Kairi Anne suatu nama milik seraut wajah yang memikat hati. Suaranya yang lembut dan manja menggetarkan dada sesiapa yang mendengarnya. Itulah gadis yang sering di dambakan oleh Azael Noah dan dipuja oleh Rafael dalam diam. nnNamun disebabkan status, perasaan masing-masing terkubur. Sampaikan salah faham pun berlaku antara mereka. Seorang pendiam tanpa banyak kata kerana lebih suka bertindak. Seorang pula jenis yang keras kepala dan tidak mendengar kata kerana ego mengalahkan The Great Wall of China. nnPunyalah jauh menyeberang ke Laut China Selatan, rupa-rupanya jodoh hanya ada di depan mata. nn"Kairi!Di mana kamu...Azael dah sampai ni."nnMemerah seperti buah delima, Kairi langsung tidak berani hendak bertentang mata dengan pakciknya itu. Masakan tidak, dia masih teringat kejadian lampau yang masih tersisa walaupun sudah bertahun berlalu. nn"Ingatkan dah makin dewasa makin tinggi, rupanya makin ketot pakcik tengokkan kamu ni..."nn"Kan?...saya pun ingatkan bila pakcik dah makin tua makin bijak, rupanya makin menyakitkan hati jugakkan pakcik ni..."nnDisebabkan rasa irinya pada anak angkat neneknya a.k.a pakcik dia ini Kairi tidak mahu menemui Azael, tapi lelaki itu seakan menjadi bayang-bayangnya....tak sangka pula, makin di elak malah menjadi suaminya pula!
View All Chapters (Total 27 Chapter)
Update 03 December 2023
2023-12-02
Hari ni tak ada update ya. Tinta baru balik dari program dkt Kem ATM balik2 terus demam. Terima kasih sebab tunggu.
2023-11-30 1 Replies
free reading x ni tinta?
2023-11-30
harap rizz dapat lakukan sesuatu untuk satukan kembali pak cik dan Khai...