BAB 1

Family Completed 8668

Angin ketika ini sangat mendamaikan hati Luqman tatkala dia sedang berseorangan mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Dia tahu ini semua yang terjadi sudah tertulis sejak di dalam rahim ibunya. ‘Ibu’ terdetik di dalam hatinya samada wanita yang cukup sempurna itu dapat menerimanya atau sudah menganggap bahawa anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari ini telah mati buat selama-lamanya. Payah untuk dia kembali di rumah itu. Sejak peristiwa hitam yang berlaku lebih kurang empat tahun lepas, Luqman dianggap sebagai anak yang memalukan keluarga di antara lima orang adik-beradiknya.

“Man, termenung jauh nampak. Kau ada masalah ke?”

Jai, kawan yang banyak membantu Luqman. Banyak yang dia sudah tahu mengenai Luqman dan dia juga yang menyelamatkan Luqman untuk terus kuat mengharungi perjalanan yang semakin singkat ini.

“Aku rindu ibu”

Itu sahaja yang mampu Luqman ungkap di saat ini.

“Kita jumpa ibu. Tak lama lagi nak puasa lepas tu pulak raya. Kita balik rumah ibu kau. Mana tau lembut hati dia dengan kau.”

Jai cuba memancing.

“Nak ke ibu terima aku?”

Dalam hati sedikit goyah dengan cadangan Jai. Jai hanya menepuk bahu Luqman tanda memberi semangat yang hampir hilang.

Empat tahun lepas segalanya berubah dalam masa satu hari sahaja. Benar. Luqman hilang semuanya dalam sekelip mata. Petang itu ketika semua sibuk untuk mencari barang bagi membuat persiapan raya, Luqman meminta untuk tinggal di rumah sahaja.

Dia merasa kepalanya sakit yang teramat sehingga membuatkan dia lebih selesa untuk berehat sahaja di rumah.

“Man, ibu nak keluar kejap. Nak cari ayam untuk masak rendang malam karang.”

Ibunya sekadar memberitahu. Takut Luqman mencari.

“Emm”

Itu sahaja yang mampu Luqman jawab sebelum dia tidur untuk menghilangkan kesakitannya.

Sedar dari tidur, kepalanya terasa ringan sedikit. Dia mendapati rumahnya sunyi dan dia perasan kakaknya telah selamat pulang dari bandar untuk menyambut hari lebaran yang jatuh pada keesokan harinya. Dia sejak semalam sudah sampai. Tekad mengambil seminggu cuti untuk menyambut hari raya. Luqman anak kedua dan berusia 25 tahun. Mempunyai seorang kakak yang beza umurnya hanya dua tahun. Adik-adiknya berusia 23, 20 dan 18. Masing-masing lelaki dan sudah menamatkan zaman persekolahan. Dia merasa pelik kerana melihat ada sebuah motosikal di belakang halaman rumah.

“Kak Long.”

Tanpa berfikir panjang, dia terus menolak pintu dan alangkah terkejutnya melihat badan Kak Longnya hampir terdedah.

“Tak guna punya jantan! Sanggup kau nak merosakkan kakak aku!”

Satu tumbukan hinggap tepat di perut lelaki yang dia sendiri tak kenal. Mungkin orang kampung sebelah. Belum sempat nak berbuat apa-apa lelaki tersebut berjaya melepaskan diri dan terus memecut.

“Kak Long..Kak Long.. bangun kak.”

Luqman cuba mengejutnya.

“Luqman! Apa kau dah buat nie?”

Dari mana ibu datang Luqman tak pasti. Ibu terus selimutkan kak long dan mengejutkannya. Yang pelik, Kak Long senang pula bangun.

“Ibu..apa yang dah jadi ni?”

Kak long bangun dan terus menangis.

“Kau buat apa kat Kak Long. Kau cakap sekarang Man.”

Ibu pula bersuara.

“Man tak buat apa-apa. Tadi ada orang masuk dalam rumah. Man tak tipu ibu.”

Luqman membela diri. Dia seperti dapat mengagak yang Kak Longnya merancang sesuatu terhadap dirinya.

“Sanggup kau buat kami begini Man. Mana didikan agama yang kami ajar selama ini? Aku selama ini mengharapkan kau jaga adik-adik bila kami dah tiada nanti tapi ini yang kau balas pada kami.”

Ayah merintih apabila tahu perkara siang tadi.

“Betul ayah. Ada org masuk rumah kita. Man tak sempat nak tangkap dia”

Luqman membela diri.

“Mak! Ayah!” Jerit Kak Long dari dalam bilik Luqman.

“Ya Allah Man.”

Ibu terduduk sambil menangis teresak-esak. Ketika ini adik-adik Luqman masih belum pulang dari bandar. Panggggg. Satu tamparan jantan hinggap di pipi Luqman. Luqman merasa kepalanya sakit kembali tapi ditahannya. Dia harus menerangkan kepada kedua ibu bapanya dadah itu bukan miliknya.

“Kalau bukan kau punya, abis siapa punya? Kak Long, Aiman, Sulaiman ke kau nak tuduh Iman yang buat?”

Marah ayah semakin menjadi-jadi.

“Bukan Man punya ayah. Percayalah ibu, ayah. Man tak tahu siapa yang sanggup aniaya Man sampai macam ni sekali. Tolonglah ibu.”

Ibu tidak dapat berkata apa-apa lagi. Apabila Luqman cuba memeluknya, ibu menepis dengan kuat. Ayah segera mengemas baju-baju Luqman dan terus mencampak di luar rumah. Luqman tidak dapat berbuat apa-apa. Kudratnya begitu lemah pada saat ini.

“Kau amik kain baju kau, kau berambus dari rumah ni. Sebelum kau lagi teruk memalukan kami, baik kau berambus!”

Ayah menolak badan Luqman dengan kasar.

“Ayah. Tolonglah Man. Man tak buat semua tu. Man mintak ampun.”

Luqman cuba meraih simpati walaupun dia tahu dia tidak bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience