BAB 1

Romance Completed 11892

Selepas habis sahaja kelas, Farhana pergi mencari kerja. Kebanyakkan kedai yang dia pergi akan memberi jawapan yang sama.Dia hampir putus asa tetapi demi emak dan adiknya,Akmal, dia perlu lebih berusaha.

Farhana ternampak kedai ais krim yang baru dibuka.Di luarnya, ditampal kertas ‘Jawatan Kosong’. Dia masuk untuk merebut peluang tersebut.

“Maaf, kedai ini belum dibuka lagi.”kata salah seorang pekerja tersebut.

“Saya datang sini sebenarnya nak minta kerja.”kata Farhana. Pekerja tersebut memandang sesama sendiri.

“Awak student ke?Kalau ya,maaf kami tak terima student.Maaf sekali lagi.” Jawab pekerja tersebut.

“Saya merayu akak. Adik saya sakit, emak saya tak mampu nak sara perbelanjaan perubatan dia.”ujar Farhana. Dia tidak mahu menagih simpati orang tetapi untuk mendapatkan pekerjaan ini, dia terpaksa.

“Sorry dik. Akak tak dapat tolong. Akak bukannya bos.”jawab pekerja itu lagi. Farhana hampa. Dia cuba tersenyum kemudian meminta diri untuk keluar.

“Tunggu dulu.”langkah Farhana terhenti. Dia memaling ke belakang.

“Kamu boleh start kerja sini esok, lepas balik sekolah. Okay?”kata perempuan tersebut kepada Farhana.

“Alhamdulillah, terima kasih akak. Terima kasih.”kata Farhana sambil menunduk hormat kepada perempuan tersebut.

Akhirnya, akak dapat kerja, mak, Akmal.

Keesokkan harinya, Farhan ternampak Nazira yang duduk seorang diri sambil membaca buku.Dia menegur “Oit.”

“Oit.”balas Nazira. Farhana tersenyum.

“How?Dapat kerja tak?”tanya Nazira.

“A’ah aku dapat dekat kerja dekat kedai aiskrim baru buka, nama dia Ice N Cream.”jawab Farhana.

“Wah tahniah!Nanti aku pergi kedai kau okay?Aku nak tengok kau kerja.”kata Nazira.

Habis sahaja kelas, Farhana segera membonceng scooter Ego S kepunyaannya ke tempat kerjanya yang baharu. Aku berharap, hari pertama bekerja, tidak ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Amin.

“Saya dah sampai!”kata Farhana.

“Ya kamu datang sini.”panggil Sarah merangkap bosnya yang baik hati itu.

“Pakai cosplay ni.”arah Sarah. Mata Farhana membutang melihat cosplay beruang yang berwarna pink tersebut. Dia memberi pandangan ‘are-you-sure-you-want-me-to-wear-this’. Sarah membalas dengan pandangan ‘absolutely’.

“This is Malaysia. Not Japan nak pakai cosplay-cosplay ni.”rungut Farhana di dalam hati.Bersyukurlah wahai Farhana, kau dah dapat kerjakan.Janji halal.

Dia pergi menukar pakaian. Apabila dia melihat dirinya di hadapan cermin. What a cute face, i mean, what a funny cosplay.

“Akak….”Pekerja-pekerja lain memandang Farhana.

“OMG you looked so cute!”kata mereka. Are you really being serious? -_-

“Yes, you looked so cute. I bet pelanggan kita akan ramai hari ini.”kata kak Farah pula.

“Okay,now pergi keluar dan bagi pamplet ni dekat orang ramai.”arah kak Sarah kemudian memberi kertas pamplet tersebut.

Aish,kenapa aku kena buat macam ni T_T Aku lebih rela cuci toilet okay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience