BAB 5

Romance Completed 10836

Sabrina mengatur langkah ke meja makan dan meletakkan sepinggan nasi di hadapan Zayd. Kemudian dia mencedok lauk pauk pula. Setelah itu baru dia ambil untuk dia.

Dahulu, tak pernah pula dia terfikir nak layan suami macam tu. Sekarang dia dah ingat, nak tawan suami, kena tawan perut dia. Nasiblah Zayd ni jenis bersenam, tak adalah nak boroi selepas ni. Sabrina bertekad nak masak sedap-sedap hari-hari.

“Bree, banyak tu je nasi?”

Zayd bertanya kepada Sabrina di sebelahnya tu. Sabrina pula memandang pinggannya. Dia angguk.

“Tak lalu la J. Bree tengok J makan, dah kenyang.”

Sabrina menjawab sopan. Zayd entah kenapa tetiba rasa sayang dekat bini dia ni. Tudia, mai balik dah rasa sayang dia tu. Sayang, lama-lama cinta. Betul idak?

“You have to eat for two. Tambah lagi nasi tu.”

Sabrina menggelengkan kepalanya. Tak boleh dah, tak boleh nak terima dek tekak. Nanti keluar balik.

“Tsk. Degil budak ni. I suap nak?”

Entah dari mana Zayd datang idea nak suap tu. Alah, bini kau juga, anak kau juga, suap jelah. Dia nak kasih sayang kut tu.

Zayd menceduk lagi nasi ke dalam pinggannya, lauk juga diceduk dan disuap ke Sabrina.

“Diam pulak. Nah, nganga luas.”

Bree pun nganga. Berlakulah adegan suap menyuap itu. Hah, boleh pun romantik. Bersuap-suapan gitu. Zayd nak suap Sabrina, sekali dengan mulut dia menganga. Comel je, caring kan.

Sabrina pun diam sahaja. Dalam hati dah rasa berbunga-bunga, kena suap dengan Zayd, rasa makin cinta. Yeah, cinta. First love ingat senang nak pudar? Dia cuma hancur hati sebab dia tahu Zayd nak baby, dulu dia ingat dia buat keputusan yang betul bila suruh Zayd cari yang lain dan lepaskan dia, tapi sekarang, menyesal tak sudah. Nasib baik ada second chance, dan dia berjanji akan mewarnai balik perkahwinan mereka dengan cinta.

“ Dah, Bree dah kenyang sangat.”

Sabrina surrender. Banyak juga dia makan, terbuka selera bila kena suap. Zayd hanya mengangguk. Pinggan di angkat ke sink.

“Eh, eh. Tinggal je bang, I will wash it.”

Sabrina yang membontoti Zayd itu berkata. Dia menghalang Zayd dari membuat apa yang sepatutnya jadi tugas dia.

“Bree, you dah masak penat-penat. Bagi I pula buat kerja. You rehat.”

Zayd berkata lembut. Matanya memandang Sabrina, dalam. Sabrina rasa terharu sangat. Tangannya dilekapkan pada pipi Zayd.

“J...abang. Kita, kita betulkan balik ya perkahwinan kita ni? Kita try our best ya?”

Zayd mengangguk. Dia nak cuba yang terbaik. Dia nak balik chemistry J dan Bree sebelum kahwin itu wujud kembali antara mereka.

“InshaAllah, abang akan cuba my best. Kita kena sediakan foundation yang kukuh untuk sambut baby kita ni. We need more love between us.Right?”

Zayd berhujah. Sabrina mengangguk. Dia memeluk Zayd, kali ini tidak ditolak lagi. Zayd turut sama memeluk Sabrina. Ingat, kena sayang isteri. Amanah Allah tu, kena jaga elok-elok.

“Yes, more love. More warmth.”

Sabrina mengiakan. Tiba-tiba dia rasa nak jadi nakal.

“Eh, lupa pulak. Ada orang tu kena basuh pinggan. And, ni dia apron! Hah, have fun washing yeah. Bree nak layan bola. Pukul lapan mula. Eh kejap, sekarang ni sudah pukul lapan la.”

Sabrina menjelirkan lidahnya. Zayd mengecilkan matanya, geram. Sengaja pekena orang budak ni. Ingat dia sorang kaki bola?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience