Bab 3 : 19 tahun dan 15 tahun

Action Completed 25631

Dua tahun kemudian...

Sinar Mentari pagi tegak di atas kepala dikala kesemua pelajar dari Akademi Tentera Muda berhimpun. Terdiri daripada pelajar berusia 13-19 tahun. Separuh barisan merupakan pelajar lelaki, separuh barisan merupakan barisan pelajar perempuan. Di hadapan tapak perhimpunan berdirinya para tenaga pengajar dan staf bertugas. Sementara pengawas yang mengenakan uniform merah merun berdiri di sekeliling tapak perhimpunan. Ada juga yang berdiri di setiap barisan belakang dan depan pelajar.

Seperti biasa di hari Isnin  kesemua pelajar dari tingkat tiga, empat, lima dan tingkatan enam akan berkumpul dan mengadakan perhimpunan rasmi mingguan mereka.

Akademi Tentera Muda  merupakan sebuah sekolah khas yang ditubuhkan buat anak-anak tentera. Disebabkan ianya khas untuk anak-anak tentera, pembelajaran yang diberikan juga adalah serba serbi ala ketenteraan. Dari disiplin, peraturan dan segala jenis perkara mengenai ketenteraan diselitkan sekali. Jadi bagi pelajar-pelajar yang mungkin berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam ketenteraan dengan mudah mereka semua akan diserap ke Akademi Latihan Tinggi Ketenteraan

                "Huaghh..."nguap Laila di barisan sebelah, kelas 3 Panglima dengan letih. Mata terkedip-kedip lesu kerana di awal pagi lagi kena menghadap perhimpunan. Hari Isnin lagi tu. Rasanya seluruh manusia di tapak perhimpunan sekarang merasakan perkara yang sama. Sekali sedang dia mengerling bosan hadapan perhimpunan, matanya tertancap pada susuk lampai yang sedang berdiri tegak di tepi pentas.

Keningnya terangkat tinggi.

Uish!

Senior handsome la!

                 Bersama sengih di bibir, Laila memalingkan kepala ke sisi, memandang jiran barisannya. Kelas 3 Laksamana. "Psst!Kairi.."bisiknya.

                 Kairi Anne pun berpaling. Mata bundar itu berkedip ingin tahu. "Kenapa?"

                 "Hari ni kau balik dengan pakcik kau lagi ke?"bisik Laila menjuih bibir ke pelajar senior dari tingkatan enam yang sedang berdiri di tepi pentas tadi.

Bersama renungan bosannya, Kairi mengerling ke arah yang dijuih Laila. Seperti tahu-tahu dia memandang ke arah itu, empunya badan juga menggerakkan kepala dan terkunci mata dengannya. Aik?Bolehnya pakcik seorang ni perasan eh? Kening Kairi berkerut.

Ish!Buat hilang mood dia aje la pandang muka tu pertama-pertama pagi begini!

                 "Kenapa?Kau nak ajak aku keluar lepak dekat kafe lagi ke?"Kairi berpaling ke sisi. Berbisik kepada Laila semula.

                 "Kalau kau tak balik dengan pakcik kau, teman aku dating nak?Adam ajak aku keluar lepas kelas nanti.."pelawa Laila menarik sengih kerangnya. Tergedik-gedik Laila menepuk lengan Kairi kerana teruja.

                 "Dating?"melotot mata Kairi. "Kau ni biar betul?"

                 "Ya.."Laila mengangguk kepala.

                  "Bukan ke Adam tu form 5?Kau tu umur pun belum lepas 15 tahun dah  ada teman lelaki?"Kairi berbisik lagi.

                  "Hehehe...boleh la..kejap aje.."Laila mencubit lengan baju putih Kairi sambil membuat muka merayunya.

Punyalah asyik mereka berdua berborak, rupa-rupanya pada masa itu seorang pengawas perempuan sedang berjalan mendekati mereka. Sesampai saja di celah barisan tersebut, pengawas itu berdehem keras.

                   "Ehem!"

Melompat terkejut Laila dan Kairi serentak memaling kepala masing-masing ke belakang bahu.

                   "Dua-dua keluar barisan. Berdiri dekat belakang."arah pengawas tingkatan lima itu kepada Laila dan Kairi silih ganti. "Bercakap semasa berhimpun."

Laila ternganga.

Sementara Kairi sudah membuat muka berserahnya.

Ugh!

What a perfect day to start.

SEUSAI BACAAAN ikrar dan nyanyian lagu kebangsaan,pembacaan ikrar di mulai kemudian pengawas bertugas akan memberi ucapan pembukaan lalu diikuti dengan ucapan guru bertugas, penyelia pagi dan pengetua.

Dua jam perhimpunan dilangsungkan dua jam juga mereka semua berdiri.

Selesai perhimpunan Kairi dan Laila diberi amaran dan teguran untuk kesalahan disiplin mereka itu. Hendak tak hendak terpaksa la tunduk kepala, gigit lidah dan mengangguk mengalah setiap bebelan guru disiplin mereka sampaikan.

Sebagai denda, mereka berdua diberi pilihan sama ada menerima penalti atau mengutip sampah sekitar kantin. Yang mana mereka berdua pilih untuk menerima penalti.

SLAP!

                    "Nyah!Kau punya pasal aku kena penalti.."Kairi memukul belakang badan itu kegeraman.

                   "Adoi....sakitlah!"Laila terkulat-kulat menahan sakit di belakang badannya. Pedas betul tamparan Kairi ni.

Mereka berdua berjalan keluar dari bilik disiplin secara berdua menyusuri koridor tingkat tiga itu dengan wajah bercemberut.

                    "Kenapa kita tersadai dalam sekolah anak-anak tentera ni?Petak aku dibuatnya dengan disiplin yang ada dekat sini?Itu tak boleh, ini tak boleh, buat ini salah, buat itu salah.."bebel Laila lagi.

Kairi tidak memberi sebarang komen mengenainya. Cuba la berada di tempatnya selama 13 tahun ini. Agaknya apa yang Laila akan keluhkan? Dia termenung memandang ke depan ingin segera masuk ke kelas kerana waktu pertama dia adalah kesan Earth Science. Kalau lambat masuk ni mahunya kena leter dengan guru sainsnya.

Semasa mereka tiba di hujung koridor di mana anak tangga berada, mereka bertembung dengan tiga orang pelajar lelaki dari tingkatan enam. Masing-masing segak mengenakan necktie biru tua dipadankan dengan kemeja lengan pendek navy blue dan slack hitam.

Disebabkan mereka berjalan dari arah bertentangan di koridor itu, masing-masing cuba gerak hendak ke tepi. Namun bila Kairi dan Laila gerak ke kanan, mereka pun gerak ke kanan, bila tiga orang pelajar lelaki itu gerak ke kiri Kairi dan Laila pula yang gerak ke kiri tanpa sengaja.

                  "Haish!"Kairi menjeling geram akan lelaki lampai dihadapannya dengan kening mencerlung. Sengaja ke apa ni?

                   Laila dekat sebelah sudah tersipu malu. Muka memerah seperti buah epal. "Maafkan kami senior.."ucapnya kepada lelaki paling hadapan sekali ketika itu.

                    "Hahaha...kau orang tak nak bagi kita orang lalu ke apa ni?"

                    "Eh...Kairi ke?Ingatkan siapa tadi?"pelajar tingkatan enam bercermin mata paling depan sekali itu bersuara.

Mata Kairi mengerling ke lelaki disebelah abang senior bercermin mata itu sebelum menundukkan pandangan ke bawah. Apa-apa aje la, boleh ke tepi tak?!

                    "Kenapa kamu ada di sini Laila?"suara dalam itu buatkan Kairi mengetap bibir.

                     "Ha?Itu...heheh...tak ada apa-apa."Laila mencubit belakang baju Kairi sebelum menyorok sedikit di belakang badan sahabatnya itu. Bolehnya dia bertembung dengan pakcik Kairi di sini. Sudahlah senior mereka yang seorang ini menakutkan sekali.

                     "Kairi?"panggil Azael.

Pantas Kairi mengangkat mata. Memandang lelaki yang dipanggil sebagai Azael Noah, 19 tahun. Pelajar tingkatan enam dan juga pakciknya. Secara teknikal tapi bukan secara biological. Sebabnya pakciknya ini merupakan anak angkat kepada datuk dan nenek belah ibunya. Dibela sejak umur 10 tahun lagi sehingga sekarang. Kenapa?Entah...tak pernah nak ambil tahu, jadi Kairi tidak pernah bertanya lanjut. Sebab masa pakciknya bersama dengan keluarga mereka dia masih kecil. Dan juga manusia paling dia tidak sukai.

                     "Kau orang berdua buat masalah lagi ke?Perasan tadi masa dekat tapak perhimpunan kena tarik dengan pengawas ke tepi?"

Semakin merah muka Laila bila senior bercermin mata tadi memandangnya semasa berkata begitu. Aduh!Aduh! "Ha..iya."boleh pula mereka ketahuan?Hebat betul mata mereka ni masih juga sempat mengerling masa perhimpunan tadi.

                     "Hahahah....tak apa. Kecik-kecik ni kena buat masalah sikit. Biar jadi kenangan, ya tak Azael?"

                     "Kau jangan nak menggalakkan dia orang Rizz."Azael menegas pada rakan bercermin matanya itu.

                     "Haih...kau ni. Jangan la serius sangat. Kesian dekat anak saudara kau hah ni..."kerling Rizz kepada Kairi mendiam sejak tadi. Masakan tidak, semua orang dalam sekolah ini tahu betapa terlau melindunginya Azael pada Kairi. Apa saja mengenai Kairi amatlah dititik beratkan oleh Azael. Sampaikan jemput balik sekolah pun Azael yang uruskan.

                    "Boleh saya pergi sekarang?Kelas saya dah mula ni?"pintas Kairi perlahan enggan lama-lama di situ. dia tidak suka.

                     Laila ikut mengangguk kepala dengan laju. "Betul-betul..."

                     Azael pun gerak ke tepi memberi laluan. "Balik nanti jangan merayau. Tunggu dekat tempat biasa."beritahunya setelah itu.

Tidak memandang atau menyahutnya, Kairi jalan bersama Laila melepasi tiga orang lampai itu tanpa berlengah. Keningnya ikut mencerlung selepas mendengar kata-kata itu.

                    "Kenapa kau garang sangat dengan Kairi...dia kan budak lagi?"ujar Musa di belakang apabila mereka mengatur semula langkah.

Azael tidak menjawab.

                    "Mana dia tak garang, kan tahun ni tahun last Azael dekat sekolah. Nanti dia dah tak ada lagi dekat sini. Itu yang dia tekankan Kaira cukup-cukup."seloroh Rizz dengan sengih meleretnya.

                    Musa ketawa kecil. "Apa yang nak di risaukan..kau patut lega sebab berhenti jadi pak guard anak saudara kau tu..."

                    "Dah la kau...kalau nak merepek baik kau  cepat masuk pejabat mintak borang keluar. Aku ada banyak kerja nak buat dari hadap perangai pelupa kau ni..."getus Azael enggan memanjangkan perbualan mereka.

                    "Hahahah....nasib baik la ada kau Azael...dah la handsome, pandai bawak kereta lagi tu...bertuah aku dapat kau jadi kawan aku kan?"Musa menyakat lagi.

                    "Hah...sekejap aje kita nak habis belajar kan. Pejam celik aje masing-masing dah ada haluan mereka."hela Rizz dengan Panjang semasa jalan dengan tangan menyeluk poket seluar. Memandang ke depan.

                    "Oh ya...aku dengar kau apply untuk Latihan ketenteraan di akademi Diraja Laut betul ke?"Musa menjengah tepi muka Azael. "Cikgu cakap dengan aku masa aku hantar borang pilihan kerjaya semalam."

Azael mengangguk.

                    "Wah...hebatnya sahabat aku ni...aku pun nak cuba apply sekali. Aku dengar Latihan Navy dekat situ lama."Rizz berpaling ke belakang sekejap semasa berjalan ke depan.

Pandangan mata Azael dilemparkan ke arah langit cerah di tingkat tiga bangunan sewaktu dengar. Melihat burung terbang melayah membelah langit.

                   "Enam tahun.."beritahu Azael perlahan.

                   "Tak apalah. Kalau dah minat. Aku yakin kau boleh tahan."beritahu Musa. "Kan?"

Lantas Azael palingkan kepalanya ke sisi. Memandang wajah Musa sedang tersenyum kepadanya. Memang la dia boleh tahan. Tapi enam tahun tu apa-apa boleh terjadi.

TAMAT kelas pada tengah hari itu, Kairi keluar bersama Laila dari kelas lalu menuju ke pintu pagar Utama. Keluar sahaja dari situ, sempat mereka singgah stall kecil yang bertapak depan jalan pagar Utama sekolah.

               "Wahh...sedapnya. Ada sate!"laung Laila dengan teruja. "Aunt May bungkuskan saya lima cucuk."beritahunya mengocek dompet dalam beg sandangnya.

Kairi di sebelah sedang menyedut air kotak yang dibeli dari koperasi sekolah tadi. Biasanya yang suka membeli makanan di gerai kecil ini adalah Laila. Disebabkan Kairi ada masalah alergik pada sesetengah makanan, dia agak berhati-hati dalam bab pemilihan makanan. Walaupun teringin ,dia tidak dapat mengambil risiko.

                "Hah..Kairi..kamu tak nak apa-apa ke?"soal Aunt May saat menyerahkan beg kertas berisi sate yang dipesan Laila tadi.

                Sambil tersenyum lebar, Kairi menggeleng kepala. "Tak apa. Lain kali.."beritahunya.

                "Terima kasih aunt!"ucap Laila menyerahkan wang kepada Wanita berusia 45 tahun itu.

                "Ya..ya..."

Mereka kemudiannya berdiri di tepi bahu jalan. Berteduh sama dengan pelajar lain di bawah pohon rendang tepi tembok sekolah. Menunggu.

                 "Kau sure kau nak keluar dengan Adam berdua hari ni?"Kairi payungkan tangan ke atas dahi kerana silau dibuat cahaya matahari tengah hari.

                  "Tak jadi kut..sebab tak berani aku keluar sensorang. Kalau ada teman tak apa jugak."geleng Laila.

Kairi mengetap bibir nipis. Kalau la Azael tidak menjemputnya hari-hari pasti dia dapat luangkan masa bersama Laila. Haih.....

PIN!

                   "Eh kau pin aku pin!"latah Laila hampir hendak mencampak sate yang sedang dipegang gara-gara hon kereta yang berbunyi. Sekali bila dia pandang ke tepi, sebuah kereta hitam parkir betul-betul dihadapan mereka. "Hah..dah datang komando kau tu.."selorohnya menyinggul bahu Kairi sambil tu.

Komando la sangat.

Bossy ada la!

Bersama mimik muka tidak sukanya, Kairi pandang saja kereta di depannya tanpa bergerak sehinggalah cermin seat penumpang depan turun ke bawah. Muncul la seraut muka itu.

Sampai sekarang dia masih tidak faham. Kenapa Azael lakukan semua ni kalau lelaki ini tidak pernah menerima dirinya sebagai ahli keluarga?Adakah Azael lakukan semua ni kerana datuk dan neneknya semata?

                   "Menungkan apa?Masuk la.."beritahu Azael dalam kereta.

Nak masuk la ni. Tak menyabar!

                   "Okay la..Laila..aku balik dulu. Sorry kalau aku tak dapat temankan kau."beritahu Kairi meramas sekejap tangan kanan Laila sewaktu bergerak membuka pintu kereta.

                    "Heheheh....tak apa. Jumpa esok!"lambai Laila dengan riang. "Bye senior.."tunduknya sedikit untuk memandang Azael.

                     Azael hanya perhati sehingga Kairi duduk di seat sebelah pemandu itu. "Seatbelt."arahnya semasa menaikkan cermin kereta.

Tanpa mengatakan apa-apa Kairi memasang seatbelt lalu menopang pipi kanannya dengan tangan kanan. Termenung melemparkan pandangan ke arah luar tingkap. Hmph..sekejap aje lagi. Nanti lepas Azael tiada di rumah dan sekolah, hidupnya akan bebas dari kekangan lelaki ni. Dan selepas itu dia boleh lakukan apa saja yang dia mahukan!

FLASHBACKS

                "Azael tak nak jadi pakcik Kairi!"marah remaja berusia 12 tahun itu dengan berang.

               "Jangan la begitu. Kenapa kamu nak marah macam ni Azael.."pujuk nenek. "Ibu cuma beritahu, kamu adalah pakcik kepada Kairi. Jadi tak hairan la kenapa kamu kena jaga dia...takkan itu pun nak marah."

               "Azael tak nak Kairi jadi anak saudara Azael. Saya tak suka!Kenapa saya kena jadi pakcik dia!?"

               "Yalah sebab kamu anak ayah dan ibu.."beritahu datuk pula. "Kairi cucu kami. Jadi kamu adalah pakcik dia.."

Waktu ini Kairi sedang berdiri di tepi tiang. Bersembunyi dengan perasaan hairan bila dengar namanya di sebut-sebut dengan marah oleh Azael. Kenapa?Kenapa Azael tidak menyukai kenyataan yang dia ini adalah anak saudara lelaki tu?Kalau tak suka dia jangan la menjerit pada datuk dan neneknya begitu.

                "Tak nak!Azael tak suka!Azael tak nak Kairi jadi anak saudara Azael!"

END OF FLASHBACKS

Kairi tunduk memandang akan coklat yang dia beli dengan duit simpanannya sebagai hadiah perpisahan dia sebelum iku mommy dan daddy berpindah ke luar negara. Niatnya mahu menemui Azael untuk minta maaf memandangkan dia akan bertolak esok pagi. Tak sangka pula lain yang dia dengar!

Kairi duduk sandar ke belakang pula. Tangan yang menopang ke pipi tadi dijatuhkan ke bawah.

Cubalah bayangkan budak umur 8 tahun mendengar semua tu?Trauma tak trauma tu! Sah-sah la dia jadi trauma. Jadi Kairi segan nak bertegur sapa dengan lelaki yang selama ini tidak menerima kenyataan yang dia ini adalah anak saudara. Buruk sangat agaknya dia ni sampaikan Azael tak nak terima dirinya ini sebagai anak saudara. Walaupun kisah itu sudah bertahun lama berlalu, Kairi masih terkesan. Dan ianya buatkan dia berasa tidak suka setiap kali berada dekat dengan Azael. Bukan sebab dia tidak selesa, dia risau sekiranya Azael yang tidak selesa berada dekat dengan dia.

Menambahkan lagi rasa tidak suka dia adalah, Azael sentiasa bagus dalam semua perkara. Sering di sanjung bangga oleh keluarganya yang lain. Azael itu la Azael ini la...semuanya Azael. Anak emas keluarga besar enam beranak Edwin George.

Nak dijadikan ceritanya, datuk Kairi iaitu Edwin George teringinkan anak lelaki. Disebabkan kelima-lima anaknya adalah perempuan. Maka Puan Erissa Louis yakni nenek Kairi ambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Lalu hadirlah Azael Noah ke dalam keluarga mereka ini. Semasa Azael di bawa masuk ke keluarga ini, kebetulan ibu Kairi iaitu anak sulung antara lima beradik. Kairi menjadi cucu sulung dalam keluarga besar ini.

Disebabkan itu sepanjang Kairi membesar dia membesar sama dengan Azael walaupun Jarak usia mereka yang jauh. Sehinggalah satu masa tu. Hubungan mereka terus menjauh seakan ada dinding yang menyempadankan mereka berdua.

Kairi menjauhkan diri dari Azael selepas dapat tahu yang Azael membencikan hubungan mereka berdua. Sebab dia tak nak disebabkan dirinya ini datuk dan neneknya susah hati. Itu la yang buatkan Kairi tidak suka jika berada dekat dengan Azael.

Pertama sebab dia tahu Azael tidak suka pada dia.

Kedua sebab Kairi segan dengan Azael. Sebab dulu dia suka buat perangai setan seperti jantan dia masa kecil. Sekarang bila dan menginjak remaja, dia mula sedar diri sikit. Sikit sajalah, tak adalah sepenuhnya. Tapi perasaan malu tu  tetap ada.

Ketiga, Azael nampak menakutkan bila pasang muka serius. Yang hairannya lelaki ini boleh tersenyum pada orang lain tapi bukan dia. Nampak sangat la dia ini adalah orang yang tidak disukai!

Keempat dia tak pandai bercakap banyak jadi tak tahu nak cakap apa bila berdua dengan Azael. Membuatkan suasana mereka berdua sangatlah Kekok sekiranya mereka berdua saja. Jadi kalau boleh dia enggan berada di suatu tempat yang sama dimana Azael berada.

                "Kairi...ni saya nak tanya.."

                 Kairi mengedipkan mata. Segan-segan dia palingkan kepala ke sebelah. Nak apa pulak ni? "Apa dia?"

                "Kenapa Kairi ke bilik disiplin pagi tadi?"tanya Azael memegang stereng kereta dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi di topang pada tingkap pintu kereta untuk menggaru kening.

                Kening Kairi terangkat. Hah?Ingatkan tak perasan. Perasan jugak rupanya. "Macam mana pakcik tahu?"soalnya kekok. Hah!Susah betul nak gelar Azael ni pakcik memandangkan lelaki ni benci jadi pakcik dia. Tak kira berapa masa sudah berlalu. Kairi sentiasa berasa kekok untuk menggelarkan Azael, pakcik.

                "Sebab pagi tadi saya nampak dari jauh awak keluar bersama Laila dari bilik disiplin."

                Seraya mendengar jawapan itu Kairi mengerling ke luar tingkap kereta. Ya sah-sah sebab dia buat salah la. Apa lagi!itupun ditanya lagi. Kairi mengetap bibir entah kenapa dia rasa macam tak kuasa nak menjawab."Kena denda sebab bercakap masa perhimpunan."jawabnya acuh tak acuh. Pasti Azael akan bawa mulut pada kedua orangnya tua dia nanti.

                  "Sebab itu aje?"

Yalah. Sebab itu aje la. Apa!?Ingat dia ni nakal sangat ke sampai ada alasan lain kenapa dia dekat bilik disiplin? Kairi pandang semula ke depan sebelum mengangguk kepala.

                   "Stay out from trouble. Understand? Kalau sekarang saya boleh cover semua kesalahan Kairi nanti bila saya tiada lagi, kamu perlu uruskan diri kamu sendiri dan selesaikan masalah kamu itu.."pesan Azael.

                    Dulu semasa Azael duduk di asrama, tak adalah hidupnya terkongkong begini. Cuma sejak tahun lepas la Azael sudah seperti pengawal peribadinya di sekolah. Mama dengan ayah dia pun tak pernah nak berleter. Azael aje yang rajin nak mengarah dia itu dan ini. Sabar kan aje la. "Ya tahu."dia memang tidak bercakap banyak jika bersama Azael.

Azael kembali fokus kepada pemanduannya. Dalam diam sempat dia mengerling ke tepi muka Kairi di sebelah. Susah sungguh hendak mendengar Kairi bersuara. Sepatah yang ditanya, Sepatah itu sajalah buah bicaranya. Hmm...kalau orang lain boleh pula Kairi riang berborak. Kalau dengan dia, mulut ibarat dikunci. Berat sungguh hendak berbual dengan dia!

Terima kasih sebab baca! Update akan diberikan seperti berikut. Hari : Setiap Hari Bab : Satu bab satu hari. Jam : Tak tetap. Kadang pagi, kadang petang kadang malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience