FLASHBACKS
"Kita akan pulang semula ke rumah nenek kamu, Kairi..."
Sambil melihat ke skrin televisyen bersama semangkuk popcorn, Kairi atas sofa bersila di samping Encik Raiden. Dua beranak itu sedang berehat selepas selesai makan malam sebentar tadi.
Puan Alia di kerusi goyang sebelah sofa dua beranak itu duduk sedang meneliti dokumen dalam tangan. Dokumen yang perlu di uruskan sempena pemindahan mereka kelak. Disebabkan suaminya sudahpun selesai tugas di sini, maka mereka sekeluarga akan pulang semula ke tempat asal memandangkan Encik Raiden Kembali ke post asalnya. Jadi Puan Alia membuat persiapan yang sepatutnya.
"Tak boleh ke kalau Kairi duduk di sini aje..habiskan belajar terus."satu suap popcorn di masukkan ke dalam mulut. Perhatian masa ke skrin televisyen.
Encik Raiden mengangkat tangan lalu direhatkan atas kepala sofa di mana Kairi sedang berada. "Kenapa kamu nak duduk sini...nanti siapa yang nak jaga kamu?"
"Kairi boleh jaga diri sendiri."
"Budak 13 tahun seperti kamu?"Puan Alia menggerakkan bola mata ke kanan. Melirik akan Kairi. "Jangan nak mengada-ngada. Kita semua akan balik bersama. Lagipula datuk kamu dah bising hendak berjumpa dengan kamu.."
Yalah...datuk dia. Tapi ada orang yang pasti enggan menemui dia juga di sana nanti. Terbayangkan wajah itu saja buatkan mood dia tergendala. "Kenapa atuk cari Kai...kan dia ada anak kesayangan dia..."
"Dah kenapa kamu berkata begitu Kairi...adakah kamu masih marah pada pakcik kamu?"
Hmph!Jangan tanya. Kairi menyuap lagi popcorn ke dalam mulut. Keningnya mencerlung tidak puas hati.
"Kenapa ni?Adakah tauhu putih kegemaran daddy ni merajuk?"Encik Raiden mencuit pipi anak remaja itu main-main.
"Apa daddy ni...berapa kali Kai beritahu berhenti panggil Kai tauhu...ingat Kai ni budak kecik lagi ke?"Kairi menepis tangan Encik Raiden.
Encik Raiden tertawa kecil. "You'll be always my little kid Kairi.."ujarnya perlahan.
"Kita balik ya sayang.."pujuk Puan Alia lagi.
Tak nak!Dia tidak mahu pulang ke sana. Sekiranya dia tinggal bersama datuk dan neneknya itu bermakna dia akan menghadap pakcik menjengkelkan dia itu. Paling parah sekali dia pasti akan di jadikan bahan bandingan dengan lelaki tu nanti.
Tak mahu jugak!Dia enggan kembali ke sana lagi.
Lima tahun tanpa pakciknya hidupnya bahagia. Dan sekarang dia perlu kembali semula ke lubuk menakutkan itu. Terpaksa bertentang mata dengan renungan dalam dari pakciknya sepanjang masa. Menjadi target senantiasa.
"Pakcik kamu hubungi mommy semalam. Bertanya tentang keberangkatan kita..sepertinya dia tak sabar nak berjumpa dengan kita semua."tambah Puan Alia dengan senyuman senang di bibir.
" Kamu nak lihat gambar pakcik kamu yang sekarang Kai?"Encik Raiden bertanya di sebelah dengan teruja. "Kamu tahu pakcik kamu dah membesar dengan handsome sekali..lebih handsome dari kali terakhir kita berjumpa.."
Kairi palingkan kepala dengan renungan menyampah. Enggan lihat.
"Mahunya dia nak tengok...saya tunjuk pun dia tak mahu.."beritahu Puan Alia dengan sengih lucu di bibir.
"Kamu masih merajuk pada Azael ke?"Encik Raiden capai popcorn dari mangkuk lalu di suap ke mulut semasa menala perhatian ke skrin televisyen dimana siaran kegemaran Harry Potter Kairi sedang di mainkan.
Kairi kembali memandang ke depan tidak mengatakan apa-apa. Dia bukan merajuk...dia cuma sedih saja. Hari tu semasa dia hendak bertolak, bukan saja Azael tidak menemuinya malah lelaki itu tidak mengucap selamat tinggal kepadanya. Jadi Kairi berangapan sejak awal lagi Azael memang tidak pernah menyenangi dirinya ini.
"Sudah...sudahlah merajuk kamu tu. Kisah lama pun..takkan la kamu masih marahkan pakcik kamu."
END OF FLASHBACKS
Bip!
Bip!
Bip!
Pada masa bunyi jam loceng di jam digital putih atas night stand berkumandang serentak apabila pintu bilik di tolak ke dalam. Puan Erissa berjalan masuk ke dalam bilik lantas mendekati katil dimana cucu gadisnya sedang baring meniarap di atas katil.
"Kairi Anne Raiden...masa untuk bangun. Kamu perlu ke sekolah.."langsir jendela menghadap tepi katil itu diselak Puan Erissa semasa dia berkata.
Seusai itu dia berpaling. "Kamu akan lewat hari pertama kamu ke sekolah nanti Kairi. Lekas..."
"Lima minit..."ngerang Kairi memalingkan kepalanya dek kesilauan. Ugh!Kenapa mereka di sini begitu iri dengan dirinya ini. Tak boleh ke berikan dia masa lebih untuk berehat. Penat dia belum hilang lagi!
Tiga hari lepas Kairi tiba di situ, namun tidak lama tiba ke situ Puan Alia dan Encik Raiden sudahpun terus melapor diri ke tempat kerja masing-masing. Puan Alia sebagai ketua sekuriti di Jabatan Sekuriti Negara. Sementara Encik Raiden merupakan Vice Admiral dalam navy. Maka kedua-dua itu terus masuk bertugas sehari selepas tiba.
Puan Erissa menarik selimut dari badan Kairi sebelum menarik lengan gadis 13 tahun bangun dari perbaringan. "Datuk kamu sudah tunggu di bawah. Lekas bersiap kemudian sarapan. Nanti datuk kamu hantar kamu ke sekolah..."beritahunya menguak rambut hitam berkilat Kairi dari menutup wajah manisnya.
Beberapa tahun yang lalu dia melihat Kairi sebagai seorang anak berambut pendek dan berkelakuan seperti budak lelaki.
Namun begitu selepas lima tahun berkelana di negeri orang, penampilan Kairi sudah berubah sepenuhnya. Rambut Kairi sudah panjang paras dada dan beralun-alun. Wajah yang dulu gelap kerana terlalu banyak berjemur kini putih mulus, sepasang mata bundar dengan bulu mata yang lentik. Dan hidung mancung. Pipi itu berona merah semula jadi. Cucunya ini telah membesar menjadi seorang gadis yang jelita.
"Tak boleh ke Kai masuk sekolah biasa?"benci la. Dekat sana sekolah tentera, dekat sini pun masuk sekolah tentera. Hahhhh~~~
"Daddy kamu yang telah mengaturkannya...sudah. Jangan berlengah. Bangun lekas. Nanti kamu di sekolah, pakcik kamu ada. Nenek dah beritahu kepada pakcik kamu.."
Huh?
Pakcik?
Elok Kairi berasa mengantuk dan mamai bila dengar aje akan pakcik dia, matanya terus terbuka luas. Ya tak ya!Dia hampir terlupa yang kali ini dia bakal belajar di tempat sama dimana pakciknya belajar!
"Tak perlu!"cepat-cepat Kairi dongak memandang nenek. Dia tersengih cuba mengambil hati. "Kai uruskan diri sendiri. Nenek tak perlu susahkan pakcik untuk temankan Kairi."gila ke nak dia bertemu dengan pakciknya itu. Lima tahun kut!Lima tahun mereka tidak bersua apalagi bertegur sapa!Obviously akan ada banyak perubahan yang mana dia yakin mereka pasti akan berasa kekok kalau bersua semula!
"Apa kamu katakan ni, sudah tentu la perlu. Nanti kalau ada apa-apa bagaimana. Kamu pula baru mula belajar di situ....jangan risau. Pakcik kamu tak kisah."
Ahhhh!
Tak nak!
Kairi berkerut kening cuba hendak protes tetapi tiada kata-kata yang lepas dari mulut saat itu. Nampaknya tak dapat la dia mengelak dari bertemu dengan pakciknya nanti!
IBARAT bakal berdiri di hadapan orang untuk membuat ucapan, Kairi berpeluh dingin di kedua belah tapak tangan semasa masih duduk di kerusi seat kereta. Tidak bergerak sejak mereka tiba di depan pintu pagar sekolah.
"Apa kamu tunggukan...keluar la. Pakcik kamu sedang menunggu kamu di dalam."beritahu Encik Edwin di sebelah.
Kening yang tidak gatal digaru gemuruh. Well...bukan dia taknak keluar, badan dia yang taknak bagi kerjasama sekarang ni!Kairi pandang wajah datuknya buat seketika. "Kan Kai beritahu, tak perlu. Apa kata atuk suruh pakcik masuk aje terus. Kai akan ke pejabat dan uruskannya semua sendiri. Hm?"
"Hahaha...kenapa kamu ni. Sudah...lekas keluar."Encik Edwin menganjak ke tepi membukakan pintu kereta untuk Kairi. "Kamu akan lewat kalau kamu tak masuk sekarang."
Macam mana pula rupa pakciknya sekarang?Dapat ke dia cam?Dapat ke lelaki tu mengecam dia?Adakah lelaki tu akan mentertawakan dirinya?Hah!Memikirkan semua itu menambahkan rasa gemuruh yang menggunung di dalam dada.
"Kalau macam tu Kai masuk dulu. Bye.."Kairi anjak ke Encik Edwin mengucup pipi tua itu sebelum melangkah keluar dari situ.
"Bye...nanti balik atuk ambil kamu ya...belajar baik-baik ya!"Encik Edwin melaung dalam kereta.
Kairi terus berjalan ke arah pintu pagar sewaktu mendengarnya. Tangan dia memegang tali beg galas di kedua belah. Huuu!Aku boleh lakukannya!Ucap Kairi untuk menghilangkan rasa gemuruhnya. Kalau degupan jantung dia ni boleh didengari, pasti ramai orang akan memandangnya!
Beberapa orang pelajar yang sedang berjalan masuk Ketika itu berselisih dengan Kairi. Membuatkan mereka terus mengerling ke gadis yang mengikat rambut tinggi ke belakang tersebut. Seperti kali pertama melihat seseorang, mata mereka tidak berhenti dari memerhati belakang kepala itu kerana ingin tahu.
Hampir tiba di laluan masuk Kairi bertembung dengan dua orang pengawas bertugas. Ingatkan dirinya tidak akan ditahan, sekali tu memang di tahan.
"Di mana nametag?"seorang pengawas perempuan berambut bob cut mengetuk dada kiri berkot Kairi semasa berkata.
Mata Kairi pun tunduk memandang ke tempat pen tadi diketuk sebelum ke pengawas di hadapannya. Rasanya semua boleh nampak dengan jelas yang dia ni Budak baru. Kenapa pengawas ini tanya soalan yang sudah terang lagikan bersuluh.
"Saya student baru.."beritahu Kairi.
"So?Semua budak baru ada nametag sebelum masuk...tak tahu ke?"
Mata bundar Kairi berkedip-kedip kerana dia tidak terkata dibuat kenyataan itu. Well!Sebab itulah dia kena masuk ke dalam dan naik ke pejabat untuk dapatkannya Sherlock!
"Siapa nama kamu?"pengawas lelaki bercermin mata pula bertanya dengan tangan bersedia hendak mencatit pada buku rekod disiplin yang dipegang.
Pernah tak dengar orang mati sebab kena carut?Kairi pandang pengawas di depannya dengan riak berserah tak percayanya. "Nama saya-"
"Kairi!"
Melompat sedetak jantung apabila suara familiar menyapa gegendang telinganya. Tanpa sedar Kairi menahan nafas sewaktu dua pengawas di hadapannya berpusing ke belakang kerana panggilan itu.
Bila mereka pandang, di situ berdirinya seorang lelaki segak yang lampai memandang tepat ke arah Kairi.
Mulut Kairi terbuka sedikit kerana begitu terpegun melihat lelaki lampai tersebut jalan berarak mendekati mereka. Sejak bila pakcik dia ini begitu tinggi?Apa yang lelaki ni makan sampai muka pun flawless habis! Tak aci betul!
Macam mana Azael Noah kelihatan sedikit pun tiada yang berubah!?
Kairi berkerut kening sejurus itu.
"Senior Azael..selamat pagi."bpengawal perempuan itu tersengih manja sambil menyelak rambut ke belakang telinga.
"Ah-ya... selamat pagi.."Berdiri sahaja Azael menghadap Kairi dan dua orang pengawas itu, lelaki itu tersenyum sebelum menarik Kairi ke dalam pelukan. "Selamat pulang..."ucapnya di tepi kepala Kairi dalam pelukan itu. Lengan itu erat melingkar kesekeliling tubuh kecil yang paras dadanya saja.
Serentak itu kedua-dua pengawas dan pelajar yang lalu Lalang di situ pandang dengan mulut menganga tergamam. Apa yang sedang berlaku ni?Senior mereka peluk pelajar perempuan?!
Sementara Kairi yang dipeluk pandang ke depan dengan nafas tertahan dek tindakan mengejut Azael ketika itu.
Dah kenapa pakcik dia ni berkelakuan macam lega bertemu dengan dia!?Adakah lelaki ni sengaja nak tunjuk baik!? Apa patut dia lakukan?Tolak?Balas pelukan ni?Marah?Apa?Apa patut dia buat!Kekoknya tidak dapat digambarkan!
Mana yang baru jumpa NOVELPLUS dan tak tahu macam mana nak bukak chapter guna coin dan mcm mana nak beli coin. Firstly pergi dekat profile. Cari togel Top-up. Dekat situ pilih mana-mana pakej coin yang dikehendaki. Second pergi ke mana2 buku yang di UC kan. Kemudian tekan 'READ'. Kemudian tengok dekat togel bawah skrin dgn perkataan 'CONTENT'. Dkt situ ada chapter yang dimangga. Tekan aje chapter yang dimangga. Nanti akan dibuka secara automatik menggunakan coin yang di beli tadi.
Share this novel