Bab 1 : Jiran Pesara

Action Completed 25631

Encik Edwin serta beberapa jiran yang lain leka bersembang di beranda rumah. Mulut masing-masing tidak henti-henti berceloteh walaupun tangan ligat mengupas buah mata kucing dan kuaci buat kudap-kudapan di petang itu.

Di antara mereka, Puan Erissa yang paling mencuri perhatian dengan celotehnya yang tidak berkesudahan. Mereka adalah jiran-jiran yang merupakan pesara tentera yang telah pencen sama umur dengan Encik Edwin. Disebabkan majoriti penduduk di kawasan tempat tinggal Encik Edwin adalah pesara, maka mereka berjiran rapat antara satu sama lain. 

Begini la rutin mereka yang sudah melepasi usia bersara. Kalau bukan berkebun, maka duduk beriadah di pangkin rumah antara satu sama lain secara bergilir untuk meluangkan masa lapang atau berkongsi kisah kehidupan.

Samaada pengalaman lama sewaktu berkhidmat sebagai tentera dan pegawai atau kisah anak masing-masing semuanya jadi bahan bualan.

Encik Edwin melakukan kegiatan bermain chess dan dam setiap minggu itu di rumahnya. Buat masa sekarang dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Namun wang dari hasil persaraannya sedikit sebanyak membantu keluarganya menjalani rutin harian tanpa masalah. Buat masa sekarang modalnya masih mencukupi. Namun begitu dia cukup bersyukur kerana anak-anaknya juga rajin menghulur dan memberikan kelengkapan yang diperlukan.

Puan Erissa yang mengusahakan perniagaan kedai roti sejak sepuluh tahun lalu kini bersyukur kerana walaupun suaminya tidak berkhidmat sebagai tentera laut lagi, dia masih ada mata wang pencarian. Dia juga tidak perlu lagi bekerja sebagai cleaner  seperti dahulu. Mujurlah anak-anaknya sekarang sudah besar dan mempunyai kehidupan masing-masing.

Cuma itulah sunyi bila semua sudah tiada dirumah. Tinggal mereka orang tua saja.

             "BAH!!Encik Ryan buat apa tu?"

             "Eh-eh....mak kau hijau!"latah Encik Ryan apabila tiba-tiba disergah dari belakang. Kepalanya pantas menoleh ke belakang. Sekali tu bertentang muka dengan wajah segak tersengih menayang gigi kepadanya. "Isy....dasar budak bertuah!"

              "Azael!Suara tak ada apa tak ada...tiba-tiba sergah orang macam tu!Apa kamu ni!"

Tersengih-sengih Azael Noah apabila ditegur oleh Puan Erissa kerana menyakat Encik Ryan yang menjadi jiran mereka sejak lima tahun lalu.

              "Kamu ni Azael. kalau balik tak usik aku tak boleh agaknya kan!Hah, ini yang kamu balik ni dah habis exam ke?"bebel Encik Ryan yang berbadan gempal itu.

Azael Noah tersengih-sengih sumbang.

              "Ish....budak ni....apahal pulak balik lagi ni?Exam kan minggu depan?"soal Puan Erissa bingung, padahal baru minggu lepas anaknya itu pulang.

              "Alah...orang balik pun salah. Ya mesti la sebab rindu kat ibu...dah Azael masuk dulu ya...letih la."

Cepat-cepat Azael Noah menghilangkan diri, bimbang disoal lagi dengan ibunya.

                Puan Erissa tidak puas hati. Terus dia mengekori anaknya hingga ke bilik."Kamu ni tiba-tiba balik kenapa?Bukan ke sekarang kamu ada kelas tambahan kat sekolah?Minggu depan nak exam, kan?"

                "Alah....ibu ni, boring la duduk dekat asrama tu.  Dekat rumah pun boleh belajar jugak kan?"jawab Azael Noah berdalih.

               "Hah....kamu jangan nak bagi macam-macam alasan kat ibu ya...kamu fikir ibu tak tau apa yang ada dalam fikiran kau tu. Dah, esok awal pagi kamu balik asrama.." kata Puan Erissa tegas.

               "Ibu....orang baru aje sampai kut, takkan la dah suruh balik. Biarlah saya tinggal sekejap dekat rumah ni..."remaja berusia 17 tahun itu merengek cuba memujuk ibunya.

                "Kenapa?Sebab nak tunggu Kak Alia  kamu balik kan?"pantas Puan Erissa bijak menduga. Bukan dia tak hafal perangai anaknya itu dari minggu lepas lagi tidak sabar-sabar menanti kepulangan Keluarga Alia. 

                "Yalah...Abang Raiden dengan Kak Alia nak balik lusa, ingat nak jemput mereka kat airport. Lepas tu saya balik la ke asrama."

                "Kan Kak Alia kamu dah beritahu jangan jemput dia. Dia tau kamu nak exam besar minggu depan. Habis exam aje la nanti, bukannya kamu tak boleh jumpa dia langsung. Tak ke mana Kak Alia kamu tu...."

                "Tapi....Azael rindukan mereka.. Dah lama Kak Alia kat overseas tu."

                "Ya, ibu tahu tapi Kak Alia kamu tu kan balik terus ke sini. Apa yang penting sekarang ni pelajaran kamu tu...ibu tak suka kamu abaikan pelajaran. Ibu tak nak kamu leka."

                "Boleh la ibu...nanti dah jumpa dengan Kak Alia, Azael terus balik la akademi. Saya janji..."rayu Azael Noah dengan tangan terangkat berikrar.

                "Tak boleh! Esok pagi-pagi kamu balik. Bukannya lama pun. Minggu depan aje kamu akan ambil  Armed Forces Vocational Aptitude Battery (ASVAB) . Lepas tu kamu dah boleh balik terus." arah Puan Erissa tegas sebelum berlalu meninggalkan Azael Noah yang bermuka sedih.

AKHIRNYA Azael Noah mengalah juga dengan perintah Puan Erissa. Hasratnya untuk menjadi orang pertama menyambut kepulangan kakaknya di lapangan terbang tidak kesampaian.

Tidak tahu ke ibunya itu betapa dia sangat merindui  keluarga kakaknya terutama sekali anak saudaranya yang telah berada di luar negara hampir lima tahun lamanya. Disebabkan Abang Raiden dipindah bertugas di luar negara maka seisi keluarga itu turut berpindah.

Namun begitu hubungan mereka tidak pernah renggang. Kak Alia tetap berpegang pada janji untuk menghubungi dia dan ibunya sekerap yang boleh. Malah boleh dikatakan hampir setiap hari kakaknya itu menghantar e-mel menceritakan tentang keadaannya di sana.

Azael termenung. Semenjak pulang ke asrama petang tadi perasaan dia mulai gelisah resah dan berdebar. Perutnya memulas semacam. Dia menghitung setiap detik waktu saat keluarga kakaknya itu akan sampai. Keluarga itu dijangka tiba pagi esok. Sayangnya niat dia untuk menjemput keluarga kakaknya itu tidak kesampaian setelah ibunya bertegas menyuruh dia balik ke asrama pagi tadi. Bagi memastikan dia terus pulang, sengaja ibunya menghantarnya terus ke dalam asrama dan menunggunya sehingga dia naik bilik.

              "Tak patut betul ibu ni tau!"

Azael merungut sendirian.

             "Kak Alia mesti sekarang ni dalam flight agaknya. Perjalanan dari UK ke sini rasa-rasanya makan masa lebih sepuluh jam."Azael menghitung, cuba menebak jarak perjalanan keluarga kakaknya itu.

               "BAHH!jauh termenung nampak!" Rizz menjerkah dari belakang.

Melompat Azael di tempat duduknya sebelum melihat Rizz muncul depan mata.

               "Hish! Apa kau ni Rizz! Terkejut aku....kau ni tak reti nak tegur elok-elok ke?" soalnya geram.

               "Hello!Aku duk terpekik-pekik panggil kau dekat belakang sampai nak terkeluar biji halkum apa kau tau, kau aje yang tak dengar, teringat buah hati ke?"usik Rizz.

              "Eh...dah kenapa!?Merepek la kau ni!Bila masa pulak aku ada buah hati?"sangkal Azael.

Cepat-cepat dia membelek kembali buku Naval terminology  yang berada di hadapannya sambil tangannya memegang sebatang pensel bagi mencatit fakta-fakta penting yang perlu diingati.

               "Dah la kau.....tadi masa kita sama-sama belajar aku tengok kau belek  page sama tu aje....takkan sekarang tak habis-habis lagi?"

Oops! Azael tersengih kambing memandang Rizz.

               "Azael Noah...Azael Noah..apa la dah jadi dengan kau ni?Kau kena concentrate tau tak. Tinggal beberapa hari aje lagi kita nak exam. Jangan nak diingatkan sangat Si Raisya tu.."rakan sebiliknya itu cuba serkap jarang.

Bulat mata Azael memandang rakannya. Hei!Mamat ni kang! Tak sayang mulut betul!

              "Raisya?Bila pula aku berkenan dengan budak gedik tu?"

              "La...kalau bukan dia siapa pulak?"

              "Eee...tak hingin la aku dengan dia..."cebik Azael. Meluat pulak dia apabila teringatkan pelajar perempuan itu yang beberapa hari lalu memberikan surat cinta padanya.

Siapa yang tidak kenal Raisya?Pelajar yang perasan dirinya paling cantik di sekolah itu. Entah mimpi apa Raisya tiba-tiba hantar surat cinta padanya. Bukan setakat dia aje yang terkejut malah seluruh rakan sekelasnya tidak berhenti menyakat dia gara-garanya.

Rizz tersengih memandang Azael Noah yang menarik muncung tidak suka.

              "Kau ingat senang ke nak pikat aku?" ujar Azael sebaik sahaja mengemas sepah di meja.

Geli dia bila teringat dengan ayat-ayat cringey Raisya. Tambah menyampah lagi  apabila setiap kali bertembung, gadis itu tergedik-gedik di hadapannya. Tak ubah macam sea anemone.

Mungkin dia ingat yang aku ni syok la dekat dia bila dia menggeletis macam lintah kena garam kut!Fikir Azael Noah.

Azael Noah sedar, dia merupakan antara pelajar famous di sekolah mereka. Malah disayangi guru-guru dan rakan-rakan.

Selain aktif di sekolah Azael Noah juga memiliki perwatakan yang bisa menarik perhatian ramai pelajar perempuan. Dan Raisya sebahagian daripadanya.

             "Aku bukan tak suka kau couple dengan dia, tapi kalau boleh biar la apa yang penting lepas dulu. Lepas tu lantak la kau nak menonggeng ke tergolek ke...nak terbalik ke buat la."

              "Eew..please la Rizz, boleh tak berhenti kenan-kenankan aku dengan Raisya, geli la..." marah Azael Noah sambil menunjukkan aksi geli geleman.

Rizz hampir pecah perut melihat reaksi Azael itu.

            "Kalau bukan sebab dia siapa pula yang kau asyik teringatkan..?"Rizz mengorek maklumat.

             "Tak ada sesiapa...Dah la....aku nak sambung studi. Kalau asyik bercakap dengan kepochi macam kau, sampai esok pun tak habis.."

             "Eh....aku pulak yang kau kutuk. Alah...buat apa nak pening-pening baca?Dengan otak geliga kau, kau jawab sambil pejam mata pun boleh score punya."

             "Merapu la kau ni!"

             "Betul apa, kau kan pelajar contoh kat sekolah ni. Selama ni pun tak ada sesiapa boleh kalahkan kau."

Rizz beria-ria memuji. Sebagai kawan baik, kadangkala tercalit juga rasa cemburu melihat Azael Noah yang sejak dari awal menunjukkan prestasi cemerlang di dalam sekolah.

Lelaki yang berkulit sawo matang itu juga aktif di dalam persatuan. Tidak mustahil temannya itu mampu mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti.

Kepandaian yang ada pada Azael ternyata bukan datang dengan sendirinya. Rizz selaku kawan baik dan juga rakan sebilik sejak mereka tingkatan tiga lagi mengakui Azael memang seorang pelajar yang rajin menelaah.

           "Jangan kau nak melebih. ASVAB tak sama dengan ujian biasa yang selalu kita buat di sekolah.  Dah....berhenti bercakap dengan aku. Kau buat aku tak fokus.."

          "Ha..yalah. Aku aje la salah. Pelangkung kepala tu dengan kamus tebal kau ni baru tahu...biar ilmu tu melekat terus.."

Azael capai pemadam di situ lalu dilempar tepat ke muka Rizz kerana sebal dengan sikap annoying lelaki itu.

Pakcik Navy I Love You kali ni akan di jadikan UC terus ya. Hanya tiga chapter pertama aje free reading. Terima kasih sudi singgah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience