BAB 4

Romance Completed 11892

“Dengan Naziralah.Jom teman aku.Aku seganlah pi sorang.”ajak Aiman.

“Sejak bila kau pandai segan?Hmm, kat mana kau janji nak jumpa?”tanya Syakir.

“Dekat Ice N Cream. Ala kedai aiskrim yang baru bukak tu.”jawab Aiman.

“Aku ikut kau!”kata Darwisy tiba-tiba.Aiman dan Syakir berpandangan sesama sendiri.Sejak bila pula mamat ni ada dekat sini?

“Aku nak teman kau pergi blind date tu.”kata Darwisy.

Pulang dari kolej,Farhana segera pergi ke tempat kerjanya.Selepas memasukkan kad pekerja,dia menegur hampir semua orang.

“Assalamualaikum kak Sarah.”tegur Farhana.

“Oh kamu, ni peminat kamu bagi lagi bunga ni.”kata Sarah.Farhana tersenyum lalu pergi mengambilnya.Farhana membuka kad tersebut.

‘Before I meet you, I never knew what it was like to look at someone and smile for no reason’-D

“Aii,tersenyum-senyum pula Farhana kita ni.Ada orang hantar bunga lagi kan.”sakat kak Farah.Farhana tersenyum.

“Akak,kenal dia tak?”tanya Farhana.

“Tak.Kak Sarah je yang pernah nampak muka dia pun.”jawab kak Farah.Mereka berdua memandang kak Sarah yang sedang membaca novel itu.

“Akak….siapa D sebenarnya?”tanya Farhana.

“Someone that afraid to show his identity.”jawab kak Sarah tanpa memandang wajah Farhana.

Someone that afraid to show his identity? D ni penjenayah ka atau dia ni penculik yang menggoda gadis-gadis comel macam aku ni? Aku tak boleh mudah terpedaya dengan bunga dan kad ini. .

‘Kling kling’ Bunyi loceng tanda orang masuk kedai.Dua orang lelaki yang agak bergaya memilih meja nombor 2. Farhana tidak nampak muka mereka kerana mereka membelakangi dapur.

“Farhana,pergi ambik order.”arah kak Sarah.

“Baiklah.”jawab Farhana pergi mendekati dua orang lelaki itu.

“Yes, nak order apa ya?”tanya Farhana sambil menayang senyuman manis.Dia terpandang muka seorang lelaki.

Eh,ini bukan lelaki yang handsome pesan aiskrim Chocolate dengan Banana tu ke?Lama dah dia tak datang kedai ni.hihihi

“Em kejap lagi kami order.”kata kawannya seorang lagi.Farhana menganggguk kemudian pergi ke ruang dapur.

“Oh ya,agaknya merekalah yang nak jumpa Nazira tu.Kalau crush aku tu yang blind date dengan Nazira tu macam mana?Hmm sedihlah.”kata Farhana sendirian.

“Apa yang sedih-sedih ha?”sergah kak Farah tiba-tiba.

“Kak Farah ni buat terkejut je.Tak ada apa-apalah.”kata Farhana segera pergi menyibukkan diri.

“Yes,nak order apa ya?”tanya seorang perempuan.Aku memaling. DIA! Akhirnya sekian lama aku tak jumpa dia, dapat gak jumpa hari ni.

Pandangan Darwisy agak berubah apabila melihat wajah mulus waiter tadi.Waiter tu pun duk pandang muka Darwisy ja.

Aiman perasan apa yang berlaku sekarang ni.”Mak ai,mereka berdua ni suka sama suka ke?”detik hati Aiman.

“Em,kejap lagi kami order.”jawab Aiman.Waiter tersebut mengangguk kemudian berlalu pergi.

Comelnya dia!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience