katanya tadi. Setiap malam dia menangis merindui Luqman. Tapi atas hasutan anak perempuannya, dia jadi begini.

“Man, bangun. Dah sampai Man.”

Sepanjang perjalanan balik ke Melaka, Luqman banyak habiskan masanya dengan tidur. Kadang-kadang terbatuk-batuk Man menahan sakit. Puas Jai menyuruhnya berbuka puasa walaupun belum azan maghrib lagi tetapi Luqman tetap degil. Dia mahu berbuka bersama keluarganya.

“Jai, ingat pesan aku tadi.”

Janji tetap janji.

“Assalammualaikum ibu.”

Man memberi salam tatkala melihat ibunya di luar rumah.

‘Suara tu. Ya aku kenal dengan suara itu.’

Ibu terus menoleh dan alangkah terkejutnya dia mendapati Luqman berada di hadapannya. Ingin saja dia pergi untuk memeluk anaknya itu tapi kerana ego dia hanya diam seribu bahasa. Ibu melihat fizikal Luqman jauh berbeza dari sebelum ini. Kurus melampau dan pucat. Mcm mayat hidup.

‘Sah-sahlah kau makan benda haram tu.’

“Buat apa kau balik sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi kau dari sini.”

Luqman sedaya upaya berusaha untuk mencium tangan ibunya tapi di tepis kuat.

“Abang Man!”

Ketiga-tiga adiknya memeluk Luqman dengan erat. Bagaikan melepas rindu yang sudah lama bersarang dihati.

“Abang pergi mana selama ni, tinggal mana, kerja apa sekarang, kenapa kurus sangat ni.”

Macam-macam yang di tanya oleh adik-adiknya. Luqman hanya diam dan mengusap wajah-wajah yang dirindui selama ini.

“Jom masuk abang. Dah nak masuk waktu ni.”

Ajak Sulaiman.

“Aku haramkan kau jejak kaki kat dalam rumah ni Man! Aku tak ada anak macam kau.”

Entah datang dari mana ayahnya dia tidak pasti. Luqman terus ke arah ayahnya dan ingin bersalaman. Pangggg… satu lagi tamparan jantan hinggap ke pipinya. Berpusing Luqman menahan diri supaya tidak jatuh.

Adik-adiknya terkejut dengan tindakan ayahnya. Sekali lagi satu tamparan jantan hendak hinggap di badan Luqman tetapi sempat di tahan oleh Aiman. Dia yang sakit. Itulah nak jadi hero sangat. Tapi demi abangnya dia sanggup untuk melakukannya.

“Dah Sulaiman dengan Iman pergi ambil makanan kat dapur. Pergi bentang kat luar rumah. Kita makan sama-sama.”

Aiman mengarahkan adik-adiknya untuk berbuat demikian. Sementara itu Jai dan Aiman memapah Luqman yang kelihatan pucat itu ke tepi jalan.

Jai betul-betul menurut arahan. Sedikit pun dia tidak masuk campur. Hendak di tolong tadi tapi demi janji dia terpaksa melihat kawannya di kasari.

“Jai, sakit Jai.”

Luqman berbisik kepada Jai.

“Kita balik Man.”

Luqman hanya mengeleng.

“Abang kenapa ni? Sakit ke? Teruk sangat ni.”

Aiman dudukkan Luqman di atas jalan raya. Tujuan dia tidak menyuruh Luqman masuk ke dalam rumah kerana tadi dia terdengar yg ayahnya mengharamkan abangnya masuk ke dalam rumah. Dia sanggup berbuka puasa di atas jalan raya ini.

“Aiman dengan adik-adik sihat?”

Tanya Luqman lemah. Ya dia memang lemah. Mahu sahaja dia baring di atas jalan raya ini tapi dia gagahkan juga dirinya untuk bersama adik-adiknya.

“Diaorang semua sihat bang.”

Sulaiman dan Iman datang ke arah mereka dgn membawa tikar dan makanan. Jai tahu Luqman sedang menahan seribu satu perasaan.

“Allahuakbar Allahuakbar.”

Azan berkumandang. Termakbul juga impian Luqman untuk berbuka bersama keluarganya miskipun ayah dan ibunya berbuka di dalam rumah. Luqman makan dengan berselera sekali. Kebetulan ibunya masak makanan kesukaannya iaitu ayam masak kicap.

“Abang tidur sini ye.”

Iman memujuk.

“Tak boleh Iman, Abang tidur kat tempat lain hari ni. Esok abang datang lagi.”

“Ala bang. Jomlah kita tidur sama-sama.”

Sulaiman pula memujuk.

“Macam ni je, apa kata abang tidur dekat dalam kereta. Korang tidur dekat dalam rumah, bolehkan Jai.”

Jai hanya menganguk. Demi kawannya tidur atas jalan tar ni pun boleh.

“Kalau macam tu Iman nak tidur dalam kereta juga.”

“Sulaiman juga.”

“Aiman pun nak juga. Kami tak kisah bang.”

Mereka hanya ketawa. Walapun masing-masing sudah besar tetapi mereka tetap seperti budak-budak. Mungkin tahap rindu kepada abangnya mereka sanggup tidur di dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience