BAB 2

Romance Completed 11892

Berat sekali kakinya hendak melangkah keluar tetapi kak Farah tetap menarik tangannya untuk keluar. Adakah ini dinamakan buli?

Semua orang memandangnya dengan pandangan pelik. Farhana memberi senyuman yang sangat awkward. Sudahlah buat kerja ini sendirian sahaja.Farhana cuba memberi pamplet tersebut kepada seorang pemuda tetapi pemuda itu dengan biadapnya menolak. Panas betul cuaca ini bertambah panas lagi hatinya sekarang.

Tiba-tiba, jiran sebelah kedai memasang lagu Kpop yang bertajuk Good Day nyanyi IU.Farhana bukanlah Kpoppers tapi dia tahu juga lagu kpop yang sering dipasang oleh rakannya,Nazira.

Demi menarik perhatian pelanggan, Farhana cuba menari lagu tersebut. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya dia sekarang ini.

“Jemput datang ke kedai kami!”promote Farhana. Banyak juga pelanggan yang masuk ke kedai mereka.

“Nurul Farhana?”tegur seseorang dari belakang. Farhana menoleh. Nazira. OH TIDAK!

“Hahahahahahaha aku tak pernah thought langsung kau akan pakai cosplay.But hey it’s really suit you. You looked so cute!”puji Nazira yang mungkin bercampur kejian itu.

“Aku ingat aku pakai baju macam orang lain tapi whatever lah. Aku tahu aku cute.”kata Farhana mengangkat bakul sendiri.

“Okay apa yang sedap?”tanya Nazira.

“I don’t know everything looks so good.”jawab Farhana. Farhana perasan ada orang yang mengambil gambar mereka tanpa kebenaran.

“Okay, hahaha jumpa dekat dalam”kata Nazira kemudian masuk ke dalam kedai itu. Farhana menyambung kerjanya sehinggalah pukul 4 petang.

“Farhana, you come here.”panggil Sarah. Farhana mengikuti sahaja. Dia membuka topi di kepalanya. Ahh panasnya.

“Congrats you brought us many customer today, and you can rest now. And here, I made this for you.”kata Sarah kemudian memberi aiskrim kepadanya.

“Terima kasih boss.”kata Farhana kemudian menikmati aiskrim itu dengan indahnya. Hari pertamanya berlalu dengan cepat. Walaupun penat, tapi pengalaman ini menyeronokkan.

Hari kedua, tiba di tempat kerja. Farhana segera menukar pakaiannya ke dress pink. Akhirnya,boleh pakai baju nih. Omegad I feel like I’m a princess. Puih,berangan je kau Farhana.

“Okay,hari ni kamu kemaslah apa yang patut. Sebab kak Farah lewat sikit.”kata Sarah.Farhana mengangguk tanda faham.

Farhana mengambil kain dan alat untuk sembur. Dia pergi ke cermin untuk mengelapnya. Ketika dia ingin mengelap cermin itu,dia ternampak seorang jejaka yang tampan. Dia terpaku seketika melihat lelaki tersebut.

Lelaki itu masuk ke dalam kedai. Dia berjalan, dan berjalan, dan berjalan.Setiap langkah lelaki tersebut seolah-olah perlahan macam ada orang slowkan masa. Yek ye je kau Farhana.

Lelaki itu sekarang berhadapannya. Farhana memandang dia dari atas hingga ke bawah. Lelaki ini…memang lelaki idaman aku. Kenapa dia berada di hadapannya? Dia nak melamar akukah? OMG!

“Hello?”lelaki tersebut memetik jari membuatkan Farhana tersedar.

“Oh ya.”

“Saya nak pesan ice cream ni.”kata lelaki tersebut.Farhana tersedar sekali lagi. Sedarlah wahai Farhana, kau ni hanya pekerja kedai aiskrim.

“Oh,berapa ya?”tanya Farhana.

“Satu,Banana dan satu lagi Chocolate.”jawab lelaki tersebut. Pesan dua aiskrim, mesti satu lagi untuk girlfriend dia. Hm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience