BAB 8

Romance Completed 11892

Aiman sudah nampak Farhana dari jauh. “Weh weh tu dia dah datang. Pergi cepat. Satgi dia belah mampus kau.”

“Ha?Mana-mana?”tanya Darwisy.

“Tu yang pakai baju warna biru tulah. Kau pergilah cepat!”kata Syakir kemudian menolaknya.

“Ok! Jangan nervous. Kami yakin kau boleh! Chaiyok!”kata Syakir dan Aiman.

“Aku pergi dulu.”kata Darwisy memperkemaskan bajunya.

Farhana mencari lagi. “Haish mana dia?Aku balik nanti ha.” Tiba-tiba ada seseorang memegang bahunya dari belakang. Farhana menoleh. Lelaki tersebut memeluk Farhana sambil menangis.

“Abang Kamil.”

“Nasib baik Hana ada dekat sini.”kata Kamil.

“Abang,kenapa ni?”tanya Farhana menyapu belakang Kamil.

“Hana….hati abang sakit sangat Hani. Sakit.”kata Kamil. Farhana membiarkan sahaja bajunya basah akibat tangisan Kamil.

Farhana terlupa bahawa dia ada temujanji dengan Darwisy. Dia tidak sengaja melupakannya.

Aiman dan Syakir berbual rancak tentang permainan Dota kegemaran mereka.Mereka melihat Darwisy kembali dengan mukanya yang agak hampa.

“Aik cepatnya!”kata Aiman.

“Kau jumpa dengan dia tak?”tanya Syakir. Darwisy tersenyum pahit.

“Aku jumpa.”jawab Darwisy.

“Haa habis tu?”

“Dia datang sini bukan nak jumpa dengan aku la. Dia sebenarnya nak jumpa dengan orang lain.”jawab Darwisy.

“Biar betul?”tanya Aiman.

“Dahlah,jom kita balik.”kata Darwisy.Syakir dan Aiman berpandangan kemudian mengikut belakang Darwisy.

Farhana kembali ke Ice N Cream bersama Kamil. Sarah dan Farah berpandangan sesama sendiri. “Kenapa orang lain pula yang dia bawak balik ni?”tanya kak Farah. Sarah menjongket bahu.

“Akak,kenalkan ini Kamil, cousin yang dah anggap macam Farhana sendiri.”kata Farhana.

“Abang yang ini kak Sarah,dia pemilik kedai ini. Dan ini, kak Farah.”kata Farhana.

“Abang,kak Farah ni single lagi tau!”bisik Farhana kepada Kamil tetapi boleh didengari oleh kak Farah. Kak Farah menampar bahu Farhana perlahan.

“Aduhh,sakitlah!”jerit Farhana.Padan muka kau dik.

“Tak jumpa dengan Darwisy ke?”tanya kak Sarah.Farhana baru teringat.

“Oh ya lah.Jumpa abang Kamil buat Farhana terlupa tentang dia.Saya pergi dulu ya akak, bye abang Kamil.”kata Farhana sebelum pergi.

“Darwisy?Siapa Darwisy?”tanya Kamil kepada Farah.

“Darwisy tu peminat Farhana yang selalu bagi bunga dan kad dekat dia.”jawab Farah.Kamil mengangguk-angguk.

Sesekali mata Farah dan Kamil bertembung membuatkan Farah malu sendirian.Aduh aduh hati,janganlah macam ini.

Farhana kembali ke taman itu. Dia mencari-cari di mana lelaki berbaju warna biru itu.

“Darwisy!”jerit Farhana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience