BAB 7

Romance Completed 11892

‘Hai Farhana, Saya berharap awak boleh datang dekat taman.Jam 4 petang.Saya nak bagitahu semuanya dekat awak.Saya jumpa awak esok ya.Saya pakai baju warna biru.’ – Darwisy

Jadi nama dia Darwisy.Esok? Baju warna biru? Jadi aku pun perlu pakai baju warna biru.

“Akak,bila dia bagi ni?”tanya Farhana.

“Baru je tadi. Kamu khusyuk sangat baca surat ni sampai kamu tak perasan dia datang tadi.”

“Apa?!! Baru tadi?? Kenapa akak tak bagitahu?”tanya Farhana.

“Akak malas nak ganggu Farhana lah. Dia suruh bagi je.”kata Farhana.

Malas nak ganggu?Alasan yang sangat munasabah akak T^T

Hari ini D-Day! Aku akan berjumpa dengan secret admire aku a.k.a nickname yang aku bagi iaitu mamat bunga yang berkacukan dan hansome. Aish siapalah dia nih.

Betul ke yang dia ni betul-betul suka dekat aku?Ataupun dia ni penjenayah nak culik aku dan ambik organ-organ badan aku. Farhana menggeleng-geleng kepala untuk melupakan fikiran negatifnya itu.

Apa-apapun aku harap dia baik sahaja. Farhana tersenyum.

“Hai tersenyum manis orang tu hari ni.”sakat kak Farah.

“Dia nak jumpa peminat,mestilah senyum mau manis.”kak Sarah yang menyertai aktiviti menyakat Farhana.

Alamak sejak bila kak Sarah dah pandai sakat aku ni. Ni mesti kak Farah yang ajar ni.

“Mana ada.Kita ni tiap-tiap hari kena senyum,barulah hidup ceria.”kata Farhana.

“Aiceh….alasan semua tu.”kata kak Farah.

Setelah habis membuat kerja,Farhana memandang jam di tangannya. Sudah hampir pukul 4 petang.Dia perlu bersiap segera untuk berjumpa dengan Darwisy.

“Akak-akak semua, Farhana pergi dulu ya.”

“Okay.Selamat berdating.”sakat kak Farah. Farhana menjeling. Kak Farah ni kalau tak sakat aku sehari tak boleh ke?

Farhana berjalan menuju ke taman.Jika dari kedai ini,mengambil masa selama 5 minit sahaja ke sana.

Agaknya bagaimana rupa si Darwisy ni eh?Macam crush akukah? Auw untungnya kalau betul.Hehehe.

Situasi di sebelah Darwisy,

“Nervous ah!”kata Darwisy.

“Relax relax.Aku yakin kau boleh punya.”kata Aiman.

“Agaknya dia datang ke tak eh?”tanya Darwisy.

“Mestilah datang.Kak Sarah pun dah janji nak tolong,kau relax je.”kata Syakir pula.

Farhana sudah tiba di taman tersebut.Tapi kelibat Darwisy atau lelaki yang berbaju biru masih belum ditemuinya.

“Mana dia ya?”

“Entah-entah dia dah balik,sebab aku rasa aku datang lewat.”

“Tapi kalau aku jadi dia, aku tunggu je.”

“Aish,dia pun satu bagitahu dekat taman ja. Tak bagitahu lebih detailed, dekat kolam ikan ke kerusi ke apa ke.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience