Imbas Semula

Action Completed 25631

Beberapa tahun sebelum....

KAIRI ANNE adalah anak tunggal dalam keluarga yang kebanyakkan ahlinya adalah perempuan. Dari makcik saudara sehinggalah sepupunya. Kesemuanya adalah perempuan. Tiada seorang pun lelaki yang lahir dalam keturunan keluarga besar tujuh beranak Encik Edwin George dan Puan Erissa Louis.

Mereka dikurniakan lima orang anak perempuan. Dan kesemua anak perempuan selepas berkahwin juga melahirkan anak perempuan. Maka disebabkan keinginan Encik Edwin untuk memiliki seorang lelaki dalam keluarga besar mereka itu lelaki tersebut ambil keputusan untuk mengambil seorang anak angkat lelaki.

Azael Noah merupakan anak lelaki kepada kenalan rapat Encik Edwin. Oleh kerana Encik Edwin berkenan maka lelaki itu telah menjadikan Azael sebahagian keluarganya pada usia Azael 10 tahun. Di ambil sebagai anak angkat pasangan tersebut.

Kebetulan pada masa yang sama Kairi Anne baru sahaja berusia 6 tahun. Disebabkan Encik Edwin dan Puan Erissa tinggal bersama dengan anak perempuannya iaitu ibu Kairi, so basically Kairi membesar bersama pakcik angkatnya itu.

Disebabkan jurang usia mereka yang berbeza itu Kairi tidak gemar dengan pakciknya yang seorang ini. Bukan disebabkan usia saja yang menjurangkan mereka, tetapi perbezaan sikap dua orang ini umpama air dan minyak. Azael terkenal dengan sikap acuh tak acuhnya. Sementara Kairi sukar untuk digambarkan.

Kawasan padang di hadapan kawasan perumahan sibuk dengan kanak-kanak seusia 10-12 tahun. Bermain bola sepak pada petang tersebut. Antara ramai-ramai di situ kelihatan kanak-kanak perempuan berambut pendek, berseluar pendek, berpakaian persis kanak-kanak lelaki sedang berlari merentasi padang menyepak bola.

                 "Kai!Mana adil!Aku suruh kau pass dekat aku kan!"teriak seorang budak lelaki berkepala botak di belakang.

Tidak mendengar jeritan itu Kairi berlari pecut menuju ke gol. Dia pandang ke depan dengan muka berpeluh dan semangat berkobar-kobar. Kalau bola ini masuk ke dalam gol!Dia akan digelar sebagai ketua kawasan nanti! Heh!

Namun beberapa meter sebelum tiba Kairi sudah jatuh tersungkur akibat di gelecek dengan rakan sepermainan dari pasukan lawan. Kakinya tersandung lalu tubuhnya menjunam ke depan sebelum berguling atas rumput hijau di situ.

                  "Agh!" Kairi mengaduh sebaik saja dia meniarap betul-betul di hadapan sepasang kaki.

Huh?

Keningnya berkerut menahan sebu yang dirasai sewaktu kepalanya perlahan-lahan mendongak ke atas. Ingin melihat siapakah yang berdiri di depannya ketika itu.

Kacau betul!Dia baru aje nak beraksi depan budak hingusan yang selalu membulinya!Boleh pulak dia berguling dekat sini!

Hm?

Kening Kairi berkerut sebaik mendongak.

                "Kata ke kelas tuisyen...kenapa kamu ada di sini Kairi?"suara  tersebut menyapa setelah Kairi pandang ke atas. Wajah serius pakciknya tunduk memandang dia kelihatan serius.

Oh-oh!

Nampaknya ada yang dalam masalah sekejap lagi ni!

Kenapa pakciknya berada di sini?Kerut Kairi sambil bangunkan diri dari situ. Pakaian di badan di tepuk membuang pasir dan rumput yang hinggap padanya. Dia tidak berani hendak pandang muka tu.

Azael melirik penampilan budak perempuan  berusia 8 tahun depannya dari atas ke bawah sebelum melepaskan hela nafas yang panjang.

Apalah nak dia katakan pada budak kicap ni?

               "Jom kita balik."


"Tak nak!"tegas Kairi berdiri menghadap pakcik muda di hadapannya. Sehingga sekarang dia tidak faham. Kenapa daddy dan mommy suruh dia panggil Budak lelaki menjengkelkan ini pakcik.


"Jangan degil boleh tak?Ingat Azael tak ada kerja lain nak cari Kairi setiap hari macam ni?"


"Siapa suruh cari?"


"Atuk dengan nenek Kairi!"


"No!Kairi tak nak balik!?"


"Serius Kairi tak nak?"Azael mencekak pinggang.


"Kenapa Azael suka marah Kairi?Kairi tak suka Azael!Selalu marah Kairi...!"


"Sebab Kairi tak dengar kata!Dan sebab Azael adalah pakcik Kairi."


"Tak!Azael bukan pakcik Kairi!Kairi tak ada pakcik. Kairi ada maksu aje."


Kelam renungan mata Azael mendengar laungan itu. Hati kecilnya sentap. Dia tidak dapat mengawal air mukanya dari kelihatan sedih. "Ikut Azael balik sekarang jugak.."lantas dia menarik kolar hoodie Kairi supaya budak kecil itu mengikutnya sekali beredar dari padang. Makin mereka berlengah makin teruk Kairi dimarahi nanti.


"Ahhh!Tak nak!Nanti mommy dengan daddy marah Kairi!Azael. Please la!"


"Kalau macam tu jangan ponteng kelas tuisyen lagi..."


"Azael suka tengok Kairi kena marah kan!Sebab itu Azael selalu report dekat mommy dengan daddy."protes Kairi cuba menarik kolar hoodie dari cengkam Azael tetapi gagal.

TERNYATA dugaan Kairi Anne tepat. Sebaik sahaja mereka berdua sampai ke rumah, mommy terus menerpa ke arah Kairi. Bukan hendak menerima sambutan biasa yang selalu drama tunjuk, tapi sebaliknya.

                "Anak bertuah!"Puan Alia memiat telinga kanan Kairi. "Ke mana kamu menghilang Kairi?"

Adoi!Telinga aku!

               "Auw..auw..sakit la mommy!"kerut Kairi berjengket kaki apabila telinganya di tarik sakit sewaktu di paksa berjalan masuk ke ruangan dimana datuk dan neneknya sedang berkumpul.

Memangnya kenapa kalau dia keluar bermain sebentar di padang. Bukannya mereka semua tidak tahu mengenainya.

Azael menutup pintu sambil perhatikan belakang kepala Kairi sewaktu ditarik oleh Puan Alia dari situ.

               "Kamu tahu tak betapa risaunya daddy kamu semasa dia cuba cari kamu di pusat tuisyen kamu tadi tapi kamu tiada di situ....mujur la pakcik kamu tahu ke mana kamu pergi....kalau tidak memang polis la jawabnya..."bebel nenek Kairi, Puan Erissa semasa perhatikan cucu perempuannya yang comot dan berpeluh seperti budak lelaki.

Sudah berbuih mulut orang tua di dalam rumah ini gara-gara menasihati Kairi.

Menggeleng kepala dibuatnya melihat cucunya yang seorang ini. Tidak seperti yang lain, hanya Kairi seorang sahaja yang suka buat perangai seperti budak lelaki ini.

               "Ke mana kamu pergi Kairi?"Encik Raiden bertanya.

Kairi memegang telinga yang sedang dipulas itu semasa mengerling ke daddy. Mujur tak cabut telinga dia!

                "Padang..."gerun dia melihat pegawai tentera di hadapannya ketika itu. Sudahlah uniform tentera biru gelap putih itu masih terpasang di badan. Menambahkan lagi rasa gerunnya.

                Mencekak pinggang terus Encik Edwin sebaik mendengarnya. "Kamu bermain bola lagi?"


"Atuk...macam atuk keluar berperang untuk pertahankan tanah air, Kai pun sama....Kai perlu bermain bola tu kalau tak mereka tak jadikan Kai taiko kawasan.."

Dek geram mendengar jawapan itu Puan Alia memulas lebih telinga Kairi. Bertuah punya anak.

                "Auw mommy! mommy! Sakit la..."aduh Kairi lagi apabila pulasan pada telinganya dikuatkan.

               "Tahu pun sakit. Yang kamu ni jadi budak tak tahu nak duduk diam kenapa!?Berapa kali mommy  pesan jangan bermain sendirian di padang sana...bola sepak lagi tu...kamu tu boy ke girl?"

               Encik Raiden menggeleng. "Lihat diri kamu tu Kairi....dari putih tauhu jadi daging masak kicap....apa daddy nak buat dengan kamu ni?"komennya mengenai anak perempuannya yang hangus kerana gemar bermain panas.

                 "Mulai hari ini kamu dilarang keluar rumah. Selain sekolah dan rumah, kamu tidak dibenarkan keluar lagi seperti ini!" tegas Puan Alia.

                 " Alahh....Mommy!"rengek Kairi sempat menjeling ke arah pakciknya di tangga. Seperti biasa, lelaki itu hanya membuat muka tenang tidak kisah setiap kali dia dalam masalah!

Ugh!

Bencinya!

Sejak dulu lagi dia tidak menggemari kehadiran pakciknya di dalam rumah ini. Entah kenapa hidupnya tidak pernah senang selepas pakciknya ini mula masuk campur apa saja urusan kerjanya.

Mana dia pergi diberitahu, apa yang dia lakukan diberitahu, gagal dalam peperiksaan dimaklumkan. Memangnya lelaki ni tiada kerja lain apa selain menyibuk tentang hidupnya.

             "Menungkan apa lagiLekas naik ke bilik kamu!Bersihkan badan kamu tu!Dah kelabu asap macam tu!"tegas Puan Alia dengan kedua-dua tangan mencekak pinggang garang. 

Tidak mahu teruk dimarahi Kairi terus menurut. Dia gerak ke arah tangga lalu bertembung dengan pakciknya itu. Memang disengajakan dia langgar tepi lengan lelaki berusia 12 tahun itu kuat-kuat.

Azael melepaskan hela nafas kesal.

Azael = Are Zil Kairi = K ri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience